Beto Kusyairy Tak Kacak Tapi Berbakat

Beto Kusyairy pelakon agak baru jugak, saya tak ikuti sangat drama lakonan dia dulu, Beto berlakon dalam drama Warkah Terakhir:Rosly Dhoby, Geng Surau, Kasyaf Imani. Masa dia berlakon Kasyaf Imani tu saya suka sangat tengok cara dia berlakon, lepas tu selalu ikuti drama atau telemovie yang ada Beto Kusyairy. Gaya dan cara lontaran skrip tu memang best..bersahaja dan nampak dia macam tak berlakon la.

Beto bawak watak agak hitam dalam Nur Kasih The movie, walaupun sikit je babak dia ada, tetapi memang terkesan. Dalam Juvana dia bawa watak antagonis jugak, memang menjadi la cikgu yang dibenci tu. Ada satu lagi telemovie di Astro Beto Kusyary berlakon dalam Uri dan Selagi Masih Ada.

Dalam Selagi Masih Ada , Beto sangat sweet walaupun dia bukan dalam kategori pelakon kacak, tetapi sangat romantik dan sweet :)  sayangnya pelakon heroin dalam tu Tunku Norhanis agak kaku..kalau le hebat jugak berpasangan dengan Beto lagi tambah best.

Beto Kusyairy tenggelamkan Johan Asari

Sekarang Beto berlakon dalam Pelangi Kasih bersama pelakon Nabila Huda, Puteri Sarah dan Johan Asari. Semakin banyak drama dia berlakon semakin nampak kehebatan Beto ni. Johan Asari pun tenggelam, memang Beto nampak menyerlah. Maaf kepada para peminat Johan Asari..saya pun suka jugak Johan dalam Juvana..tetapi lakonan Johan masih lagi agak kaku..masih lagi nampak Botak dalam Juvana tu..biarpun Johan macam terlalu nak paksa diri menjiwai watak dalam Pelangi Kasih, tapi tak berapa nak menjadi. Beto Kusyairy pun pelakon baru jugak tetapi nampaknya dia mampu untuk cepat pergi jauh.

Kalau nak diukur dari segi kekacakan pelakon hero, Beto memang kalah dengan Fahrin Ahmad, Aaron Aziz yang kacak dan badan berketul2, tapi kalau nak diukur dari segi lakonan, tentunya saya pilih Beto lagi berbanding Aaron Aziz..hehe..Aaron Aziz pun kadang2 ada kakunya jugak. Beto boleh bawak babak romantis memang kalah la Farid Kamil dalam Lagenda Budak Setan sebab Farid memang kurang beremosi dan masih lagi kaku..tapi sayangnya memang kalau ukur kacak, kalah la Beto dengan Farid Kamil:)

Kalau nak tengok kenakalan Beto Kusyairi dan betapa romantis serta sweetnya dia boleh cari telemovie Selagi Masih Ada dan Uri. Kalau nak Beto beremosi boleh tengok dalam Kasyaf Imani dan Wasiat atau nak tengok dia jadi jahat dalam Juvana..watak hitam dia ada sikit dalam Nur Kasih The Movie.

Beto Kusyairy tak kacak tapi berbakat besar.  Siapa lagi pelakon baru yang semakin menyerlah ye, Zahiril Adzim kawan baik Beto, Syazwan Zulkifli yang dikatakan bayangan Benjy anak Azean Irdawaty, Shahrizal Jaszle ( yang ni kacak dan berbakat) dan Zul Ariffin sudah tak dibayangi oleh Abby lagi. :)

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

20 Responses to “Beto Kusyairy Tak Kacak Tapi Berbakat”

  1. betul2..dia ni walaupun tak sehensem sy tapi dia berbakat besar hehehe
    kumbang jingga recently posted..tiru macam saya…

  2. Juan says:

    eh betul ker, nanti saya nak tgk la drama dia berlakon, tolong ingatkan saya boleh x, hehe
    Juan recently posted..Penceramah Penceramah Agama di Malaysia

  3. aina says:

    lakonan Johan keras mcm kayu tak best langsung

    lagi best Beto kushairy

  4. kakyong says:

    Beto memang hebat lakonan nya…

    suka dgn statement “Shahrizal Jaszle ( yang ni kacak dan berbakat)”
    kakyong recently posted..Contest Malaysia Top Blogger | Meh le kome support kakyong[dot]com©

  5. imm88 says:

    Selagi masih ada memang best gilerr tengok banyak kali dah suker sgt kat beto..i luv u beto

  6. moleqre says:

    Agreed with all your words! haha
    i need to start downloading wasiat
    tak tgk yg tu lagi je ^^

  7. alang75 says:

    beto ni mmg la tak hensem sangat..tapi dia sweet tau !!kasi ler watak aper pun, mesti best pnyer dia bawak..minat giler die ni..

  8. meezunmizi says:

    yesss…akhirnya ada gak yg nmpk bakat dia.. Start jatuh cinta kt dia bila dlm kashaf imani. Really like ur statement.Tak kacak tp berbakat. Boleh jd cam Rosyam nor nanti..

  9. cik nell says:

    SANGAT SETUJU dgn semua pendapat…discussed ngan housemade mlm td pasal beto…apa yg org lain ckp sama ngan saya punya pendpt…mmg beto BEST…dah jatuh hati ngan beto ni sampai tercari2 nk tgk drama2 yg lain..

  10. Booga Wooga says:

    Sebenarnya si beto ni bukan lah pelakon baru. Dia dah lama dah dalam industri ni dah 9tahun lebih dah. Uolz jek yg tak perasan dia ni sbb dia x ensem mcm farid,aaron,adiputra & dll kann.. :p Skrg bila dah nmpak yg mamat ni gifted baru laa producer2 kt msia ni terhegeh2 nk ambik dia..baru masing2 sibuk nak angkat dia laa..minat bagai laa..cheh! Kita patut lebih appreciate bakat2 camni. Ramai lg anak2 seni kat luar sana yg sememangnya hebat tp dipinggirkan atas alasan muka x ensem & x cukup commercial bagai. Yg kayu tp ada rupa gak yg diangkat..sedih

    • nurizspace says:

      iolz pu stuju dgn uolz..heheh!! memanglah penonton biasa (temasuk saya) bukan tau kalau tak keluar kat tv, tak tau berapa lama dah 9thn ka 10 thn ka..
      ..bila keluar tv baru org tau.

  11. Booga Wooga says:

    & iolz memang cukup x setuju bila skrg ni dia dicalonkan dlm abp utk kategori artis baru laki popular..tolonggglahhh. Dia bukan hingusan lah dlm ni.. Iya iolz memang peminat tegar beto kusyairy sbb dari dulu iolz noticed yg mamat ni bole gi jauh jika diberi peluang.

  12. zairul says:

    hehehe… classmate adik saya waktu di Mass Comm uitm. berjuang utk jd pelakon sejak di uitm lagi.. berbaloi..

  13. Ummi Hanie says:

    sy suke gak lakonan beto ni… nabila huda pun sy suke ;) eh lari topik lak :p
    Ummi Hanie recently posted..Bila berangan nak pakai smartphone

  14. nobody says:

    betul.. sokong, start follow lakonan beto dari cerita kashaf imani. johan lak, die lagi baru dlm dunia lakonan ni berbanding dgn beto. beto lagi lama.. so no komen la.. kalo tgk list lakonan beto pn dah tau, die dah byk berlakon cume tak berapa perasan jer munkin sebab tak popular and bukan watak2 yang penting.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Beto_kusyairy

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold