Lawak Ke, Der? Dapat Sambutan Hangat

Lawak Ke, Der arahan Hans Isaac yang dipersembahkan di Istana Budaya membawa satu perubahan dan mendapat sambutan hangat, semua penonton terhibur dengan persembahan pelawak-pelawak otai. Mungkin selepas ni mana mana pihak nak buat pementasan bercorak komedi pasti diberi peluang.

Selalunya Istana Budaya mempersembahkan acara seperti koir, tari menari, orkestra dan persembahan seni bertaraf antarabangsa. Persembahan lawak ke der ini membuktikan lawak bukan sebarang lawak, lawak mereka ini ada nilai dan ada mesej. Bertepatan dengan piagam Istana Budaya yang mementingkan kualiti persembahan, persembahan lawak ini sudah semestinya yang terpilih dan terbaik.

Lawak Ke Der berlangsung selama 2 jam, penonton dihiburkan oleh pelawak seperti Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik atau nama kumpulan mereka Boboi dalam Maharaja Lawak. Afdlin membawa watak Datin Maimun yang gemar bercerita pasal cincin dan beg tangan mahal :), tarian poco-poco dan rambut kembangnya . Pelawak otai lain ialah Osbon juara Maharaja Lawak, Nabil dan Harith Iskandar. Stand up comedy yang dipersembahkan oleh mereka memang tidak mengecewakan.

Lawak Ke Der? akan diadakan selama 6 hari, dimulakan dengan persembahan Osbon iaitu pada 3 dan 10 Februari depan, diikuti Jozan (4, 5, 11 & 12 Februari) manakala Boboi, Harith Iskandar dan Nabil akan tampil pada setiap hari.

Jika anda berminat menyaksikan Lawak Ke Der? cepat cepat dapatkan tiket sekarang..

Tiket yang berharga RM53, RM73, RM123, RM203 dan RM353 boleh dibeli menerusi www.ticket2u.biz atau hubungi 03-41478600.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Lawak Ke, Der? Dapat Sambutan Hangat”

  1. akubiomed says:

    Pada masa akan datang apabila ditanya kepada anak-anak apakah cita-cita mereka? Mungkin Pelawak adalah kerjaya mereka.
    akubiomed recently posted..Projek hujung minggu – DIY Photography Mini Studio

  2. zik says:

    rating pelawak untuk beberapa ketika tahun2 lepas.. mula naik… manakala rating bintang af ( dah ditamatkan pun).. memang merudum..huhu
    zik recently posted..Keputusan terkini malaysia U23 VS Bahrain U23 [2nd leg] 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold