Trailer dan Sinopsis 8 Jam

Sebuah filem baru lagi untuk tahun 2012 bertajuk 8 jam, terbitan MIG dan diarahkan oleh Ahmad Idham, lakonan Shaheizy Sam bersama heroin Yana Samsudin dan pelakon dari Thailand Simon Kok yang berlakon dalam Ong Bak dan Tom Yum Goong. Tengok trailer filem 8 jam ni ala ala Ong Bak pulak tapi tak da la sehebat Ong Bak. Ong Bak lagi superb la.

Filem aksi di Malaysia standard la kalau macam dalam 8 jam ni.

Sinopsis 8 jam:

Mengisahkan seorang anak yatim piatu (lakonan Shaheizy Sam yang terpaksa meneruskan kehidupannya di ibu kota. Kisah di mana anak yatim itu membesar dalam keadaan yang berlainan dengan kanak-kanak lain. Dia akhirnya dijatuhi hukuman bunuh gantung sampai mati di atas kesalahannya membunuh. Namun, dia mempunyai masa sebanyak 8 jam untuk meneruskan hidupnya.

Dalam 8 Jam itulah banyak perkara yang mengasyikkan berlaku. Selain adegan aksi, filem ini juga memaparkan aksi percintaan di antara Shaheizy Sam dengan Yana Samsuddin yang sedang dilamun cinta. Disebabkan mempunyai ramai musuh dan diburu, akhirnya Yana Samsuddin juga telah terjebak dalam masalah yang dihadapi Shaheizy Sam.

Trailer 8 jam

gaya gaya dan aksi lawan macam dalam Ong Bak

Pelakon pelakon lain dalam 8 Jam, Fimie Don, Eizlan Yusof, Zaidi Omar, dan Eryyne Erynna.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Trailer dan Sinopsis 8 Jam”

  1. hatiputera says:

    bagus la kalau cerita tentang fighting nie,,putera memang tak suka tengok cerita melayu sebab rata-rata berkisar pasal hasad dengki jer,,,
    hatiputera recently posted..Statistik bulan januari 2012

  2. akubiomed says:

    Cerita-cerita ini memberi pengaruh kepada anak-anak kecil.
    akubiomed recently posted..Projek hujung minggu – DIY Photography Mini Studio

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold