Jihan Raja Lawak Dengan Penampilan Baru

Jihan Raja Lawak musim ketiga kini banyak dapat tawaran berlakon ye, dia akan berlakon dalam telemovie Patah Seribu bersama Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad. Sebelum ni ada jugak nampak Jihan ni berlakon drama komedi. Dalam Patah Seribu watak Jihan lebih serius. Pengarah Michael Ang nampak bakat Jihan ni dan ambil dia berlakon bagi watak serius.

Bagus pengarah yang macam ni, tidak pandang wajah sebagai nilai komersil tetapi lebih memandang bakat dan keupayaan mereka berlakon. Kalau wajah cantik dan hensem tapi berlakon macam kayu je, tak guna jugak. Penonton dah tau menilai pelakon sekarang, jangan tangkap muat saja.

Jihan sanggup berhenti kerja semata-mata mahu menumpukan kerjaya di bidang seni, memang minat sungguh dia dalam bidang lakonan dan lawak ye.

Gambar Jihan dengan penampilan baru, rambut baru, tak lama lagi gigi dia pun akan baru jugak :)

 

“Alhamdulillahlah selepas meninggalkan pentas program Raja Lawak, rezeki dalam bidang lakonan tidak pernah putus dan saya tidak pernah melihat kekurangan terhadap diri saya itu sebagai halangan untuk berjaya.

“Malah saya melihat perkara itu sebagai satu kelebihan kerana saya perlu bersaing dengan pelakon jelita untuk mendapatkan sesebuah watak yang memerlukan rupa yang sederhana,”

Jihan bakal muncul dalam drama Patah Seribu, Kupu-Kupu Malam dan Penjara arahan pengarah itu di samping nama-nama besar lain seperti Erra Fazira, Marsha Milan Londoh dan Zarina AF.

Jihan belum ada teman lelaki

Jihan berkata dia masih belum bersedia untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana jejaka kerana ingin fokus kepada kerjaya lakonan.

“Lelaki bukan tumpuan saya buat ketika ini kerana kerjaya menjadi keutamaan kerana masih banyak perkara yang ingin saya kejar,”

sumber : mstar online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Jihan Raja Lawak Dengan Penampilan Baru”

  1. akubiomed says:

    Kalau memilih berlawak satu kerjaya kena usaha bersungguh-sungguh.
    akubiomed recently posted..Jururawat terjun dressing merawat luka

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold