Kebolehan Noraini Bercakap Korea dan Mandarin Ada Kaitan Dengan Para Sedar

Berita pasal Noraini yang boleh bercakap Korea dan Mandarin ni mengejutkan ramai, di facebook, di twitter, Noraini menjadi topik bualan juga, heboh seantaro la :). Kebolehan dia bertutur dalam bahasa Korea atau mandarin ni hanya selepas dia bangun tidur..pelik dan jarang kita dengar kan.

Kalau kat luar negara banyak kes nama Sindrom bahasa asing/ foreign accent syndrome, pesakit mampu bercakap dalam bahasa asing apabila ada gangguan pada otaknya.

Kat sini saya bukan nak cakap bab penyakit tu sebab bukan lah kita ni pakar bab bab ni, lagipun doktor yang rawat Noraini ni pun terkejut :) . Doktor pun tak sahkan apa jenis nama penyakit Noraini ni.

Kenapa bahasa mandarin dan korea, adakah sebab dia banyak lihat drama mandarin dan korea kat tv? jadi dalam memori fikirannya ada tersimpan semua tu.

petikan dari sinar harian:

Kata Ketua Pusat Kaunseling dan Kerjaya, Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Universiti Malaysia Terengganu, Profesor Madya Dr Ruhani Mat Min, kemalangan jalan raya berkemungkinan ada hubung kait dengan pengalaman para sedar dilaluinya.

jika dilihat daripada perspektif psikologi dan kaunseling ia melibatkan emosi seseorang itu yang teruja ataupun timbul keseronokan pada sesuatu perkara melalui pengalaman secara tidak formal.

“Pengalaman secara tidak formal ini boleh diperoleh melalui pembacaan, menonton televisyen dan sebagainya. Tambahan pula sekarang setiap petang kita disajikan dengan rancangan drama Korea dan Mandarin yang menarik.

“Namun apa yang berlaku kepada pelajar ini (Noraini) ada kaitannya dengan pe-ngalaman para sedarnya dan ia perlu dilihat dari sudut positif berhubung kebolehannya bertutur dalam bahasa Korea serta Mandarin yang diperoleh tanpa pembelajaran secara formal,”

Bagaimanapun hanya bidang perubatan yang boleh menghuraikan dengan terperinci perkara ini, namun dari sudut psikologi ia ada bersangkut paut dengan pengalaman para sedar terutamanya melibatkan emosi ketika kejadian berlaku.

“Sekiranya pihak keluarga pelajar ini inginkan kepastian sama ada penguasaan pertuturan kedua-dua bahasa itu mengikut struktur bahasa yang betul, mereka boleh menghubungi UMT kerana kita mempunyai tenaga pengajar dalam bidang bahasa,”

Disebabkan kebolehan luar biasa ni,  Noraini boleh menggunkan dan mendapat latihan jika mahu mengusai terus bahasa asing itu, dan sokongan moral dari keluarga memang perlu untuk memberi dia semangat. Memang betul la, bila dah ada peluang macam ni sangat baik lah digunakan sebaik mungkin, anggap ianya anugerah dari Allah :)

Bila sebut pasal para sedar, ia melibatkan memori dan otak kan..

Otak manusia ini sangat unik dan ajaib, salah satu ciptaan Allah yang sangat menakjubkan. Walaupun saiz otak kecil tapi menggunakan 200% tenaga dari tubuh. Apa yang menarik tentang otak..

Otak manusia boleh diibaratkan kalau seluruh perpustakaan di seluruh dunia ni dihimpunkan, semua jaringan maklumat dikumpul dan disambung pada otak, otak tidak akan penuh.

Jika setiap saat otak manusia diisi dengan pelbagai maklumat, hinggalah manusia hidup beratus tahun otak masih tak penuh juga.

Ahli psikologi yang mengkaji kebolehan otak manusia, mendapati pada tahun 1970 otak digunakan manusia sebanyak 50%, pada tahun 1980 otak digunakan sekitar 10 % , dan sekitar hanya 1% pada tahun 1990.

Artikel terdahulu

Noraini boleh cakap Korea lepas Kemalangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Kebolehan Noraini Bercakap Korea dan Mandarin Ada Kaitan Dengan Para Sedar”

  1. akubiomed says:

    Ada yang buat kajian otak Albert Einstein kelihatan lebih muda daripada usianya.
    akubiomed recently posted..Gaji pegawai kerajaan wajib serah kepada isteri

  2. faizfakhirin says:

    kalau ak yg excident cmtu…jadi ker xeh?

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold