Tengok Elly dan Epit Sebab Ada Johan Raja Lawak

Siapa tengok rancangan kanak-kanak di Astro Ceria Elly dan Epit tu, ada ke orang dewasa, mak mak budak, bapak bapak budak, tengok cerita Elly dan Epit ni? hehe!! Rancangan Elly dan Epit ni kisah kanak-kanak berusia 13 tahun, ditayangkan setiap hari Ahad bermula 20 November 2011.

Memang rancangan ni khas buat kanak-kanak tetapi yang apa membuatkan orang dewasa jugak turut tengok rancangan ni?  aha..sebab ada

Johan Raja Lawak..betul dak?

pasti peminat Johan tak nak ketinggalan nak tengok gelagat dan lawak Johan dalam Elly dan Epit. Kalau budak budak kat dalam drama tu pun terhibur, apatah lagi kita orang dewasa kan..takleh nak tahan gelak kalau ada muka Johan dalam tu..

Seronok  melepak bersama anak2 tengok Elly dan Epit :)

Saya pasti jugak ramai yang suka lagu Awan Nano versi Johan, ye Johan Raja Lawak memang suka tiru gaya Hafiz nyanyikan lagu awan nano..nano..nano..nano..nano… :) Sekarang Johan simpan rambut kembangnya mcm Hafiz jugak..lagi le sama :)

Elly dan Epit mempunyai 13 episod, antara pelakon kanak-kanak yang menjayakan watak utama, Mohd Shafeiq Shazwan, Farhanna Qismina, Abdul Hadi, Siti Amirah Dayana, Wan Faiqah ‘Ainaa’, Muhammad Azzammuddin, Nik Adrea, Farah Nadia, Shaifulazli, Nor Heidzriq Haikal. Johan dipanggil Uncle Jo dalam cerita tu. Uncle Jo yang selalu menceriakan susasana¬† :)

Jangan lupakan tengok Elly dan Epit jam 11 pagi hari Ahad saluran 611 ceria.


 

 


 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold