Telemovie Patah Seribu Lakonan Shila Amzah & Sharnaaz Ahmad

Pasangan kekasih Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad akan digandingkan dalam telemovie Patah Seribu arahan Michael Ang (pengarah Biar Mimpi Sampai ke Bintang dan Ungunya Cinta), kalau dah pernah tengok telemovie tu mesti dah boleh bayangkan hasil kerja pengarah ni kan, ada yang boleh menitiskan air mata tengok babak babak sedih kan.

Pengarah ni memang bijak la ambil dua artis yang tengah bercinta ni berlakon dalam satu drama, pasti meletop la pasni.. agaknya jalan cerita mesti dapat idea dari lirik lagu Patah Seribu yang sedih tu. Maksud lirik Patah Seribu yang ditulis oleh Shila Amzah ni mengisahkan pasangan kekasih yang terpaksa berpisah kerana telah ditakdirkan oleh ketentuan tuhan, mungkin kekasih dia dah meninggal atau berpisah nyawa..mungkin jugak kerana berpisah akibat dua darjat..

Idea lagu Patah Seribu diambil oleh Shila kerana dia minat tengok filem cinta sedih..begitulah kisah Shila dapat idea. Shila jugak memang nak Sharnaaz Ahmad jadi hero dalam video klip, sekarang Sharnaaz Ahmad dah jadi hero dalam telemovie lakonan mereka..sudah tengok trailer Patah Seribu di tv, wahh!! romantik Sharnaaz dan Shila ye..memang nampak bercinta dalam drama..hehe!!

Shila Amzah dah jadi pelakon la sekarang, ada bakat nyanyi macam ayah dia Nd Lala, pastu ada bakat berlakon macam mak dia, mak dia  dulu penah berlakon dalam drama bersiri Naik Tangga Turun Tangga, muka Shila Amzah ni sebijik muka mak dia masa muda muda dulu :)

Jangan lupa saksikan Patah Seribu di Astro Ria jam 9 malam 23 Februari ni, para pelakon dalam telemovie tu ialah Reza Mohamad, Jihan Raja Lawak, Amar Bahrin, Sharifah Shahora, Khaty Azean, Amar Asyraf dan ramai lagi.

Sinopsis Patah Seribu

Shila Amzah bawa watak sebagai Bella, kisah dua kehidupan yang berbeza, Sharnaaz ahmad ni hanya kutu jalanan dan menjual buah berangan, terlibat dengan unsur -unsur gangsterism (ala ala KL Gangster lah), ada aksi lawan lawan dengan parang kayu lagi.

Bella/Nabella anak orang berada ni bercinta dengan kutu jalanan, Sharnaaz Ahmad pegang watak nama Azu.

Bella dan Azu berkenalan apabila Bella melihat Azu dikejar samseng kerana meminta cukai haram dari Azu. Kesian dengan kesusahan Azu, Bella pun membayar duit untuk Azu dan dari situ mereka berkenalan lebih rapat. Hubungan Azu tidak direstui oleh bapa Bella(Mahmud Ali Bashah).

 

Artikel berkaitan:

GAMBAR Sharnaaz dan Shila Amzah berpeluk

Lagi GAMBAR mesra Sharnaaz dan Shila Amzah

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold