Farah Asyikin Bertudung Selepas Solat Taubat

Lagi artis wanita yang dulu tidak bertudung kini berubah ke arah memakai tudung. Terbaru Ana Raffali bertudung kerana berhijrah  di bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW. Bulan ni jugak penyanyi Farah Asyikin, berhijrah memakai tudung, selepas melakukan solat taubat pada 12 Februari.

Cerita Farah Asyikin, beliau ingin memakai tudung secara tiba-tiba apabila sudah selesai solat taubat. Sesudah dia selesai solat tiba-tiba guruh dan hujan turun dengan lebatnya.

“Terus-terang ianya terlalu peribadi untuk diceritakan. Namun saya cuba bersikap terbuka sebagai peringatan sesame kita.

“Lagipun ia berlaku dengan terlalu pantas. Saya berubah dan bertudung selepas sahaja selelsai menunaikan solat taubat nasuha.

“Percaya atau tidak, sebaik sahaja saya selesai menunaikan solat tersebut, guruh berserta dengan hujan pun turun dengan lebatnya. Bagi saya itulah kebesaran Tuhan”

Farah asyikin takut azab Allah

“Sebenarnya tidak ada sebab kenapa kita perlu bertudung atau menutup aurat kerana ia memang sudah menjadi tuntutan kepada diri kita sebagai orang Islam.

“Saya sendiri kesal dengan apa yang berlaku ke atas diri saya sebelum ini. Namun saya beryukur kerana akhirnya saya kembali ke pangkal jalan juga.

“Saya lakukannya kerana bersebab. Saya takut dengan balasan Allah dan takutkan hari kiamat. Perasaan takut yang kuat itu sudah mula menyelubungi diri saya sejak beberapa hari lalu sebelum saya bertaubat

“Alhamdulilah jiwa saya kini tenang ,”

“Saya tahu mesti ramai yang akan bersangka buruk dan kurang yakin dengan perubahan saya. Tapi saya berharap sangat agar dapat sokongan daripada masyarakat serta peminat untuk mendoakan diri saya supaya menjadi insan yang lebih baik”

Ceritanya mungkin sama dengan Ana Raffali yang bertudung bukan atas desakan sesiapa, tetapi keinginan diri sendiri untuk berubah dan kerana tuntutan agama.

Alhamdulillah.

Hadis

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amalan itu, bergantung pada niat. Dan setiap sesuatu pekerjaan itu apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang berhijrah semata mata taat kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu diterima oleh Allah dan Rasulnya.

Dan sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya itu terhenti pada apa yang ia niat hijrah kepadanya.
Riwayat Bukhari Muslim.

Apa yang kita lakukan bergantung kepada niat dan tujuan kita, jika niat baik maka dapatlah kebaikan dan ganjaran kepada kita.

 

Lagi gambar Farah Asyikin bertudung

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Farah Asyikin Bertudung Selepas Solat Taubat”

  1. missenget says:

    bagus laa..! :)
    missenget recently posted..Tersasar di Malam Valentine..

  2. Juan says:

    alhamdulillah
    Juan recently posted..Silent Hill 2006 Movie

  3. akubiomed says:

    Syukur dengan penghijrahan yang dilakukan oleh beliau.
    akubiomed recently posted..Macaron cinta manjanya kamu

  4. yas says:

    Satu perkara yang baik telah berlaku didlam dunia hiburan…alhamdulillah… mereka2 ni mendapat hidayah dariNYA.
    yas recently posted..Malaysia vs India – Piala Thomas 2012

  5. hud says:

    lagi ikhlas taubatnya itu jika dia meninggalkan terus dunia hiburan. Sebagai org Islam sesiapa pun tahu haram wanita muslim menyanyi dan menari dikhalayak ramai.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold