Miera Liyana Terluka Kerana Orang Ketiga

Beberapa bulan aje pasangan hangat Miera Liyana dan Shahrizal Jaszle mengecapi saat saat bercinta. Diorang berdua ialah artis yang tak sorok status hubungan cinta dan Shahrizal Jaszle pun siap cerita pasal nak berkahwin awal dengan Miera Liyana, biarpun Miera Liyana ni baru je 18 tahun. Hubungan cinta Miera dan Sharizal digosipkan di akhbar sebelum ni sudah putus, memang benar benar berlaku.

Miera Liyana mendakwa sudah tawar hati dan terluka sangat sangat dengan Shahrizal Jaszle yang dikatakan curang kerana keluar dengan seorang gadis. Walaupun Shahrizal dah terangkan yang gadis tu ialah anak kawan rapat ibunya , ternyata Miera Liyana tak dapat nak menerima.

Sharizal jugak ada memujuk Miera Liyana tetapi sayang..apa nak buat hati dan terluka..cari je la yang lain ye..

Miera Liyana tak sanggup diperbodohkan..

“Memang hubungan cinta kami telah berakhir disebabkan kehadiran orang ketiga. Segala keputusan dibuat berdasarkan bukti yang saya simpan dan bukan senang untuk dia memperbodohkan saya,”

“Jika kesilapan yang dilakukan pertama kali bolehlah dianggap tidak sengaja, namun sekiranya berlaku berkali-kali itu namanya pilihannya sendiri. “Bagi saya dalam sesebuah hubungan, kejujuran itu penting dan sekiranya kejujuran itu telah dikhianati, tidak ke mana cinta tersebut,”

Adakah hubungan putus disebabkan oleh pembantu peribadi Shahrizal?

“Saya lebih mengenali Shahz daripada pembantu peribadinya. Jadi tidak timbul saya dihasut dan sebagainya. “Saya bukan jenis yang suka terburu-buru dan bertindak tidak tentu hala. Saya bertindak selepas ada bukti dan mempercayai sesebuah cerita itu berdasarkan bukti sendiri,”

“Dalam perhubungan pastinya ada pergaduhan dan apabila gaduh pastinya kita perlu memperbaiki diri sendiri.

“Macam mana saya mahu berbaik, jika hati saya sendiri terluka dan saya perlu merawat hati saya terlebih dahulu sebelum memikirkan hati orang lain.

“Saya tidak menyalahkan dia. Mungkin kami sama-sama muda dan bagi saya masing-masing ada salahnya juga.

“Saya hanya mahu ruang untuk diri sendiri dan sekiranya dia adalah jodoh saya, saya tidak menolak andai ditakdirkan oleh Tuhan,”

Nampaknya Shahrizal dah 2 kali putus cinta ni..tapi takpe rasanya ramai wanita sedang menanti dia kat luar nun… :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold