Neelofa Pelakon Cantik Yang Bijak

Neelofa Mohd Noor, 23, antara pelakon baru yang cepat naik, banyak mendapat tawaran, kehadirannya di dalam dunia seni membuatkan banyak pembikin drama dan filem memburu Neelofa. Wajahnya lembut, manis, sesuai sangat lah dapat tawaran jadi heroin. Kalau cantik jelita saja tidak cukup, Neelofa membuktikan dia mampu berlakon dan berbakat besar. Neelofa dikenali selepas mendapat tawaran berlakon dalam Azura 2012 arahan Aziz M Osman, biarpun masa tu Neelofa belum berlakon filem lagi, tapi pengarah sudah berani mempertaruhkan Neelofa sebagai heroin.


Kemunculan pertama Neelofa dalam tv yang Nuriz pernah tengok dulu masa dia berlakon Pusing Raya tahun lepas di samping Rahim Razali, Lydiawati, dan Jalaludin Hassan. Masa tu dah nampak dia memang boleh berlakon dan berbakat, dalam Tahajuud Cinta dia dapat bekerja bawah Erma Fatima sebagai pengarah drama, dalam tu dia pegang watak penggoda yang menggoda Eman Manan. Dalam drama Ijam Non Yankee dia berlakon di samping Awal Ashaari, cerita ni agak komedi sikit. Kalau Neelofa lebihkan sikit lawak lagi comel :)


Selepas dia menang dalam Dewi Remaja 2010 dia byk  mendapat tawaran berlakon dari para pembikin filem, tak sampai 1 tahun Neelofa masuk ke bidang seni dia sudah berlakon dalam 5 filem. Hebat tu kan?


Antara filem lakonan Neelofa ialah Hantu Kapcai, Lemak Kampung Santan dgn Hans Isaac, SAM dan Taiko serta Azura 2012. Fauzi Nanwawi jugak nak ambil Neelofa sebagai heroin dalam filem aksi komedinya Pak Pong kerana kebolehan dia dalam seni mempertahankan diri.



Drama tv lakonan Neelofa ialah Pusing Raya, Kitab Cinta, Tahajjud Cinta, Jiwa dan Lara, Kasih Najihah, terbaru Ijam Non Yankee.


Neelofa yang cantik dan bijak

Neelofa ni bijak dalam pelajaran, medapat keputusan yang cemerlang dalam pmr, spm di sekolah, pendek kata pelakon yang ada beauty with brain lah,  dia aktif bersukan dan pernah menyertai sukan Tinju. Nampak lembut dan ayu je rupanya lasak jugak. Nanti peminat Neelofa boleh sakskikan aksi Neelofa berlawan dalam filem Taiko. Ramai pelakon hebat dalam taiko ni macam Beto Qushariry, Namron, Faizal Hussein dan Zed Zaidi.


Dengarnya Neelofa juga akan menyanyikan lagu OST untuk filem Taiko. Cemana le suara Neelofa agaknya ye.


Selain tinju Neelofa terlibat dalam sukan gimrama, tenis dan lompat jauh di sekolahnya. Kebijaksanaan Neelofa dan kepetahan dia bercakap membuatkan dia menjadi pengacara Nona untuk Tv3. Sebelum tu dia jugak pernah mengacara rancangan Paparazzi terbitan KRU.


Sekarang dia dah jadi usahawan muda, dia telah mendapat geran RM200,000 mengusahakan pernigaan kasut yang dimulakan melalui blog secara online (baca sini)

Biodata dan Profil Neelofa

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

15 Responses to “Neelofa Pelakon Cantik Yang Bijak”

  1. hafidz says:

    makin hebat la neelofa lepas ni huhuhu
    hafidz recently posted..Video : Yuna – Live Your Life

  2. cik tom says:

    neelofa ni memang cantik..suka tgk dia..cuma kl dia kurangkn seksi skit lg bagus…heee
    cik tom recently posted..Penyakit Kura-kura dan Cadangan Cara Merawat

  3. akubiomed says:

    Kebanyakkan juara Dewi Remaja akan terjun didalam bidang lakonan.

  4. Juan says:

    seorang pelakon yg berjaya
    Juan recently posted..The Sketchbook Project | I try to sketch again

  5. shraqs says:

    Personally,… dr segi cantik tahap biasa je,.. tapi yang menyerlahkan dia ni sebab otak dia tu,.. cara dia mengacara, bercakap menampakkan kebijaksanaan & kematangan. Yang paling bagus sebab dia nampak natural tak perlu control… IMHO
    shraqs recently posted..Jana Duit Melalui Blog Dengan Sponsor Post

  6. sw33tdarling says:

    now dia tak payah menumpang gossip murahan…
    sw33tdarling recently posted..Takde Modal Lain

  7. Norizwan says:

    cantik sempurna…mantap…:)
    Norizwan recently posted.."Angry Bird Space" akan meletup pada bulan Mac 2012

  8. titan says:

    patutlah ramai orang suka dia..
    titan recently posted..Kanak-kanak perempuan yang kacak..

  9. MEKAR says:

    Semoga dia bijak mengatur peluang yg ada agar menjadi idola contoh suatu masa nanti
    MEKAR recently posted..Perasan tak ?? Anak-anak zaman sekarang ….

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold