Kalau gambar yang kita ambil tu nampak kurang jelas, kabur, warnanya tak terang, ada cara bagaimana nak jadikan gambar tu kelihatan lebih terang dan jelas, nampak warna lebih sharp lagi.
Cara-cara
1. Buka gambar yang nak diedit
2. Buat duplicate layer
3. Pilih Filter di menu bar atas, Other > high pass

4. Akan keluar box setting pixel radius untuk high pass tu, pilih pixel yang sesuai. Kalau nak tau sama ada ia sesuai dengan gambar pastikan semasa memilih pixel tu, kita cuma nak sedikit garisan timbul dari gambar tu saja (yg sedang sedang aja) dan jangan terlalu besar pixelnya.

Boleh try and error ni
5. Pada layer window pilih mode dari normal ke overlay

6. Boleh adjust opacity gambar antara 30- 50%

February 18th, 2012
Nuriz Ibrahim
Posted in
Tags: 

Saya ingat guna High Pass akan menjadi gambar kelihatan berkilat.
akubiomed recently posted..Jururawat terjun dressing merawat luka
byk jugak nak belajar lagi psl high pass ni
Takat ni masih lagi puas hati guna GIMP je,.. PS berat sangat la
shraqs recently posted..Download OSX Mountain Lion Wallpaper Free