Buat Bokeh Effect Dengan Photoshop

Teknik bokeh ni memang terkenal bagi pengguna kamera DSLR, saya bukan nak kongsi cara buat teknik bokeh dengan kamera dslr tetapi menggunakan photoshop. Nak buat teknik bokeh dengan kamera digital biasa tak boleh dapat hasil yang baik mcm dslr, jadi guna photoshop je la :)



 Oh ye, bagi yang tak tau apa tu bokeh, baik saya terangkan sikit apa tu bokeh..bokeh ialah teknik dalam fotografi, perkataan tu berasal dari Jepun yg bermaksud kabur atau blur.

Contoh gambar dengan teknik bokeh :


Ada bermacam maca bentuk bokeh, ada yang bulat, hexagon, 4 segi, bentuk2 special lain pun ada..

Bokeh ni digunakan untuk memberi fokus kepada objek yang diambil dan latar belakang dikaburkan supaya dapat menumpukan pada objek nak yg diambil.

Sangat menarik teknik bokeh kalau kita explore melalui photoshop ni, bermacam macam style dan teknik boleh mencantikkan lagi bokeh ni.

Sebelum nak buat bokeh, kita perlu hasilkan brush bokeh dulu.

Cara caranya:

1. Buat blank new layer pada photoshop dengan saiz 1800 x 900. Latar belakang adalah putih. Tekan D dan X sampai dapat warna putih sebagai background.

2. Buat new layer lagi, dan pilih brush yang hard sharp. Saya pilih brush berbentuk bulat.

Pastikan warna brush adalah hitam (warna foreground).

3. Fill warna brush diubah opacity ke 60 %. Right klik dan buka Blending Option

set kan stroke pada brush tu dengan 7 pixel, position inside. OK.

4. Simpan brush tadi, di menu bar, Edit> define Brush Preset > namakan brush tu.

 

Sekarang kita dah dapat brush bokeh.


Macam mana nak gunakan brush bokeh tu di atas apa background. Contohnya nak jadikan wallpaper jenis bokeh, atau nak edit gambar peribadi dengan kesan ala ala bokeh macam kamera dslr?


Cara-cara ni saya tunjukkan macam mana brush bokeh tadi saya gunakan untuk wallpaper saya.

1. saya perlukan new layer bersaiz  1800 x 900

2. Saya gunakan latar belakang dengan warna gradiet , Gradient tool. Anda boleh setkan warna kesukaan dan sendiri. Saya gunakan purple gelap dan purple muda. Drag gradient tool di atas new layer dan dapat hasilnya.

3. Pergi ke brush, cari brush yang anda dah simpan tadi kat bahagian brush, ingat kat mana brsuh dan bentuk brush tadi.

4. Tetapkan setting brush dulu. Saya gunakan cs4 dlm ni.

Tandakan/pilih Shape dynamics , Scattering, other dynamics, smoothing.

Brush tip shape Spacing  - 200%

Shape dynamics – 100%   minimum diameter – 0%

Angle Jitter – 100%
Scattering   - 500 atau 1000%

Count jitter – 100%  count- 1% atau 4 %



Other dynamic opacity jitter 50 % dan flow jitter 50%


5. Buat new layer , kita perlukan kira kira 3 atau 4 layer berasingan untuk dapatkan saiz bokeh yang berlainan dan tone yang berbeza.


Layer 1  – Brush secara rawak , setkan saiz brush dengan 300 pxl contohnya.

Beri style pada layer tu dengan mode – overlay

Blur > gaussian blur




Layer 2- Setkan brush dengan saiz 200 pxl dan brush secara random jugak.

Style – overlay dan blur> gaussian blur.


Layer ke 3

Setkan brush dengan saiz100 pxl dan buat secara random.

Style – overlay dan kali ni letakkan Filter Sharpen> sharpen,

Blending option Glow- warna white, blend mode Color dodge. Saiz 10.

Boleh cuba style lain yang anda suka.


Tambahkan effect lain contohnya

Filter >Render >Lense Flare

Merge/gabungkan semua layer tadi dan buat Blur > Radial Blur

atau pun motion blur.

Semua style dan effect boleh try and error, tak semestinya ikut apa yang dalam tutorial ni.

Selamat mencuba :)

Saya telah menggunakan brush bokeh yang ada dalam simpanan photoshop saya untuk menambahkan bokeh di belakang model neelofa ni :)

bokeh brush yg saya gunakan ialah jenis hexagon. Mungkin akan saya siapkan tutorial cara nak buat bokeh yang ni pulak.

 

bokeh jenis bulat

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

15 Responses to “Buat Bokeh Effect Dengan Photoshop”

  1. yas says:

    Selalu mintak tlg kengkawan je klau nak edit gamba…pening nk wat sendiri…hehehehe – malehhhhh la tuu
    yas recently posted..Lama Tak Turun Padang|Laut

  2. amirulfaiz says:

    Whoa, tengok kamu buat, macam senang jer. Kalau saya nak cuba, terkial-kial. :D

  3. akubiomed says:

    Cantik ada kesan lampur yang ada kesan kabur. :-)
    akubiomed recently posted..Juara dunia 3 kali MotoGP ambil lesen motorsikal

  4. Norizwa says:

    wah bokeh cun…thanx info menarik ni…:)

  5. Norizwan says:

    wah bokeh cun…thanx info menarik ni…:)
    Norizwan recently posted.."Angry Bird Space" akan meletup pada bulan Mac 2012

  6. waaa terer terer! dni bape kali dah donlod photoshop ni tapi asik takleh bukak je sobsss

  7. apaajanews says:

    marvelous…cuma saya banyak guna plugin bokeh effect photoshop, sebab nak cepat he he
    apaajanews recently posted..MAGIC CANVAS | APLIKASI ANDROID

  8. MEKAR says:

    sya kalu nak edit gambar guna photoscape. Gambar yg dibuat bokeh ni memang nampak menarik pd sesebuah pic tu
    MEKAR recently posted..Rawatan Bekam yang Tidak Menyakitkan…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold