Fasha Sandha dan Jejai Tolak Tajaan Perkahwinan Mewah

Memang benar lah gambar pra perkahwinan Fasha Sandha dan JejaiĀ  yang tersebar sebelum ni adalah gambar untuk pra perkahwinan mereka berdua :). Nampaknya tarikh perkahwinan macam nak hampir hampir dah ni buat Fasha dan Jejai. Di laman web hiburan terkenal murai melaporkan yang Fasha dan Jejai menolak tawaran tajaan mewah dari 8 penaja pereka tetapi ditolak dengan baik oleh Fasha dan Jejai.

Fasha dan Jejai mahu menjayakan majlis perkahwinan mereka hanya dengan hasil dari penat lelah mereka sahaja dan bukan dari orang lain. Antara tajaan pereka terkenal yang menawarkan kepada Fasha ialah Hatta Dolmat dan wanpa creations, lapor murai.com.my.

Malah sebuah hotel bertaraf antarabangsa yang mempunyai cawangan di Malaysia dan Indonesia juga telah menunjukan rasa minat untuk menaja hari bahagia mereka berdua. Bagaimanapun turut ditolak secara baik oleh pasangan tersebut.

Semua itu ditolak dengan baik, kerana tidak mahu terhutang budi. Bahkan kedua-dua mereka masih mampu menyerikan hari perkahwinan mereka menggunakan wang saku sendiri.

Pandai Fasha dan Jejai ni sorok ye..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

11 Responses to “Fasha Sandha dan Jejai Tolak Tajaan Perkahwinan Mewah”

  1. akubiomed says:

    Mana trill guna duit sponsor. Orang kebanyakkan pun guna hasil titik peluh sendiri.
    akubiomed recently posted..Gaji pegawai kerajaan wajib serah kepada isteri

  2. sayadisini says:

    xsabr nk tgu majlisnya
    sayadisini recently posted..JOM Buat Laksa !!

  3. apaajanews says:

    baguslah mendirikan mesjid…tangguh lama lamapun tak elok juga
    apaajanews recently posted..Resipi Betty Crocker

  4. Ummi Hanie says:

    harapnye jadilah betul2 kali ni ye .. jgn drama pulak .. haha
    Ummi Hanie recently posted..Malaysia Top Blogger

  5. nurmisnan says:

    baguslah kalau begitu. Terhutang budi pada orang pun kadang2
    blh mendatangkan fitnah.. Lebih baik guna duit sendiri…

    Tahniah untuk mereka berdua..
    nurmisnan recently posted..Doa susah mendapat anak atau mandul

  6. Amirez says:

    respect dengan pendirian pasangan ni. perkahwinan sponsor mungkin tak cukup nak menghargai erti perkahwinan. guna duit sendiri barulah tau apa erti sebuah perkahwinan yang sebenarnya. barulah takde cerai-berai :)
    Amirez recently posted..Teknik Menghasilkan Bokeh Dengan DSLR

  7. Mekar says:

    Lagi best guna duit sendiri walau majlis tak grand mana (ini cakap org biasa la bukan taraf selebbriti)
    Mekar recently posted..Mengidam Mee Siput

  8. kawe mintak sponsor kawin pun tak ada org mau bagi he he..
    Rezeki jgn ditolak Fasha ehhh…
    Dulu Lain Sekarang Lain recently posted..Terukir Di Bintang – Yuna

  9. wandisini says:

    tak yah ada penaja pun mereka dah cukup mampu. cubalah taja orang yang tak mampu. kawan-kawan aku pun ramai yang nak kahwin, cari duit siang malam
    wandisini recently posted..Dapat Duit RM500 BR1M

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold