Aku Terima Nikahnya Lakonan Nora Danish dan Adi Putra

Satu filem cinta bertajuk Aku Terima Nikahnya baru saja dilancarkan oleh pihak MIG. Kali ini filem cinta romantik agak berat ini mempertemukan lagi heroin cantik manis Nora Danish dan pelakon kacak Adi Putra sebagai teraju utama. Sebelum ini Nora dan Adi berlakon bersama dalam drama Tentang Dhia yang mendapat sambutan agak baik juga.

Mungkin kerana keserasian dan penerimaan peminat, pengarah menggandingkan sekali lagi mereka berdua dalam filem pula..

 

Pelakon lain di dalam filem Aku Terima Nikahnya ialah, Mon Ryanti, Azrel Ismail, Alex Yanz, dan Kamal Faridz.


Sinopsis Aku Terima Nikahnya

Cerita tentang kepayahan seorang isteri yang sangat setia, Arlisa(Nora Danish) . Arlisa mengalami dugaan hebat apabila suaminya Johan lakonan Adi Putra ditimpa kemalangan.

Selepas kemalangan Johan telah hilang ingatan atau menghidap Selective Amnesia. Arlisa sedaya upaya menjaga suaminya yang hilang ingatan walaupun suaminya Johan tu tak langsung mengenali dirinya.

Arlisa mencuba untuk mengembalikan ingatan Johan dengan melakukan semula detik detik indah semasa mereka bahagia dulu.

Namun semuanya gagal mengembalikan ingatan Johan. Lagi dugaan perlu dihadapi oleh Arlisa ialah apabila Johan mula rapat dengan Suriya lakonan Mon Ryanti.

Johan makin selesa dan mesra di samping Suriya malah menyatakan hasratnya untuk menceraikan Arlisa kerana hatinya sudah terpaut kepada Suriya. Pergolakan yang semakin kencang itu memaksa Arlisa mengundur diri walaupun cintanya pada Johan tidak pernah berubah.

…………………………………………………………………………………………………………..



dari sinopsis ni , macam filem omputih 50 first dates pulak ye..cuma ditambah konflik Johan nak nikah lagi sorang :) Filem mat saleh tu bercorak komedi tetapi filem Aku terima nikahnya lebih serius.



Gambar Nora Danish terbaru

 



Video Promo Aku Terima Nikahnya



Gambar Mon Ryanti

 
nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Aku Terima Nikahnya Lakonan Nora Danish dan Adi Putra”

  1. yas says:

    ada lak pelakon adi putra…sah wife den nunggu depan tb nyer ni nanti
    yas recently posted..Piala Thomas 2012 – Malaysia vs Jepun

  2. akubiomed says:

    Adi Putra dan Nora Danish pernah digandingkan didalam drama jadi tidak ada masalah kalau digandingkan semula didalam filem.
    akubiomed recently posted..Jururawat terjun dressing merawat luka

  3. prisma says:

    Suka sgt dgn lakonan nora…benar2 mjiwai watak…alangkah bahagianya jika ada lelaki yg dpt menawan hatinya..dan mbimbing dia..suka sgt sgn wataknya yg bertudung….lemah lembut dan sgt melayu…

  4. julie says:

    semenjak tgok drama tentang dhia..tetiba jer aku tersuka kat adi putra n nora danish. mmg sesuai sgt2..lakonan mereka memang berkesan hingga memberikan impaks yg besar terhadap penonton…apabila mereka digandingkan sekali lagi dalam filem AKU TERIMA NIKAHNYA…perghhh tak sabar nak tgok…harap2 lagi best…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold