Pemergian Sudirman Genap 20 Tahun

Allahyarham Sudirman lahir pada 25 hb 5 1954 dan meninggal pada 22 hb 2 tahun 1992, kini genap lah 20 tahun pemergian penghibur lagenda kita. Penghibur yang sukar dicari gantinya.

Banyak peminat Sudirman membesar dengan lagu lagu beliau, dari lagu cinta sedih , lagu patriotik, lagu klasik semuanya memikat hati.

Hingga ada juga remaja masa sekarang yang tak dilahirkan lagi masa Sudirman menjadi penghibur pun akan sukakan lagu lagu dari Sudirman. Lagu raya Sudirman siapa yang tak pernah dengar? tipu lah kalau tak kenal Sudirman Hj Arshad.

Lagu 31 Ogos setiap kali Hari Merdeka mesti ada lagu ni berkumandang, budak budak pun suka. Teringat Sudirman memakai baju bendera yang besar tu, kalau baju melayu semua warna macam bendera. Sungguh patriotik.

Lagu Raya Dari Jauh Ku Pohon Maaf, ni kalau siapa duduk di perantauan memang menangis sedihla teringat mak ayah kat kampung.

Dalam dia menghiburkan peminat dengan lagu lagu sedihnya, siapa tau dia punya kisah sedih yang kecundang dalam percintaannya. Semua lagu sedih tu banyak berkisar tentang hidupnya. Lagu Merisik Kabar, Nilai Cintamu, Jauh Di Sudut Hati

Siapa gadis yang dia sangat cintai dan bak kata orang cinta sejati..bekas isteri arwah nama nya Kay. Tak payah le cerita detail psl tu..kalau nak tau boleh cari kat wikipedia kan.

Kay menjadi cover album Teriring Doa 1977

Gadis itu pernah menjadi cover untuk album Sudirman Teriring Doa tahun 1977 selepas arwah menjadi juara Bintang RTM 1976.

 

Lagu Setiamu Tiada Lagi adalah lagu Sudirman yang tak sanggup dinyanyikan oleh arwah sendiri terlalu sedih apabila cuba menyanyikan lagu tu, kerana  mengenangkan kisah cintanya yang gagal..lagu tu diberikan untuk artis Ibnor Riza. Sungguh kuat cinta arwah pada gadis itu.

Setiamu Tiada Lagi

Lagu Sudirman yang hit Salam Terakhir (bukan lagu terakhir Sudirman ), lagu Merisik Kabar, Milik Siapakah Gadis Ini, 31 Ogos dan banyak lagi..bagi saya semua lagu Sudirman sangat sedap belaka.

Di manakah nilai cintamu

Lagu: Sudirman
Lirik: M. Azman (Surat Peminat)
Album: Orang Kampung (1986)
Pustaka Muzik EMI (M) Sdn. Bhd.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “Pemergian Sudirman Genap 20 Tahun”

  1. chii says:

    al fatihah buat arwah..jasanya yg bnyak sampai kini..walaupun sudah masuk 20 thn..namanya seringkli disebut2 dan di ingati
    chii recently posted..Wordless Wednesday #18 – Confuse!!

  2. Al-Fatihah buat Allahyarham…
    semoga ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal salih, amin..
    ardinihumaira recently posted..Gambar pertunangan Misha Omar dan Fiross Ezuwan

  3. Juan says:

    x sangka dah 20 tahun
    Juan recently posted..Pakatan Rakyat dan Buku Jingga

  4. yas says:

    Antara org Pahang yg menyerlah nie….:)
    yas recently posted..Keputusan Malaysia Vs Jepun – Olimpik London 2012

  5. Amirez says:

    sedar tak sedar dah 20 tahun arwah Sudirman tinggalkan kita. saya membesar dengan lagu2 Sudirman. Lagu Dari Jauh ku Pohon Maaf antara lagu raya favourite saya. selalu nyanyi lagu tu masa kat matrix dulu padahal balik beraya awal jugak hehe.

    al-fatihah buat arwah sudirman
    Amirez recently posted..Kipas Dari Makkah

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold