Sinopsis Adnan Sempit 2 dan Trailer

Filem Adnan Sempit 2 sambungan dan Adnan Sempit dulu, dah tengok kan filem pertama tu, ok para pelakon dalam filem yang kedua ni tetap menjadikan Shaheizy Sam sebagai hero utama, Intan Ladyana sebagai heroin, Yan Samsudin, Along Cham dan Angah Raja Lawak pun ada. Selain tu menampilkan Ahmad Tarmimi Sariger (Datuk Ithnin sbg bapa Nadia), Aznah Hamid sbg  ibu Nadia dan pelawak dari raja lawak Shuk Balas sebagai Fendi.

Filem Adnan Sempit 2

Sinopsis:

Adnan dan Nadia telah mengharungi pelbagai rintangan untuk menjayakan hubungan mereka , malangnya ayah Nadia Datuk Ithni tak merestui hubungan mereka. Datuk Ithnin meletakkan syarat supaya Adnan mampu bercakap dalam bahasa Inggeris serta mengubah penampilan diri dalam masa 30 hari.

Adnan memang merasai susah nak bercakap dalam bahasa Inggeris telah meminta pertolongan Bobby(Along Cham) untuk membantunya. Wawa( Yana Samsudin) dan Bobby pulak ada masalah dalam hubungan cinta, Wawa merasakan yg Bobby ni tak berubah sikap dan masih macam dulu. Begitu jugak dalam hubungan Nadia dan Adnan.

Ayah Nadia telah mengatur rancangan untuk menggagalkan usaha Adnan untuk berubah dengan mengupah Fendi (Shuk dari raja lawak Balas) yang mengganggu Adnan, hinggakan Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan, ini kerana Fendi tu lelaki suka kat lelaki, mestilah Nadia ni syak yg bukan bukan.

 

Trailer Adnan Sempit 2.

mcm pengarah meletakkan cerita utama dalam sekuel ni, memfokuskan kepada cara Sam bercakap BI dalam Adnan Sempit kan, orang memang suka bila Sam cakap BI bertabur dalam filem yang pertama dulu yang mendapat kutipan sebanyak 7.6 juta. Sekuel ni pulak berapa lah agaknya kutipan ye? apa apa pun kita tunggu aksi komedi dari Shaheizy Sam bersama pelakon lain dalam Adnan Sempit 2.

Akan berada di pawagam pada 23 Feb 2012.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Sinopsis Adnan Sempit 2 dan Trailer”

  1. Amirez says:

    makin bertambah rezeki Sam :)
    Amirez recently posted..Cinta Bukan Hanya Sehari

  2. Juan says:

    konfem saya akan tonton, hehe
    Juan recently posted..Ahmed Deedat – The Choice

  3. akubiomed says:

    Satu cabaran untuk mengekalkan mementum kutipan setelah kejayaan flem pertama.
    akubiomed recently posted..3 Juta tonton Kuch Kuch Hota Hai

  4. APAN says:

    tunggu la dulu review yg tengok nanti.kalau best sangat, mungkin nak gi tengok gak.huhu…
    APAN recently posted..Rabu Yang Bisu #31 – Masih Ada Harapan

  5. [...] Ayah Nadia telah mengatur rancangan untuk menggagalkan usaha Adnan untuk berubah dengan mengupah Fendi (Syuk Raja lawak-Balas) yang mengganggu Adnan, hinggakan Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan, ini kerana Fendi membawakan watak lembut, mestilah Nadia ni syak yang bukan bukan. Kredit to NurizSpace [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold