Liyana Jasmay Bakal Bertunang Dengan Jirannya Bulan Depan

Pelakon muda Liyana Jasmay bakal bertunang dengan jirannya bulan depan. Liyana Jasmay 23 tahun sebelum ni digosipkan dengan Aizat dan Syamsul Yusof akhirnya menemui cinta dengan jejaka sebelah rumah. Bertunang dengan jiran, ni kalau balik raya kampung memang tak payah bergaduh gaduh merajuk suami isteri le kan :) Hari raya pertama ke kedua ke senang je nak jumpa keluarga.

Liyana menemui cintanya dengan pemuda berusia 28 tahun bernama Fathuddin Mazlan yang juga ahli perniagaan. Setahu Nuriz bapa  Liyana ni  ahli perniagaan, nanti bakal tunang pun ahli perniagaan jugak le. Bapa Liyana ni ada kedai ikan sungai area Wangsa Maju, dan bakal tunangnya jugak ada membuka business area Wangsa Maju jugak. Dekat dekat gitu.

 

Mengikut perancangan Liyana, dia bakal berkahwin pada tahun depan, tetapi masa dan tarikh masih dirahsiakan.

“Dia menghantar rombongan merisik pada minggu lalu dan jika tiada aral melintang, kami akan bertunangan pada bulan depan.

“Tarikhnya terpaksa dirahsiakan. Insya-Allah tahun depan kami akan berkahwin,”

“Selama ini pun saya tidak pernah mengatakan yang saya bercinta dengan orang itu atau ini. Semuanya berlaku dengan cukup pantas, itulah yang dinamakan kuasa jodoh.

“Saya sendiri tidak tahu bila masanya rasa cinta itu datang? Cuma apa yang saya sedar, perasaan itu tiba-tiba hadir dalam diri. Kita hanya boleh tahu perasaan itu apabila kita sendiri mengalaminya,”

sumber : mstar online

 

Gambar Bakal Tunang Liyana Jasmay , Fathuddin Mazlan

Fathuddin Mazlan seorang ahli perniagaan.

10 Fakta Menarik Tentang Pertemuan Liyana dan Fathuddin

1. Mula berkomunikasi melalui telefon sebelum sambutan Tahun Baru lalu di mana Fathuddin mengambil langkah berani dengan menghantar mesej berbunyi ‘Hi Jiran’.

2. Mesej comel tersebut membuatkan LJ tersenyum saat membacanya.

3. Difahamkan, pasangan ini diperkenalkan oleh Marsha dan Sharifah Sakinah yang juga merupakan kawan kepada Fathuddin.

4. Pertemuan pertama mereka di sebuah restoran di Jalan Yap Kwan Seng ditemani oleh teman baik LJ, Wan. Ketika pertemuan tersebut, LJ memberitahu agak gementar dan malu sehingga dia bercakap sambil menutup muka dengan Fathuddin. Dan kerana terlalu malu juga, LJ membuat keputusan untuk balik cepat.

5. Pertemuan kali kedua pula dibuat ketika makan tengah hari. Menurut LJ, Fathuddin seorang yang humor di mana tunangnya itu gemar membuat muka comel bercampur sengal.

6. Lokasi dating pertama mereka di Alexis, Bangsar.

7. Hadiah pertama yang diberikan Fathuddin kepada LJ ialah satu bakul berisi mawar merah dengan seleksi pelbagai coklat kegemaran.

8. Fathuddin pernah menonton filem Papadom lakonan LJ tetapi lucunya, dia tidak mengetahui yang LJ ada berlakon sekali di dalam filem berkenaan. Selepas kenal rapat, barulah Fathuddin mula menonton kesemua filem lakonan LJ.

9. Fathuddin merupakan seorang ahli perniagaan dalam pembangunan bangunan dan bekerja dengan bapanya sendiri. Fathuddin kerap berada di Sabah untuk urusan perniagaannya.

10. Selain jiran, Fathuddin juga merupakan senior LJ di sekolah menengah. Kakak LJ dan kakak Fathuddin merupakan kawan.

sumber: Gua.com.my

sumber :myartis.com dan pakcik google

 

Artikel tidak berkaitan:

GAMBAR HANTARAN perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry

 

Kemaskini : Gambar Liyana Jasmay Bertunang

 

 

Liyana Jasmay telah melangsungkan majlis pertunangan dengan Fathudin Mazlan pada malam Rabu. Mereka berdua akan melangsungkan perkahwinan pada 24 Januari tahun depan apabila pelakon Papadom itu pulang dari luar negeri selepas menyertai kursus jangka pendek New York Film Academy (NYFA) pada Julai ini selama enam bulan.

Liyana sudah mempunyai perancangan rapi mengenai kerjayanya selepas bergelar isteri nanti.

Fathudian tak sekat Liyana berlakon

“Saya tak akan menyekat kerjaya Liyana kerana itu adalah kerjanya sejak dahulu lagi.

“Lagipun, dia tahu batasan-batasan yang perlu dijaga sebagai seorang isteri dan pada masa sama tak adalah sampai dia perlu bekerja dari satu ke satu filem yang lain tanpa berehat langsung,”

 

Bagaimana Fathuddin terpikat dengan Liyana

Fathuddin menghantar mesej berbunyi “Hi Jiran” sebelum sambutan tahun baru yang lalu, dari situ mereka mula berkenalan dan mengatur pertemuan.

Sifat manja Liyana telah menarik hati Fathuddin,

“Kali pertama jumpa, saya terus suka dia. Bila dengan dia saya rasa gembira. Dia selalu buat saya ketawa. Saya juga terpikat dengan sifat manja dia. Selain cantik, perangai dia juga ceria, sebab itu saya tertarik dengan dia.

“Bagi saya, Liyana mempunyai karakter dan personaliti yang menarik. Dia juga sangat ambil berat tentang saya. Kali pertama jumpa dia macam kami dah lama kenal. Persefahaman dan keserasian antara kami juga membuatkan kami lebih rapat,”

 

“Saya tahu dia tinggal di sini  tapi tak pernah terfikir akan bertunang dengan jiran sebelah. Saya bersyukur sangat-sangat kerana lepas dah kahwin nanti, senanglah. Mengenai kerjaya dia, InsyaAllah saya akan sentiasa sokong dia sebab saya sayang dia,”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Liyana Jasmay Bakal Bertunang Dengan Jirannya Bulan Depan”

  1. akubiomed says:

    Bakal tunang jambu dan bulu kening lebat. Elok juga jadi usahawan pada usia muda kerana makan gaji ini stress. :-)
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – #Reflection of love

  2. APAN says:

    ingat ke dia ni x percaya cinta.haha…lagu dia la tu.bila dengar bnyak kali, bosan giler.terus delete…
    APAN recently posted..Rabu Yang Bisu #33 – Sungai Ganges

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold