Seindah Sakura Slot Akasia TV3 akan datang + Adaptasi Novel

Akan datang satu lagi slot Akasia tv3 Seindah Sakura tajuknya, menggandingkan pelakon Fasha Sandha dan Fahrin Ahmad. Seindah Sakura ni rasanya diadaptasi dari novel karya Liza Zahira, nama watak dalam drama Seindah Sakura memang sama. Kisah pelajar miskin yang bernasib malang. Ada kisah cinta dan suka duka kehidupan remaja yang miskin penuh konflik.

Pengambaran dibuat di Pahang, dan SMK Ahmad menjadi pilihan, selepas tu para pelakon akan ke Paris pulak. Bestnya dapat pi Paris berlakon kat menara terkenal Eiffel Tower.

Drama ni diarahkan oleh Zul Huzaimy, para pelakon lain dalam drama ni ialah Fasha Sandha sebagai Shaqira, Fahrin Ahmad sbg Cikgu Airil.

Fimie Don,
Eizlan Yusof – mungkin Datuk Walid bapa kepada cikgu Airil

Erynne Eryna- Shaqira masa kecil

Mak Mah



Lama tak tengok Fahrin Ahmad berlakon, kali ni dia jadi cikgu pulak le, Fasha Sandha pun nampak agak berisi la dalam gambar, mungkin Fasha senang hati tak lama lagi nak naik pelamin :)

Zul Huzaimy dah jadi pengarah lah pulak, mungkin nak mencuba bidang selain dari lakonan, Zul Huzaimy antara pelakon bagus juga.





Sinopsis Seindah Sakura

Kisah Shaqira seorang pelajar miskin yang bermasalah di sekolah, Cikgu Airil gurunya menganggap Shaqira berperangai buruk dan dia sering sahaja dihukum di sekolah. Selepas kematian moyangnya cikgu Airil sedar akan kesulitan yang dialami oleh Shaqira, dulu cikgu Airil bersangak buruk kepada Shaqira selepas tu dia semakin mengambil berat hal Shaqira hingga menimbulkan rasa sayang.

Selepas rumah Shaqira musnah terbakar Shaqira tidak ada lagi tempat bergantung hidup, Datuk Walid bapa cikgu Airil bersimpati dan mengambil Shaqira tinggal dan menanggung perbelanjaan persekolahan Shaqira.

Di rumah Datuk Walid Shaqira tak disenangi oleh salah seorang lagi anak Datuk Walid. Anida sedar Airil ada perasaan sayang kepada Shaqira dia berusaha untuk membuat Airil bencikan Shaqira. Airil telah berlepas ke luar negara kerana terlalu kecewa.

Shaqira semasa tinggal dengan keluarga Datuk Walid, dia berjaya dalam spm dan menyambung pelajaran hingga ke luar negara.

Apa kesudahan Seindah Sakura nantikan sama sama kelak di tv3 mungkin pertengahan tahun 2012 ni. Masih lagi dalam pembikinan dan promo pun baru lagi.


Kalau dalam novel Airil telah menghantar Shakira ke rumah pemulihan akhlak

dalam novel jugak ada watak ibu Shaqira yang dipenjara kerana membunuh dan menghidap hiv positif. Datuk Walid jatuh cinta dengan Shakira dan mereka berkahwin (dalam drama ni tak tau le macam mana..sama atau tidak)..oh tidakk!!  mengapa tak kahwin dengan Airil :)


Mungkinkah jugak shakira dan Airil jumpa kembali di luar nagara..





Promo dan lagu OST Seindah Sakura

Lagu Harapan oleh Hyper Act



Gambar Fasha dan Fahrin Ahmad dalam Seindah Sakura

 

 

 

 

 

Lagu OST Seindah Sakura yang sedap ni, Buatku Di sana nyanyian Ronnie (One In A Million) dan Mafa (Vokal bukan Sekadar Rupa).

 

Lirik Buat Ku Di sana

Sering harungi sendiri
kekurangan diri

tak mengharap sang cinta
mahupun dicinta

Tiada rahsia
Kau Sinar hati ini
biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
kau hulurkan oh tanganmu
kala hilang arah

Masihkah hadir jua
menepis gelora tatkala aku merasa kecewa
Dunia ku berubah gelap tak bermakna
NAmun semanganmu ada di jiwa
Harapan kau beri
cinta mu bersemi

Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhir ku
kau yang di hati

Usah menangis sendiri
sayang ku kan pergi
usah meratapi
kerna ada masa kita
ditakdir yang esa
cukuplah buat ku di sana

Kau sinar hati ini
biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
kau hulurkan oh tanganmu
kala hilang arah

ohhh

Aku bagai bintang menghiasai alam maya
meninggalkan kilau tanpa sinar yang
bercahya
detik percintaan persis satu anugerah
aku pinta
hanya kau cinta oooo

 

 

 

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold