Justin Bieber Hadiahkan Cincin Berlian Buat Selena Sempena Valentine?

Pasangan kekasih muda Justin Bieber, 17 dan Selena Gomez, 19 dilihat semakin serius dalam hubungan cinta. Pada 12 hb Februari, Justin telah menghadiahkan sebentuk cincin berlian dengan huruf  ’J’ kepada Selena sebaik saja Selena pulang dari Amerika Selatan kerana membuat persembahan.

Gosip hiburan di hollywood menulis, mungkin cincin berlian dengan huruf “J” itu merupakan hadiah awal sempena menyambut Hari Valentine pada 14 Februari. Justin nampaknya bersedia lebih awal dengan hadiah istimewa buat kekasihnya Selena Gomez.

Selena memuatnaik gambar cincin berlian itu yang tersarung di jarinya  di laman instagram. Mungkinkah itu cincin tanda Justin nak melamar Selena?

Pada 12 Februari itu, mereka dilihat sedang makan tengahari berdua-duaan di Hooters, New York.

 

 

p/s: di Malaysia sebelum menjelang pagi esok, sudah beberapa pasangan kekasih ditangkap berkhalwat di hotel.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “Justin Bieber Hadiahkan Cincin Berlian Buat Selena Sempena Valentine?”

  1. nurmisnan says:

    Hmmmm… 6 pasangan di cekup dalam hotel biasa..
    nurmisnan recently posted..Wordless Wednesday #32

  2. apaajanews says:

    alam percintaan memang indah… :)
    apaajanews recently posted..MELAWAT MUZIUM TUDM KL | RMAF MUSEUM

  3. yas says:

    Cincin berlian tu…mesti mahal giler kan….

    #Dah agak dahhh…v/day kompom akan ada yg buat projek punyaaaa
    yas recently posted..Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog

  4. faizfakhirin says:

    biasa mak justin marah beli barang mahal2…hahahaha
    faizfakhirin recently posted..The Red Warriors : Kelate Kaloh, Ambo Tetap Sokong

  5. akubiomed says:

    Alahai comelnya cincin berlian yang diberikan.
    akubiomed recently posted..3 Juta tonton Kuch Kuch Hota Hai

  6. titan says:

    semua orang cite pasal valentine ni…
    titan recently posted..Ya. Gua Tahu..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold