Noraini Boleh Cakap Korea dan Mandarin Lepas Kemalangan

Ini adalah cerita agak pelik pelik juga mengenai seorang remaja perempuan Noraini 17 dari Kelantan Besut yang boleh bercakap Mandarin dan Korea dengan fasih selepas dia terlibat dalam kemalangan pada 13 Januari.



Kebolehan luar biasa itu berlaku selepas empat hari dia terbabit dalam kemalangan apabila motosikal yang dibonceng dirempuh oleh sebuah lori kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat Alor Lintang ketika perjalanan pulang dari sekolah.


Selepas koma 11 jam di ICU Hospital USM Kubang Kerian, doktor membuat imbasan di kepalanya dan mendapati ada darah beku, kemudian doktor membuat imbasan kali kedua dan doktor terkejut keranan mendapati tiada darah beku lagi.

Mungkin ini antara keajaiban dan kekuasaan Allah yang nak ditunjukkan, mana kita tahu kan.

Lagi pelik apabila tiba hari keempat Noriani terjaga dari tidur dan meminta air dari ibunya dalam bahasa Korea.


Menurut doktor berbangsa cina, Noraini boleh menyebut nombor dalam bahasa cina dengan betul. Sehingga doktor itu terkejut kerana belum berjumpa kes semenjak bertugas selama 17 tahun.

Noraini hanya mampu bercakap bahasa korea atau mandarin hanya selepas dia tidur semula selepas subuh dan bangun. Jika dia tidak tidur selepas subuh, dia tak akan mampu bercakap dalam bahasa asing itu. Pelik kan..maksudnya ada twist dalam otak dia selepas dia bangun tidur lepas subuh :)


Sindrom bahasa asing/ foreign accent syndrome

Ada juga yang saya baca mengenai kes yang dipanggil foreign accent syndrome, di mana seseorang itu mengalami gangguan otak dan mampu bertutur dalam bahasa asing.

Terdapat beberapa kes yang jarang ditemui, jadi kes Noriani ni mungkin tergolong dalam sindrom bahasa asing ni agaknya. Walaubagaimana pun ia sangat pelik dan ini menunjukkan kekuasaan Allah dan keajaiban yang kita tak terfikir pun.


Dari wikipedia

Kes seorang penceramah dari Crotioa: Beliau telah mendapat kebolehan  untuk bercakap dan fasih dalam bahasa Jerman selepas sedar dari koma.


Kes budak India boleh bercakap bahasa Inggeris

Pada 14 Julai 2007 seorang budak lelaki bernama Rajesh di sebuah bandar terpencil di India tiba-tiba mula bercakap dalam bahasa Inggeris, walaupun dia tidak pernah keluar dari kampung halamannya. Rajesh dilaporkan sebagai dikatakan  penjelmaan semula seorang saintis dari Amerika.


Kes Cindy Lou dari Washington yang mampu cakap Rusia pada tahun 2008

Cindy mengalami kecederaan otak dan mampu bertutur dalam bahasa Rusia walaupun ada kesalahan dalam pertuturannya.


Kes Sarah Colwill dari UK mengalami migrain yang kerap hingga dimasukkan ke hospital, apabila dia bangun dari tidur di wad hospital, dia mampu bercakap dalam loghat bahasa cina.


Dari beberapa kes ini, sebenarnya ada banyak lagi..mungkin jugak la Noraini mengalami sindrom ini..wallahualam..Allah Maha mengetahui dan maha berkuasa.


p/s: mandarin dan korea je dia boleh kalau bahasa arab ke tamil ke, tambah lagi..dasyat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

18 Responses to “Noraini Boleh Cakap Korea dan Mandarin Lepas Kemalangan”

  1. akubiomed says:

    Pelik juga tiba-tiba boleh berbahasa asing.

  2. hatiputera says:

    wahh,,boleh berbahasa asing pulak selepas accident,,,kekuasaan allah semua tu,,,
    hatiputera recently posted..Kepak ayam

  3. Amirez says:

    anugerah Allah :)
    Amirez recently posted..5 Blog Fotografi Mesti Baca

  4. kakyong says:

    Allahu Akhbar.. ini lah kali pertama dengor pasal ni..

    satu anugerah ni.. kalo dpt ckp bhs Arab memang bagus kan..
    kakyong recently posted..Memang lagi 2 hadiah untuk bulan Feb 2012

  5. Affan Ruslan says:

    Owh yg ni org ramai tgk bising2 kat twitter tu rupanya.

    Subhanallah, kuasa Allah kan.

    Satu lg, tak sangka ada istilah khas untuk penyakit camni ye
    Affan Ruslan recently posted..Rancangan Untuk Snowboarding

  6. Kalamhati says:

    Subhanallah..hebatnya kuasa Allah kan..
    huhu
    Kalamhati recently posted..Gelak Seminit!=D..

  7. yas says:

    Memang tak sangka sungguh ehh, kuasa Allah S.W.T….tp nak tergelak jugak bila baca paper…”Dulu dia boleh je kecek kelate, pah jadi lagu ni dah tok leh la pulok” – errr dialog bikin sendiri tu…:)
    yas recently posted..Pemohon BR1M [Rm500] Yang Gagal Akan DiSemak

  8. zarith sofia says:

    macam cerita 49 days pula.

  9. Blog Noty says:

    rezeki dia kan..orang yang tinggal bertahun kat korea n china pun blum tentu boleh bercakap..hehe
    Blog Noty recently posted..Blog Noty~ Kantoi:Awek marah sampai tercabut gigi palsu

  10. sayadisini says:

    pelik tp benar
    sayadisini recently posted..A.B.C !!

  11. APAN says:

    mmg pelik ni…membe office pun ada citer pasal ni tadi.kuasa Allah :)
    APAN recently posted..Rabu Yang Bisu #30 – Jangan Picit

  12. syed Ahmad says:

    rasenye budak ni dr besut kan?,..bukannya dr kelantan…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold