Apek Tenang Di Bahrain Walaupun Dilanda Gosip Hebat

Apek sedang dilanda kontroversi dan gosip liar mengenai seorang gadis bernama Leuniey, Apek didakwa telah menyebabkan gadis tu putus tunang, namun ternyata gosip liar itu tidak benar sama sekali, bekas tunang Leuniey dan bapa saudara kepada Leuniey atau nama sebenarnya Nur Eilunie Natasha Nazri, 21 telah menafikan yang anak saudaranya ada hubungan dengan Apek.

Keterangan bapa saudara Leuniey yang jugak rapat dengan Apek

“Sebenarnya Leuniey tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Apek. Tuduhan itu merupakan salah faham dan Apek tidak ada kaitan dengan isu putus tunang di antara Leuniey dan pasangannya.

“Saya lihat tuduhan ini dibuat kerana ada pihak yang tidak senang dengan kejayaan yang dicapai oleh Apek selama ini,”

“Saya memang rapat dengan Apek. Saya kontraktor rumahnya dan dia beli rumah dengan saya. Hubungan kami sangat rapat,”

“Pada Disember lalu saya hantar anak saya ke rumah abang ipar…dan sewaktu mengambil kembali anak saya bawa Apek sekali. Anak-anak buah saya gembira dan mereka mengambil peluang untuk bergambar dengan Apek. Gambar itu pula di’posting’kan di dalam Facebook.

“Ketika gambar itu diambil Eilunie tidak ada di rumah kerana ada tugasan ‘make –up’ pengantin. Saya hanya berjumpa dengan dia di pagar rumah sewaktu ingin pulang,”

“Kontroversi itu semakin menjadi-jadi apabila abang ipar saya, iaitu ayah Eilunie, Nazri dipanggil ke rumah Apek untuk membincangkan urusan perniagaan. Nazri ditugaskan untuk membuat logo syarikat Apek.

“Kunjungan Nazri itu disalah ertikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang tidak tahu pucuk pangkalnya,” katanya.

“Bagi saya tuduhan ini dibuat oleh mereka yang iri hati dengan kejayaan Apek selama ini dan nak jatuhkan Apek.

“Kalau dilihat setiap kali Apek menghadapi perlawanan besar pasti ada kontroversi yang ditimbulkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Ini jelas menunjukkan ada pihak cemburu dengan kejayaan yang dikecapi Apek.

“Bila dia tubuh syarikat pun macam-macam fitnah dilemparkan,”

Walaupun hebat dilanda gosip ternyata Apek tetap yakin dan tenang untuk menghadapi perlawanan malam ni. Malaysia lawan Bahrain yang akan disiarkan secara langsung di kaca tv. Detikperubahan.com melaporkan, Apek tenang dan mengharapkan semua mendoakan yang terbaik untuk pasukan Malaysia.

Malaysia akan meneruskan saingan dalam Kumpulan C Kempen Kelayakan Olimpik London 2012 menentang Bahrain. Anda boleh saksikan di saluran TV1 dan Astro Arena 801 bermula jam 11.15 mlm ni 5 Feb 2012.

LIVE Streaming TV1

LIVE centre

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “Apek Tenang Di Bahrain Walaupun Dilanda Gosip Hebat”

  1. akubiomed says:

    Sudah-sudahlah. Beliau tidak sepatutnya diganggu ketika ini :-(

  2. Harap2 dia tak bukak internet minggu ni.. Boleh terggangu kosentrasi ehhh
    Dulu Lain Sekarang Lain recently posted..Bandar Maharani Diistihar Sebagai Bandar DiRaja Johor

  3. yas says:

    aksi dia malam tadi dh okey…cuma mmg bukan rezeki malaysia jerrr…huhuhu
    yas recently posted..Malaysia vs Bahrain – Olimpik 2012 Stadium National [Manama] Bahrain

  4. Patrick Star says:

    adoyai, harimau muda kalah lg….
    Patrick Star recently posted..Betul Betul Cool! Pemain Paling Tinggi Dalam Sejarah NBA

  5. amirulfaiz says:

    Huhu, Malaysia tewas tipis. :(
    amirulfaiz recently posted..Berkomunikasi dengan anak (Naufal 10 bulan)

  6. titan says:

    asal ada game aje..apek mesti kena kacau. huh..
    titan recently posted..Kenapa lelaki kacak suka Morning Musume?

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold