Mawi dan isterinya Ekin kini bergelar ibu dan bapa apabila bayi perempuan mereka selamat dilahirkan pada 4 pagi Selasa lepas. Bayi perempuan seberat 2.8 kilogram (kg) itu dilahirkan secara normal di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi.
Gambar anak Mawi masih tidak mahu lagi didedahkan oleh Mawi buat masa ini, (sudah update, gambar terbaru Mawi dan anaknya)
Mawi dan Ekin berkahwin pada 20 Disember 2008, dan Ekin mengalami keguguran sebanyak 2 kali sebelum ini, akhirnya mereka dianugerahkan anak perempuan pada tahun 2012. Tahniah.

Mawi hari ini telah menamakan anak perempuannya dengan nama Cahaya Malaika bermaksud Cahaya Permaisuriku, nama tersebut dipilih oleh dia dan isterinya Ekin.
“Nama itu kami berdua yang pilih. Selepas dapat tahu Ekin hamil anak perempuan, kami mula mencari nama yang sesuai. Lama juga hendak buat keputusan, tapi selepas anak saya selamat dilahirkan semalam, saya dan Ekin setuju gunakan nama ‘Cahaya Malaika’ itu,”
Kenapa Mawi masih tidak mahu mendedahkan gambar anak sulungnya?
ketika ini dia tidak selesa untuk menunjukkan wajah puterinya itu kepada umum. “Saya tahu ramai peminat yang ingin lihat anak saya, tapi tunggulah dahulu. Buat masa ini saya dan Ekin tidak selesa hendak berkongsi. wajah Bukan hendak sembunyikan selama-lamanya, tapi saya menunggu waktu yang sesuai. Mungkin saya benarkan pihak media rakamkan gambar anak ketika saya buat kenduri kesyukuran nanti,”
“Dalam seminggu dua ini memang saya luangkan masa untuk menjaga Ekin dan bayi kami. Namun bermula 10 Mac depan saya sudah mula sibuk dengan beberapa aktiviti seperti jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan juga persembahan pentas,
sumber: gua.com.my
Dalam masa terdekat ini mungkin Mawi akan mengadakan kenduri kesyukuran menyambut kelahiran anak sulungnya.
update 1 hb Mac 2012:
2 jam lalu pihak Astro telah memuatnaik gambar anak perempuan Mawi dan Ekin di wall FB Astro
Mawi kini jadi Abi..Abi bersama puterinya

Komen Mawi
“Saya amat bersyukur kepada Allah SWT terhadap kurniaan ini. Jujurnya saya berasa amat teruja menanti kehadiran cahaya mata yang pertama ini, namun begitu debaran saya berbalas apabila mendakap anak buat kali pertama.
“Buat masa ini saya berasa sangat seronok dan tenang sekali apabila melihat wajah puteri kesayangan saya ini. Saya pastinya akan menjaga dan mendidik anak sulung saya ini sebaiknya. Saya suka membahasakan diri kami sebagai Abi dan Ummi,”

February 29th, 2012
Nuriz Ibrahim
Posted in
Tags: 

Tahniah mawi
bukansayadisini recently posted..Wordless Wednesday ! Kenal Ker?
Tanniah kepada Mawi kerana kini beliau bergelar seorang ayah.
akubiomed recently posted..Menaik taraf mini studio yang tak seberapa
ala gambar xder
Juan recently posted..Raja Lawak Musim ke-6 (2012)
memang takda lagi hehe
senyap terus dia ni…tau2 dpt anak dah…
APAN recently posted..Rabu Yang Bisu #33 – Sungai Ganges
alhmdllh syukur…. unik nama tu…mcm nama anak penyanyi Yassin tu.. Malaika juge
Ummi Hanie recently posted..Rumah Terbalik FM GiveAway