Sinopsis Adam dan Hawa + Aaron Aziz & Nadiya Nissa

Sebuah drama terbaru bertajuk Adam dan Hawa  bakal ditayangkan di astro pada 27 Ogos ini. Pelakon sudah dipilih untuk membintangi drama adaptasi dari novel karya Aisya Sofea ni.

Watak utama Adam Mukhriz dilakonkan oleh Aaron Aziz, manakala Ain Hawani dipegang oleh Nadia Nissa (pelakon filem Cun). Nadiya Nissa dipilih oleh penulis novel Adam dan Hawa sendiri iaitu Aisya Sofea bagi menjayakan watak Ain Hawani.

Adam dan Hawa akan bersiaran di saluran Astro Mustika HD 134   dengan 80 episod , masa  tayangan jam 10 malam, Isnin hingga Khamis.

Para pelakon terdiri daripada : Anzalna Nasir (Dee), Elfaeza Ul Haq (Azie), DazrinKamarudin (Johan), Norman Hakim (Zul), Rozie Rashid (Kak Zah), Aznah Hamid (Maria), Amyza Adnan (Cikgu Zawyah), Lydiawati (Faridah) dan Puteri Sarah (Erin).

Pengambaran dibuat di  Mekah dan Perth, Australia.

Gambar Nadia Nissa dengan penulis novel Adam dan Hawa, Aisya Sofea.

Nampaknya penulis novel ni berani pilih pelakon yang tak berapa popular, jarang keluar tv ni, rezeki Nadiya Nissa dan anak dia lah ni.

Mungkin disebabkan tubuh badan Nadia yang macam remaja dan muka yang comel tu bertepatan dengan watak Ain Hawani yang cepat melatah, kebudak-budakan. Dalam novel Ain Hawani memang remaja lepasan SPM yang dipaksa kahwin.  :)

Kalau ambil pelakon macam Rita Rudaini jadi remaja 17 tahun tak logik jugak kan, nak ambil Siti Saleha, mungkin wajah mcm omputih sangat duk kampung.

Nadia Nissa ni tak tau le sesuai ke tidak dengan Aaron Aziz jadi heroin dalam drama ni..apa2 pun kita tunggu je la dulu drama Adam dan Hawa ni.

Aaron Aziz sebagai Adam Mukhriz pilot

Sinopsis Adam dan Hawa

Mengisahkan Ain Hawani seorang remaja lepasan SPM, bekerja di sebuah tadikan milik kakak Adam Muhkriz kerana menggantikan guru yang bersalin. Ain hanya bekerja sementara saja, kerana dia ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi.


Semasa Ain bekerja di tadika tu lah Ain telah bertemu dengan Adam dan ada juga perasaan sukakan Adam (kiranya macam cinta pandang pertama jugak la). Adam pula seorang pilot syarikat MAS, seorang yang kacak dan berperangai ala playboy sikit.

Cita-cita Ain Hawani bagaikan terhenti di tengah jalan apabila berlaku peristiwa hitam dalam hidupnya, Ain telah ditangkap basah kerana dituduh berkhalwat dengan Adam. Ain telah dipaksa berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga walaupun Ain tidak rela.

Timbullah perasaan benci Ain terhadap Adam kerana sikap  Adam yang mendiamkan diri seolah benar mereka berkhalwat sedangkan mereka rupanya difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan Adam dan Ain Hawani.


Mereka berkahwin jugak, tetapi tidak seperti suami isteri yang lain, Ain masih membenci Adam dan tak boleh menerima Adam sebagai suami. (mcm gemersik kalbu pulak).

Ain Hawani kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan dia dan Adam berpisah selama 8 tahun. Adam masih menganggap Ain sebagai isterinya yang sah namun tidak bagi Ain.


Akhirnya mereka telah bertemu kembali di depan pintu Masjidilharam di mekah. Adam mengharapkan Ain kembali kepadanya tetapi Ain masih lagi ego tak mau terima Adam.

Apabila mereka pulang ke Malaysia, Ain dan Adam kerap jugak keluar bersama dan cinta mereka kembali bertaut.


Kesudahan dalam novel Ain dan Adam bersatu jugak akhirnya setelah sekian lama terpisah, dan mereka dapat anak perempuan.

Adam memang untuk Hawa..itulah yang seperti ibu Ain ucapkan pada Ain.

:)  TAMAT
nurizspace

 

 

Artikel lain:

GAMBAR kahwin Nadiya Nisaa, Nadiya  suami dan anaknya

 

Fenomena Adam Hawa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

25 Responses to “Sinopsis Adam dan Hawa + Aaron Aziz & Nadiya Nissa”

  1. Mama Hanim says:

    mesti best gak citer ni.. maybe bleh sama level dgn ombak rindu kot..
    Mama Hanim recently posted..Video Akad Nikah Yusry Dan Lisa, Sekali Lafaz Je

  2. eiela says:

    pernah baca dulu-dulu nih, hope cerita nih lebih best daripada ombak rindu.
    eiela recently posted..Tips Menghilangkan Rasa Marah Dalam Islam

  3. ohcikgu says:

    orang perempuan memang suka baca novel ye..
    ohcikgu recently posted..Lelaki Bangladesh yang mempunyai suara emas.

  4. Juan says:

    wah, drama novel lagi, good
    Juan recently posted..Alcatraz TV Show / TV Series 2012

  5. faizfakhirin says:

    xpernah pn tgk lagi crite ni..hehe
    faizfakhirin recently posted..Microsoft Window 8 : Datanglah ke Store Kami

  6. topiJerami90 says:

    mesti best nie…
    lakonan hero malaya la kan..
    tp ppuan 2 xfemes pun..huhu
    topiJerami90 recently posted..Sinopsis Adam Dan Hawa

    • lisa says:

      nadiya nissa ni perasan ke dia lawa n cantik padahal muka buruk tak layak jadi heroin berlakon jadi gadis sewel ngan lembu ok ar…….

  7. nana says:

    nape le penulis novel pilih nadiya nissa jadi aain hawani tak sesuai bakat je tak guna rupa hodoh…..tak ada selera nak nengok

  8. syah says:

    tak suka ar ngan heroin adam dan hawa tak cantik langsung cari ar heroin yang dapat menarik minat penonton macam drama nora elena gabungan hero dan heroin mantap dan serasi…………………rasa tak ada mood nak tengok.

  9. nina says:

    dulu masa tau adam dan hawa akan jadi drama bersiri 80 episod suka sgt2 tapi bila tau nadiya nissa jadi ain hawani terus tak berminat nak tengok heroin tak popular agaknya nadiya tu perasan dia akan popular lepas ni numpang kepopularan aaron aziz padahal dia tak sesuai jadi heroin ……

  10. sara says:

    heroin adam dan hawa sangat-sangat tak sesuai dan tak layak macam ler kat malaysia ni dah tak ada heroin yang cantik dan jelita…………bakat je tak memadai rupa juga penting kalau heroin tak cantik tak ada selera orang nak nengok.

  11. Alia says:

    wei aisya sofea, your choice is totally wrong….pertama kali trbace pasal adam dan hawa nak wat drama mmang rase nk mlompat sebab saye da bace novel tu and i luv it..but, yg x kene skarang nie NADIYA NISSA JADI HEROIN..x sesuai..aaron aziz ssuai laa jugak jadi hero but her????A BIG NO!!!byk lagi plakon prempuan melayu yg lagi sesuai…bkan sebab NADIYA NISSA tu kurang lawa but i dont think she can play the role like AIN HAWANI in that novel…i can imagine this drama will be a huge fail…elok-elok ain hawani dalam novel tu cantex n sopan, terus jadi cam HAPRAK….sorry okay but this is the TRUTH…

  12. siti says:

    lepas berlakon drama adam dan hawa NADIYA NISSA akan jadi rebutan produser dan pengarah filem kan heroin paling jelita dan paling cantik di Malaysia……………rasa nak termuntah pulak.

  13. aisha says:

    rasanya drama adam dan hawa heroinnya tak lawa dan tak cantik langsung dah tak ada selera nak nengok ler,heroin ni perasaan kot lepas ni dia akan popular mengalahkan siti saleha, tahun depan akan menang pelakon drama popular ABPBH 2012…………

  14. eim ea says:

    teruja nak tengok Aaron Aziz je la…..
    eim ea recently posted..Yusry & Lisa ~ Honeymoon~

  15. kakyong says:

    dah mula ditayangkan ke drama ni…??

    kakyong dah lama tak follow up..
    kakyong recently posted..Cantiknya baju bertunang Irma Hasmie — updated

  16. aisha says:

    memang teruja sangat-sangat nak tengok AARON AZIZ dalam drama Adam dan Hawa tapi bila je tau heroinnya nadiya nissa terus hilang selera rasa nak termuntah pulok nape ler pilih heroin tak cantik dan tak popular macam ler dah tak ada heroin yang cantik jelita kat Malaysia ni.

  17. ain says:

    Sepatutnya NADIYA NISSA jadi heroin ombak rindu barulah akan dapat 20 juta filem paling hebat menampilkan heroin paling cantik jelita di Malaysia ……….uwek………..uwek………..uwek………..

  18. lin says:

    wei NADIYA NISSA muka tak cantik tapi nak jadi heroin cermin-cerminlah diri dulu.

  19. SYAH says:

    KALAU MUKA TAK CANTIK TAK PAYAH LER BERANGAN NAK JADI HEROIN SEDAR-SEDAR DIRI NANTI ORANG MENYAMPAH NAK TENGOK DRAMA ADAM DAN HAWA BAKAT JE TAK MEMADAI RUPA PARAS SANGAT PENTING TAK FAHAM LER KENAPA AISYA SOFEA PILIH NADIYA NISSA JADI HEROIN LEPAS NI DAH TAK MINAT NAK BACA NOVEL-NOVEL DIA NANTI KALAU NOVEL DIA DIJADIKAN DRAMA ATAU FILEM DIA AKAN PILIH NADIYA NISSA JE JADI HEROIN DAN DIGANDINGKAN DENGAN HERO KACAK DAN POPULAR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!DAN NADIYA NISSA AKAN JADI BINTANG PALING POPULAR APBBH 2012………………………………

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold