Pelakon Dari Seberang Nurul Ekasari

Pelakon baru dari seberang Nurul Ekasari , yang menghadiri ujibakat bersama 700 lagi mereka yang nak mencuba nasib berlakon dalam filem arahan Pierre Andre. Ternyata tuah berpihak kepada Nurul Ekasari kerana berjaya menjadi pelakon utama berlakon di samping Pierre Andre dalam filem Chantek. (sinopsis filem baca sini)

Nurul Ekasari 24 tahun, berlakon menjadi pembantu rumah yang menyamar sebagai lelaki dan bekerja di rumah seorang pengarah bernama Ad(lakonan Pierre). Akhirnya Chantek jatuh cinta dengan Ad. Filem tu akan ditayangkan di pawagam pada 16 Februari 2012.

Ekasari, sebelum ini hanya mempunyai pengalaman dalam iklan TV.
Nurul Ekasari ialah pemegang diploma dari Universiti di Jakarta dalam jurusan Media dan Komunikasi.

Nurul sudah sibuk dengan 2 filem  lagi, “Bait Surau” dan ”Soul Quest”,
dan 4 telemovie yang akan ditayangkan sedikit masa di Indonesia tahun ini.

Beliau pernah berlakon dan mejadi model penghias majalah sejak tahun 2009, antara iklan komersil yang dilakonkan oleh Ekasari ialah, McDonald, Daihatsu Terios, Toshiba Glacio dan banyak lagi.

Pengalaman berlakon dalam Chantek

“Ini kali pertama saya berlakon dalam filem bergenre komedi romantik. Masa datang ‘casting’ dulu, saya tak letak apa-apa harapan sebab tengok ramai orang yang datang. Jadi, bila dah terpilih, saya rasa seronok sangat tak terkata,”

“Salah satu sebab saya ingin berlakon dalam filem ini ialah kerana ingin mencari pengalaman baru bekerja di luar Indonesia. Saya kagum dengan Pierre. Dia memang baik dan andai ada kesilapan, dia akan perbetulkan. Malah, dia juga tidak pernah lokek ilmu dengan saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold