Tip Mengemas Bilik

Berapa kali dalam seminggu kita kemas bilik, tak ada masa nak kemas bilik? sibuk? penat, alahai senang kalau kat rumah ada bibik, semua bibik buat :) Kenapa bilik ni asyik bersepah sepah je..rasa baru je kemas dah jadi balik berselerak sana sini. Pernah jadi tak situasi macam ni? Mungkin anak anak, adik-adik yang buat sepah dalam bilik? biasa lah budak budak kan.

Kalau orang bujang..bilik dia bersepah, nak salahkan sapa pulak, mana ada anak nak kacau :) diri sendiri le tu buat sepah-sepah. Kita tak sedar yang bilik kita berbau sebab hidung kita ni dah lali dengan suasana dalam bilik sendiri..sampai ada kawan tegur..ishh bilik hang ni berbau la, ada mcm stoking masam, bau hapak…ada pinggan, tupperware dukbawah katil bekas maggi sebulan lepas…cawan ayaq milo yang dah kering berapa hari sudah..bau masam

kipas dalam bilik dah macam tak terasa putaran dia sebab habuk tebal melekat kat situ, berapa bulan tak cuci ntah..buka speed 5 pun tak laju..tak pelik ke :)..bersih bersihkan le..

Jom lihat tip tip mengemas bilik supaya lebih segar dan sedap mata memandang.

Kalau dijadikan rutin, mengemas bilik tidak akan jadi satu tugas yang menyusahkan atau memenatkan..


Barang-barang yang perlu sebelum kerja membersih dilakukan:
Bakul sampah/beg sampah
Vakum/penyedut habuk
penyapu
tuala lembap
baldi dan air
pemyembur atau air pencuci
sarung tangan getah
penyegar bilik


1. Kenalpasti barang-barang mengikut jenis-jenis, seperti seluar baju, buku, alat tulis, sampah sarap, bahan yang tak perlu dan sebagainya dan bersihkan mengikut kategori barang2 tadi.


2.Tumpukan pada satu sudut pada satu masa, ini akan memudahkan kerja dan lebih tersusun. Siapkan satu sudut dahulu sebelum beralih ke ruang lain pula.


(memang kita rasa nak cepat buat atau nak sudahkan mengemas bilik..sampai tak tau nak mula kat mana dulu..apabila semangat nak mengemas tu datang dlm diri :)  ) semua nak buat sekali gus.

Anda boleh tumpukan pada kerja kerja yang dirasa perlu dan penting terlebih dulu, contohnya membersih dan longgokan baju atau pakaian kemudian beralih kepada benda yang lebih kecil seperti mengemas barang barang kecil yang bertabur di dalam
bilik.


3. Boleh tetapkan masa pukul berapa anda perlu sudahkan setiap kerja membersih dan mengemas.


4. Bersih atau kemaskan cadar katil, jika perlu, salinlah cadar yang lama dan berbau. Buang segala barang atau sampah yang memberi bau busuk di dalam bilik.


5. Asingkan baju baju/pakaian yang nak dibasuh atau yang nak dilipat atau digantung di dalam almari.


6. Sediakan vakum atau penyedut habuk, sapu dan lap habuk di dalam bilik, pastikan tingkap dibuka.
Tutup dulu kipas supaya habuk tidak beterbangan.


Lap dan buang dahulu habuk habuk di kipas atau habuk di bahagian atas ruangan bilik sebelum anda membersihkan bahagian lantai.


Gunakan tuala atau kain lembap supaya habuk tidak beterbangan di dalam bilik.


7. Sembur penyegar bilik, pewangi aroma atau titiskan pewangi aroma di atas mentol lampu tidur, supaya haruman dikeluarkan semasa lampu tidur dibuka. Bilik akan lebih wangi dan segar.




Sentiasa pastikan bilik anda bersih , beberapa tip boleh dilaksanakan

Sebagai rutin harian dan ia tidak membebankan atau memenatkan diri sepanjang masa..contohnya:

Sediakan bakul atau bekas untuk memasukkan pakaian kotor dan busuk di satu sudut.

Sediakan bakul sampah supaya anda tidak membuang sampah merata-rata.

Letak buku di rak yang disediakan, letak alat tulis dan pen di dalam bekas khas.

Simpan benda benda kecil seperti pin, pemadam, pelekat dan lain-lain di tempat khas.

Simpan barang barang yang kerap diguna di tempat yang mudah dicari dan simpan lah barang yang jarang diguna di tempat lain.
Jadikan lah semua tip tup ni sebagai rutin harian supaya ia tidak memenatkan diri setiap masa atau setiap hujung minggu.


Selamat mengemas : )

Share share le kalau anda rasa ini bermanfaat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Tip Mengemas Bilik”

  1. faizfakhirin says:

    ahTidak…itu adalah perkara paling malas didalam hidup saya.
    faizfakhirin recently posted..The Red Warriors Menewaskan Pendekar Penyu

  2. akubiomed says:

    Saya lemas kalau bilik berselerak. Kalau tidak menjaga kebersihan bilik boleh mengundang penyakit kulit.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold