Jujur Aku Dayus – Suspen Sampai Penat

Cerekarama Jujur Aku Dayus malam ni buat saya penat, penat sangat sangat menunggu-nunggu, memikir..apa jadi lepas ni kenapa jadi macam tu? kenapa jd macam ni? Lakonan Beto Qushairy dan Nora Danish pulak sangat mantap. Air mata Nora Danish menitik-nitik..beremosi betul. Munkinkah Nora Danish membawa rasa pengalaman cintanya dirampas oleh seseorang :)
Penerbit cerita ni Ziela Jalil, pengarah drama Haris Kadir. Tahniah kepada pengarah drama ni.

Jujur Aku Dayus sangat banyak suspen, jalan cerita dia agak slow tapi buat nak tunggu apa sebab apa sebab Edree ni benci sangat kan isteri dia ni?


hehe terlalu banyak persoalan masa dalam jalan cerita dengan kemunculan Aisha yang mengandung, mula mula teka Aisha ni isteri kedua kot sebab Lisa tak nak ikut ke Jepun.

Dari awal duk cerita Lisa ni dulu bukan wanita baik pun, duk teka jugak mungkin Lisa ni kembali liar dan curang..teka semua tak kena..:)


Kenapa kenapa Ed benci sangat dengan Lisa?..oh semestinya pengarah tak mau dedahkan awal lagi kenapa Lisa dibenci suaminya..kalau bagitahu awal tentu tak best nak tengok sampai ending kan.

Lagi lagi bila Aisha kata jubah dan tudung tak dapat nak menutup hati yang kotor (keburukan)..lagi la duk pikir Nora Danish jadi curang nih..


Kemuncak dalam cerita ni apabila tiba masa Edree pi bersemuka dengan bapa mertua dan isterinya masa nak menjatuhkan talak tu..duk suspen lagi tu..

Awak dah tahu? Lisa tanya Edree

Edree tanya balik Lisa, “Awak dah tahu”? aishhh cerita ni sasupen memanjang hahah!!

bapa mertua Ed pun tanya pulak , apa yang dia tak tahu, apa yang diorang tahu? Soalan dijawab dgn soalan?

Akhirnya kepenatan menunggu jawapan apa sebab Ed bersikap dingin dengan Lisa dan berkelakuan kurang ajar melampau-lampau kat Lisa terjawab jugak..(sila bagi pujian pada lakonan Beto Qushairy ok)

Pengajaran dari drama Jujur Aku Dayus ni..isteri kena taat pada suami, minta izin suami kalau nak keluar mana mana..

Masa part Ed habis solat, masuk Lisa ke dalam bilik..

Lisa pun kata dia tak patut keluar dengan lelaki lain..bila keluar dengan lelaki lain musibah telah melanda dirinya, hingga rumahtangga yang dibina hancur, keluar dengan lelaki lain tu menimbulkan fitnah..

Walaupun sikit aje kemunculan Zul Ariffin, lakonan beliau juga boleh dipuji :)

Nasib baik rumah tangga mereka dapat diselamatkan apabila kebenaran akhirnya berpihak kepada orang yang jujur.. happy ending. :)

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

22 Responses to “Jujur Aku Dayus – Suspen Sampai Penat”

  1. AinsyaYusoff says:

    Wahh, pantasnya update !! memang best citer tu, moral of the story jgn kuar ngan lelaki lain selain suami..haha

    Tengah lepak blo awak ni, study photoshop..hehe.
    AinsyaYusoff recently posted..30 Days Blogging Challenge : Day 6

  2. yas says:

    baru balik dr makan2 tadi…x sempat nonton citer.. ni- org rumah le tua…hehehe..
    yas recently posted..Thomas Cup 2012 – Malaysia Vs Indonesia

  3. nurizspace says:

    takpa nanti tgk online :)

  4. APAN says:

    perasan gak citer ni dok main masa mkn…x menarik minat sangat nak tengok.tpi perasan cam ramai dok ulas mende ni terutama kat fb.huhu…
    APAN recently posted..Guna Sabit Untuk Potong Rambut

  5. faizfakhirin says:

    semangat nuriz berkobar kobar..hehehe
    faizfakhirin recently posted..Inflasi : Apa yang Kita tahu ?

  6. hazanis says:

    nasib baik ending ok..berbaloi2..^^
    hazanis recently posted..Dilema seorang blogger..Antara nuffnang & advertlets….

  7. titan says:

    orang perempuan, rajin benar update pasal drama. haha..
    titan recently posted..Komisen ke 4 dari Peer Gomez

  8. misz_eyza says:

    haaa betul tue…sangat saspen citer nie…tp jalan cerita best sebab walapun citer nie biasa jer tp sebab pengolahan dia menarik maka ramai yg sanggup tunggu hingga the end.
    misz_eyza recently posted..Serba Salah | Diet Ker Makan?

  9. lis says:

    suspen dan susah dijangka. best giler lakonan mantap

  10. akubiomed says:

    Penghujung baru tahu kisah kenapa si suami menolak isteri dan isteri baru menjelaskan hal sebenar yang berlaku.

  11. Aslynn says:

    Best…aku tumpang nanes sama sioootttt..mmg tertanya2 ape ke hal nya yg wa t edree jd cmtu..akhirnya terjwb jua..antara slot cerekarama yg terbaik bg aku…

  12. sw33tdarling says:

    nasib baik dpt tengok jugak walaupun dah separuh jalan.. susah btl berebut dgn budak2….

    so debaran cerita ni takde ler panjang sangat
    sw33tdarling recently posted..Takde Modal Lain

  13. pink says:

    acane nak donlod…tak pandaila :(

  14. Ummi Hanie says:

    boleh plak sy tertidur ! tau2 dah ending…hishhh ~ apepun mmg drama melayu yg best dan tak tipikal ;)
    Ummi Hanie recently posted..Wardina: Saya lebih cantik dari J.Lo

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold