Lagu Terakhir Sudirman Hj Arshad Setelah Kau Tiada

Agak konfius saya dengan soalan dalam 1 juta money drop tadi mengenai apakah lagu rakaman terakhir Sudirman, ada 2 pilihan jawapan iaitu Salam Terakhir dan Jauh di Sudut Hati, dan jawapan yang bagi orang tu menang ialah Salam Terakhir. Soalan pun dah bagi jawapan salah..kalau peminat Sudirman mesti tau apa lagu terakhir yang dirakamkan oleh Sudirman.

(saya juga salah sorang peminat Sudirman)

Kadang2 pembayang dalam 1 juta money drop ni suka hati diorang je takpa la yg tu..ni jawapan salah huhu..entah2 ada terlepas lagi jawapan untuk soalan yang kita tak tau setakat mana  betul ke dak jawapan 1 juta money drop sediakan tu..

Lagu terakhir dirakamkan Sudirman sebelum arwah meninggal ialah tajuknya Setelah Kau Tiada..dimuatkan dalam album tahun 1995 setelah Sudirman meninggal..bukan Salam Terkahir..tajuk je terakhir..apa daa 1 juta money drop ni..tak buat kajian dulu ke

Lagu Salam Terakhir dimuatkan dalam album Orang Kampung tahun 1986, Jauh di Sudut Hati dalam album tahun 1992.

sumber rujuk sini : http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Kampung_(album)

Secara logiknya Lagu Salam Terakhir sudah ada pada tahun 1986 dan Sudirman meninggal tahun 1992.

Lama tu Sudir tak rakam lagu kalau mcm tu kan..1986 hingga 1992 kalau betul fakta kata lagu terakhir beliau Salam Terakhir. Tak logik la..

Lagu Merisik Kabar menjadi hit pada tahun 1987. Masuk Juara Lagu 87 lagi.

 

Selepas kematiannya pada tahun 1992, EMI Malaysia telah mengeluarkan 3 buah album kompilasi. Dua lagu baru Setelah Kau Tiada dan Cinta Di Sisimu dapat diterbitkan setelah diketahui siapa penciptanya. Lagu-lagu ini dimasukkan dalam album Setelah Kau Tiada.

sumber : wikipedia

Suara Sudirman pun lain dalam lagu tu, kita boleh tau macam mana perbezaan Sudirman sebelum dia kurang sihat dan masa dia sihat.

Allahyarham mencuba sedaya upaya menyanyikan lagu tu.

 

Lirik lagu Setelah Kau Tiada

ku baru tersedar mungkin aku menyintaimu
setelah kau tiada
kau yang pengasih yang amat memahami
yang kini telah pergi tak kembali

pernah kau ucapkan cinta
kata-kata bak ukiran bintang
tapi kuhanya mempersendakan
bagai suatu jenaka diantara kita
pada hakikatnya aku berpura-pura

bagaimana nak kunyatakan
yang cintamu terbalas sudah
bagaimana nak kupastikan
yang kau mengetahuinya

ku sayang padamu
sebenarnya sejak sedari mula
kau,kau tunggulah aku
kerna perasaanku dekat dengan perasanmu
dunia dan akhirat kaulah kekasihku

22hb Feb ni genaplah pemergian Dato Sudirman yang ke 20 tahun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Lagu Terakhir Sudirman Hj Arshad Setelah Kau Tiada”

  1. org kg says:

    sedihnya lagu setelah kau tiada ni
    rindu pada sudirman

  2. titan says:

    lagu dia semuanya memang menusuk kalbu maa..boleh nangis woo kalau dengar.
    titan recently posted..Komisen ke 11 dari 701panduan

  3. [...] terbaca dekat blog Nurizspace tentang kekeliruan Lagu Terakhir Sudirman Hj Arshad ni. Jujurnya, saya sendiri tak tahu mana 1 lagu terakhir Allahyarham ni. Mengikut tuan blog [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold