Persiapan Busana Pengantin Lisa Surihani dan Yusry

Bagi menyiapkan busana pengantin dan rekaan barang hantaran, Lisa dan Yusry mendapat rekaan khas dari Butik Cosry. Cosry menyediakan gubahan bagi kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan. Difahamkan pihak lelaki ada 7 dulang hantaran dan bagi pihak Lisa pulak ada 9 dulang.

Terbaru MAJLIS AKAD NIKAH LISA DAN YUSRY

 

Tema bagi majlis akad nikah Lisa Surihani ialah warna dusty pink sementara bagi pihak Yusry pula memilih warna biru. Lisa turut berkongsi cerita mengenai cincin berlian jenama Love Diamond yang diberikan oleh Yusry. Bagi majlis resepsi mereka berdua setuju untuk memilih warna champagne gold untuk pihak Lisa dan warna hijau untuk pihak Yusry.

 

Debaran Lisa

“Sejujurnya rasa debaran itu belum lagi. Mungkin hari nikah itu agaknya baru berdebar. Bagi Lisa, perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan perasaan Lisa sekarang ialah perasaan bersyukur. Rasa itu timbul kerana Yusry. “Selalunya, bab-bab kahwin ini lelaki tak nak terlibat, tapi Yusry sangat-sangat terlibat. Lisa rasa tersentuh dan sangat-sangat terharu sebab dia melibatkan diri dalam persiapan majlis kami. Dia ambil kisah apa saja yang dirancang. Lisa ingat Lisa yang kena ingatkan dia, tapi dia yang selalu check dan ingatkan Lisa,”

“Tipulah tak tertekan, adalah sedikit. Yusry sendiri gelak bila tengok Lisa gelabah. Contohnya seperti bila pihak perancang majlis hantar line drawing dan saya tak dapat gambaran sesuatu perkara, Yusry sendiri akan buatkannya jadi 3D, tambah warna dan sudut yang berlainan agar saya boleh faham.

“Lisa bersyukur sangat sebab cara Yusry terangkan sesuatu perkara pada Lisa buat Lisa selesa. Lisa terharu dia buat semua itu, sweet sangat. Lisa juga tersentuh kerana dalam keadaan Lisa stress macam ini, Yusry ambil usaha untuk tenangkan Lisa,”

“Lisa harap semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada yang menyokong Lisa dan Yusry selama ini dan Lisa harap mereka akan mendoakan yang terbaik untuk kami berdua.”

Artikel lain yang berkaitan:

Video promo Walimatul Urus Lisa Surihani dan Yusry

Gambar Lisa dan Yusry di Food Tasting

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Persiapan Busana Pengantin Lisa Surihani dan Yusry”

  1. akubiomed says:

    Kalau betul tidak mahu majlis yang grand beri hantaran sejadah dan senaskah Al Quran macam Erra Fazira untuk perkahwinan ke 2.
    akubiomed recently posted..Macaron cinta manjanya kamu

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold