Filem Qada’ Arahan Michael Ang

Saya sangat tersentuh dengan lagu latar yang mendayu dayu dalam teaser filem Qada ni. Walaupun sekejap durasi teaser filem Qada arahan Michael Ang ni tapi dan buat saya sedih…huhu. Bukan apa terharu tengok riak wajah muka Marsha Londoh yang sayu tu, dia akhirnya diterima oleh suaminya lakonan Amar Asyraf.

Walaupun sinopsis dan jalan cerita penuh tidak dapat lagi tetapi bila tengok 2 video teaser dan trailer filem Qada ni dah boleh agak jalan cerita ni mengenai apa..agak agak la kan..Amar Asyraf ni sukakan Salmi (lakonan Sharifah Sakinah) tetapi jodoh Salmi bukan dengan Amar (nama watak tak tau lg) tu jadi Salmi ni berkahwin dengan orang lain. Mungkin Salmi ni patuh pada kehendak keluarganya, tak nak jadi anak derhaka, dia tak punya pilihan lain dan berkahwin dengan lelaki pilihan keluarga.

Amar pun berkahwin pula dengan Marsha( nama watak tak tau lg) tapi Amar ni tak suka kat Marsha walaupun Marsha ni bertudung , baik budi pekerti, patuh pada agama, solat tak tinggal, layan suami dengan baik walaupun suami dia tak menerima dia sebagai isteri.

Akhirnya amar pun dapatlah menerima Marsha sebagai isteri setelah melihat kebaikan isteri dia tu..

tengok video teaser filem Qada ni..sedih tau..part Marsha menangis masa suami dia tolong suapkan nasi tu..kira suami dia dah terima dia sebagai isteri la tu..

 

Para pelakon yang menjayakan Qada’ ialah Sharifah Sakinah, Marsha Londoh Amar Ashyraf, Rizal Jaafar, Azza Elite dan Sharifah Shahora. Masa tayangan belum diketahui lagi. Kos pembikinan filem ni menelan belanja sebanyak RM 500,000.

Michael Ang walaupun berbangsa bukan melayu tetapi banyak mengarahkan drama dan filem melayu, kisah kehidupan orang melayu dan kini dia mencuba buat filem latar belakang kampung dan kehidupan orang muslim kampung, percintaan dan kasih sayang, kisah isteri taat pada suami. Bagaimana penerimaan penonton dengan karya Michael Ang nanti…sama sama kita tunggu tayangannya dalam tahun 2012 juga.

Gambar Marsha bertudung dalam Qada’

Ayu nya Masrha bila memakai tudung

Lagu OST filem Qada – Kerna Ku Saggup (Agnes Monica)

Kerana ku sanggup

Biar aku sentuh mu,

Berikan ku rasa itu

Peluk mu yang dulu, Pernah buat ku

ku tak pernah paksa mu , untuk tinggal di sisiku,

Walau kau yang selalu sakiti aku dengan perbuatanmu

 

Namun sudah kau pergilah

jangan kau sesali

Kerna ku sanggup, walau ku tak mahu

Berdiri sendiri tanpamu

Ku mau kau tak usah ragu

Tinggalkan aku

ouuu….. kalau memang harus begitu

 

Tak yakin ku kan mampu

Hapus rasa sakitku

Ku selalu perjuangkan  cinta kita,

namun apa salahku

Hingga ku tak layak dapat kan kesungguhanmu

Kerna ku sanggup walau ku tak mahu

 

Tak perlu kau buat aku mengerti
Tersenyumlah karena ku sanggup.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Filem Qada’ Arahan Michael Ang”

  1. akubiomed says:

    Nampak gaya akan menjadi trend seperti di Indonesia apabila sutradara yang mengarah filem islamik oleh orang yang bukan islam.

  2. nuriz says:

    kurangkan filem hantu dan seram lagi bagus kan

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold