Semalam saya duk tukar tukar channel tv, terbuka la channel tv al Hijrah, ada Imam Shuhaib Weeb ni dalam rancangan Reflection. Sebelum ni ada tengok rancangan sambutan Maulidur Rasul kat tv9 di mana Imam Shuhaib Webb ni bagi ceramah pasal Nabi Muhammad. Saya sangat tertarik hati dengan cara penyampaian beliau.
Imam Shuhaib ni saudara baru yang sudah menjadi imam dan kalau dengar dia berkhutbah tak sangka dia merupakan saudara baru. dalam biografi beliau, dia dulu merupakan dj hip hop, dan cucu kepada paderi..kemudian belajar kat Universti Al Azhar. Anda boleh baca kat wikipedia..mengenai Shuhaib Webb ni.
Semalam Imam Shuhaib bercakap pasal Surah Al Fatihah, nama surah Al Fatihah ni ada lebih dari 22 nama indah yang lain, ada jugak para sahabat Nabi mengatakan lebih dari 4o nama indah.
tak sempat saya nak catatkan semalam, tetapi dari hasil google saya dapat lah beberapa nama surah Al Fatihah, walaupun tak cukup 22 nama. Jika ada sesiapa ada maklumat yang lain sila share.
1.Umm al kitab (Mother of the book)
2. Ummul Qur`aan, the Mother of the Qur`aan
3.Ash shifa (The cure) /Pemyembuh
4.As salah (Surah yang dibaca dalam setiap solat)
5.As Sab’al-Mathani (seven mother repeated ayyahs)
6.Al Fatihatul quran – surah pembuka / (The opening)
7.Al Kafiyah (The sufficient One)/surah yang memadai kerana surah ini mencakupi semua surah dalam Quran.
8.Al-Asas (The Foundation)
9. Al hamdi (Priased one)/surah mengandungi pujian kepada Allah
10. Ar-Ruqya- surah mengandungi ubat atau penyembuh pelbagai penyakit
11. Al-Waaqiyah, (the Protector)
12. Al-Kanz,( the Treasure)
13. al-Qur`aan al-Adheem,( the Great Qur`aan)
14.Suratus Syafiah – surah yang menyembuhkan
15. Suratul Syukri – surah yang penuh dengan syukur kepada tuhan.
16. Suratud Doa – surah yang mempunyai doa
17. suratut Talab – surah yang mempunyai permohonan
18.Suratus Soaal – surah yang mempunyai permintaan
19. Suratul Munajat- surah yang mempunyai bisikan kepada Allah
20. Surah Tafwidh – surah yg berisi penyerahan kepada tuhan
21.Suratul Mukafaha – surah imbangan yg diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w sebagai imbangan terhadap harta benda orang lain
22. Afdalus suwaril Quran – surah yang afdal / terbaik dalam Al Quran
24. Akhirus Suwaril Al Quran – surah penutup Al quran
25. A’Azamu Suwaril Al Quran – surah terbesar dalam Quran
26. Suratul Hamdil Qasywaa- surah pujian terkahir
27. Suratul Hamdil’Ulla -surah pujian pertama dan tertinggi
28. Suratan Nur- surah yang memberi cahaya kepada manusia
29. Surah Wafiah – surah yang mencakupi mengenai seluruh al quran, mengenai tuhan dan tentang manusia
sumber tambahan dari : http://mysaffiyah.wordpress.com/2010/08/20/nama-nama-surah-al-fatihah/
Mengikut Imam Shuhaib ni, nama nama berlainan untuk AL Fatihah ni diberikan oleh para para sahabat Nabi Muhammad S.A.W.
Imam Shuhaib ada bertanya dalam rancangan tu, apakah agaknya nama yang akan kita berikan kepada surah Al Fatihah ini selain dari nama nama yang telah diberikan? terdiam seketika….
Al Fatihah itu adala doa terbaik dan sebagai cara kita berbicara dengan Allah, dalam surah itu ada 2 bahagian iaitu bahagian antara Allah dan hambanya. Tidak sah solat itu tanpa membaca Al Fatihah.
Imam Al-Bukhari berkata; “Ia dipanggil Umm Al-Kitab, kerana al-Quran bermula dengan dan kerana doa itu bermula dengan membaca” Ia juga berkata bahawa ia dipanggil Umm Al-Kitab, kerana ia mengandungi makna Al-Qur’an.
Video rancangan Reflection di tv al Hijrah
February 22nd, 2012
Nuriz Ibrahim
Posted in
Tags: 

http://mysaffiyah.wordpress.com/2010/08/20/nama-nama-surah-al-fatihah/
terima kasih mario..
P/s : mario mcm penah dgr nama ..blogger mario ka
Imam Suhaib Webb, memang best rancangannya, penyampaian yang kontemporari, tidak berat sangat, tapi berkesan dalam jiwa.
amirulfaiz recently posted..Bertunang (mengimbau kenangan).
information yg bagus..terima kasih
faizfakhirin recently posted..Ketua GengSter Yakuza Disekat U.S
Terima kasih berkongsi nama surah Al Fatihah ini.