Majlis perkahwinan Yusry dan Lisa Surihani tetap dikatakan Wedding of The Year yang dinanti-nantikan biarpun pasangan itu tidak mahu membuat majlis perkahwinan mereka terlalu gah. Kalau tengok video walimatul urus Yusry dan Lisa Surihani, Yusry hanya mahu membuat majlis kahwinnya yang serba ringkas. Ini memang tidak dipersetujui oleh abang sulungnya,Norman.
Sudah menjadi artis dan bergelar selebriti yang dikenali, terkenal lagi… pastinya pemiant-peminat mahu melihat hari bahagia Yusry dan Lisa Surihani, dan Lisa pula pengantin perempuan yang sudah tentu mahu sesuatu yang amat manis untuk dirakamkan dan disimpan sebagai memori indah.
GAMBAR HANTARAN perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry (sini)

Majlis resepsi Yusry dan Lisa Surihani dimulakan dengan hadirin terlebih dahulu berselawat dipimpin kumpulan nasyid terkenal, Rabbani dan diteruskan dengan bacaan doa.
Ahli keluarga terdekat diberi peluang untuk menepung tawar , majlis diteruskan dengan jamuan makan sambil diserikan lagi dengan persembahan nyanyian daripada kumpulan Forteen, Jaclyn Victor dan Aizat Amdan.
Farid Kamil, Awal Ashaari, Scha Al Yahya, Nora Danish, Iqa, Daphne Iking, Aqasha, Aishah Sinclair, Zalif Sidek serta penerbit, David Teo dan pengarah, Prof Razak Mohaideen.
Pengacara malam tu ialah Faizal Ismail dan Vanida Imran.
Ucapan Erra Fazira yang paling ditunggu-tunggu
Semua mengetahui Erra Fazira pernah mendirikan rumah tangga dengan Yusry pada tahun 2003 dan perkahwinan mereka hanya bertahan selama 3 tahun.
Erra sudah berkahwin dengan Engku Imran dan hubungan dia dengan Yusry masih baik sampai sekarang. Semasa majlis jamuan beberapa rakaman ucapan ditayangkan pada hadirin dan mempelai, termasuklah ucapan dari Erra Fazira yang dikatakan satu kejutan buat para hadirin..rakaman video itu ditayangkan di skrin besar
Rakaman ucapan Erra
“Akhirnya, abang sudah menemui bidadari yang akan menemani abang. Saya doakan hubungan kalian akan kekal hingga ke akhir hayat,”
Ucapan dari pengantin:
“Saya sangat berterima kasih kepada anda semua kerana sudi hadir walaupun terpaksa meredah hujan untuk sampai ke sini.
“Tak lupa juga buat keluarga yang bertungkus- lumus membuat persiapan. Saya dan isteri memohon maaf andainya terdapat kekurangan,”
“Kehadiran anda bagi sama-sama meraikan hari bahagia ini amat bermakna bagi saya.
“Sesungguhnya saya berasa amat gembira berada di sini dan berkongsi momen indah ini dengan kalian semua,”
Gambar persandingan Lisa Surihani dan Yusry




Corat coret mengenai Majlis Resepsi Lisa dan Yusry
Majlis resespi mereka dihadiri 1500 tetamu
Pelamin yang diinspirasi daripada Ratu Perancis, Marie Antoinette ini disediakan oleh KS Entourage.
Gaun labuh berwarna ‘champagne’ yang dipakai Lisa direka khas oleh Putra Aziz dari Butik Cosry. Difahamkan gaun yang menggunakan kain lace organza dan batu swaroski ini diilhamkan daripada gaun pengantin diraja, Kate Middleton.
Persalinan tradisional Yusry turut direka oleh Putra. Difahamkan songket dari Nor Atikah Songket yang dipakai Yusry pada malam itu berharga kira-kira RM15,000.
Ketika hendak duduk di pelamin, Yusry nampak begitu romantik apabila mencium tangan Lisa.
Difahamkan, Yusry mahupun Lisa tidak pernah melihat busana pengantin pasangan masing-masing sehinggalah sebelum majlis resepsi berlangsung. Malah, ketika sesi ‘fitting’ pun, mereka tidak pergi bersama-sama kerana inginkan kejutan.
sumber: gua.com.my
Video majlis akad nikah
sumber: murai.com.my , sinar harian
February 28th, 2012
Nuriz Ibrahim
Posted in
Tags: 

wah..sonoknye dowang tu
the sun daily recently posted..Reflection Writing 1 | Example Reflection Essasy For PPISMP Student
tahniah buat yusri dan lisa
Juan recently posted..Perbezaan Duit Syiling Lama dan Duit Syiling Baru