KFC Buat Laporan Polis Kes Pekerja Serang Pelanggan

Satu video diupload ke laman you tube memperlihatkan kejadian pergaduhan antara pelanggan dan pekerja KFC di I city Shah Alam baru-baru ni, pelbagai rekasi orang yang memberi komen, di facebook KFC pun dah kena kutuk beratus ratus kali disebabkan video dan insiden yang buruk  tu. 

KFC kena kutuk di Facebook

Ada yang kata nak boikot kfc dan apa yang menakutkan ialah perang mulut bermula dengang komen kemudian berlaturan ke arah maki hamun di fb pulak, disebabkan dalam insiden pekerja kfc serang pelanggan tu melibatkan 2 bangsa berbeza..memang banyak lah kata kata yang tak nak dibaca ada dalam komen di facebook atau pun you tube.

Kepada semua tak payahlah anda jadi tukang penambah perasa atau penghangat suasana.

Dalam video berdurasi lebih kurang 28 saat itu, menunjukkan keadaan sangat sibuk di kfc tu, pelanggan ni tak puas hati setelah dia tunggu lama sangat tetapi sampai giliran dia, ayam kfc pun habis, maka timbullah situasi berbalas balas cakap atau berlaku provokasi antara mereka.

Nampaknya pergaduhan makin melarat, seorang pekerja meluru ke arah pelanggan kfc yang tak puas hati tadi.

Bila emosi mengatasi akal…beginilah jadinya, perut pun dah lapar, panas, tertekan semua ada sekali..

Pihak KFC sudah buat laporan polis

KFC Holdings (Malaysia) Berhad memaklumkan bahawa pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung kes pergaduhan Pekerja KFC Tendang Pelanggan yang didakwa berlaku awal Februari. Satu laporan polis sudah pun dibuat dan pihak mereka sudah mengenalpasti siapa pekerja yang menyerang pelanggan dalam insiden berkenaan.

Sebaik saja siasatan selesai, syarikat itu akan mengambil tindakan sesuai untuk menangani apa-apa pelanggaran ke atas tatacara pengendalian dan piawai khidmat pelanggannya, menurut kenyataan itu lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

21 Responses to “KFC Buat Laporan Polis Kes Pekerja Serang Pelanggan”

  1. indra says:

    dua dua ni bodoh, pelanggan dah tau ayam habis marah buatpe, pekerja pun kalau nk keje kena le tahan maki, balik umah la dulu nak marah

  2. kmaraul says:

    dah habis ayam nak marah buat apa..manager kfc pun satu, sediakan la ayam kfc banyak banyak dah tau ada orang kebuluran nak makan…hahahaha!!

  3. sitirahman says:

    kenapa orang nak kaitkan isu ni dgn perkauman, apa yg berlaku adlh, pekerja dan pelanggan yang masing masing tak puas hati, tak payah la nak kaitkan dengan perkauman

  4. orang malaysia says:

    ialah perangai atau kelakuan remaja melayu bila berdepan dengan remaja cina, india,dll. Tidak boleh dinafikan bahawa remaja melayu biasanya ganas dan susah dikawal. Kelakuan ini dipelajari dari polis melayu, ahli politik melayu, biro tata negara, utusan, masjid, perlembagaan, dan lain lain

  5. lulu says:

    pendangan peribadi saya…selalunya pelanggan adalah pertama dan selalunya betul.

    tanpa pelanggan perniagaan itu tidak akan bertahan lama.
    perkara ini harus menjadi teladan dan pengajaran kepada semua supaya menghormati pelanggan dan pekerja.

  6. Kalamhati says:

    huhu bab2 lapar n makan ni mmg manusia akan bertukar jadi incredible hulk..huhu
    apa2pun kita serah pd pihak pengurusan..tak pyh kita nk tambah masalah lg dgn komen2 yg tak sepatutnya kan..huhu
    Kalamhati recently posted..TIPU KALAU KORANG TAK NANGIS BACA NI..

  7. akubiomed says:

    Perut kosong masuk angin dan stok habis. Naik angin.
    akubiomed recently posted..Gaji pegawai kerajaan wajib serah kepada isteri

  8. yas says:

    Susah kalau kedua2 belah pihak dah tak boleh nak bersabar….
    yas recently posted..Liga Singapura – Harimau Muda Menang!!

  9. alim says:

    kalau dah cina tu maki bodoh punya melayu… apa korang rasa?

  10. farhan says:

    btul ke cina tu maki pasal melayu..kalau ye pun apsal nak sebut melayu..kalau nak maki pasal lembab pun, kenapa nak sabitkan perkataan melayu..dua2 salah jgk.dah tak dpt lagi tahan sabar.lagipun dah tau penuh..makan la tmpt lain je la…
    farhan recently posted..Contest Teka & Menang by Meira and Nabila

  11. Pakej Niaga says:

    jangan salahkan kfc, salahkan pelaku yang bertindak luar batasan..

  12. shark says:

    susah untuk kita berkata siapa benar dan siapa salah…
    orang yang berada di tmpat kejadian..perlu tampil untuk menerangkan situasi sebenar yang berlaku… jika kita berdiam diri akan berlaku sesorang yang xbersalah tapi di persalahkan..

    (aku ada terbaca blog lain) kenapa masa keterangan media cina tu xcakap sendri dan mengaku dia xtahu cakap B.M.. plik! rakyat malaysia xthu ckp B.m? atau dia tkot teketar2 sma d tnya media? kenapa xda media ambl ktrngan pekerja KFC pla ya? bias btl… hnya 1 pihak ja..

  13. shraqs says:

    Admin video ni yang salah dan kaki provok yang paling besar. Video penuh tak upload, siar sikit2 je..
    shraqs recently posted..5 Website Untuk Menjual Stock Photo

  14. Mekar says:

    Kita xde di tempat kejadian. jadi xtahu isu mula mcmana dan ada provok yg diterima
    Mekar recently posted..Manfaat Bekam

  15. budak muda memang macam ni.. cepat marah
    sabree hussin recently posted..Sambut Valentine’s Day Cara Islam

  16. titan says:

    entahlah. aku tengah demam. malas nak komen isu ni. haha..
    titan recently posted..Lelaki kacak sedang demam selsema.

  17. tanakwagu says:

    ada tak review penuh pasal inseden ni. baru buka komputer :)
    tanakwagu recently posted..Voucher BR1M

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold