Ahmad Idham Ajar Budak Cakap Apa Celop

Kontroversi melanda lagi pengarah filem Ahmad Idham, dia dikatakan menghina agama apabila ungkapan Alhamdulilah, Astagfirullah A’lazim, Subanallah dan lain-lain diucapkan oleh watak watak mat rempit dalam drama Apa Celop.

Sebelum ni dalam filem Hantu Bonceng, pelakon Zizan pun dah minta maaf sebab sekali dengan dia dituduh mempermainkan kalimah mulia tu dlm filem Hantu Bonceng.

Sebenarnya nak sebut tajuk Apa Celop ni pun rasa janggal la, tak tau kenapa..nak update drama ni kat blog saya pun rasa..tak nak la..lain lain drama saya update jugak la..tapi tajuk ni rasa pelik.

Memang saya tak tau apa maksud sebenar Apa Celop, cuma ada terbaca di blog yang maksud Apa Celop ni berkaitan dengan perkataan yang melambangkan benda tak baik atau lucah.  Perkataan ni selalu digunakan oleh geng2 mat rempit dan bohsia di kalangan mereka, jadi diorang je la yang paham.

Pengarah Ahmad Idham tak tau ke apa maksud perkataan pelik tu? kalau dia nak buat drama cerita mat rempit, dah tentu tentu dia mengkaji perangai dan sebutan bahasa geng mat rempit ni.

Pelakon dalam Apa Celop dan Hantu Bonceng yang berambut keriting tu (Taiyudding Bakar) dikatakan yang memulakan atau memasukkan perkataan tu dalam filem Hantu Bonceng..dan sekarang diangkat menjadi tajuk drama Ahmad Idham di Tv3.

Dari mana asal perkataan Apa Celop? kata  pelakon tadi, dia dapat idea apabila dia tengah makan dan kena mencelop makanan tu..kiranya macam apa kita mencelop dan apa jadi lepas tu pada makanan tu..macam orang tanya apa sebab jadi benda tu?

Contoh macam perkataan “Apa kes?”  jadi ” Apa Celop? “ 

tak tau la betul ke dak maksud benda alah tu..

Niat baik Ahmad Idham yang nak membimbing remaja dari jadi mat rempit, dia kata mat rempit pun tau mengucap dan istigfar..mungkin Ahmad Idham ada jawapan bagi maksud tajuk drama dia ni “Apa Celop”?

Ahmad Idham nak pakai jawapan si pelakon rambut kerinting tu ke atau maksud yang lorong belakang yang selalau mat rempit guna bagi menerangkan kepada penonton maksud Apa Celop?

Budak budak sekolah atau budak tadika dah mulai cakap dengan kawan kawan diorang dah..apa celop apa celop?

Walaupun budak budak ni tak tau apa maknanya, tapi sesaja seronok menyebut sebab orang tua dan tv tu sendiri yang gajar dan mendidik budak2 tu cakap benda tu.

Sedih la kalau bahasa yang tak ketahuan hala, yang kita tak tau apa maksudnya tu diulang ulang dalam iklan dan menjadi trend budak2 la ni.

Bahasa sms pun dah berlambak2 la ni nak tambah lagi tatabahasa yang tak ketahuan hala.

Walaupun benda ni bukan masalah besar sangat tetapi fikir-fikirkan lah drama dan sajian di kaca tv yang menjadi tontonan budak budak ni. Budak tak tau apa..ikut je apa yang mereka nampak dan lihat. Dari sumber macam tu lah budak budak ni akan belajar.

Kes pasal buku kanak-kanak lucah melampau tu pun kita tak sedar sedang berlaku, bila keluar kat surat kabar baru tau..ooo ada buku lucah melampau di kedai kedai buku, yang dibawa masuk dari luar negara, untuk mendidik anak anak kecil dengan bahasa yang lucah beserta gambar lucah.

Betapa mudahnya benda porno dan lucah tu masuk tanpa sekatan, kalau mudah bagi pihak kerajaan menghalang kebebasan media, apa kata gunakan kekuasaan yang ada, menghalang benda tu dari berlaku pulak. Tapis lah mana yang patut ditapis.

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

10 Responses to “Ahmad Idham Ajar Budak Cakap Apa Celop”

  1. akubiomed says:

    Bahasa-bahasa rojak seperti ini mudah menjadi ikutan anak remaja zaman sekarang. Kita yang dewasa pun kadang-kadang tidak faham apa yang mereka tuturkan.
    akubiomed recently posted..Hot dog sebagai santapan malam

  2. tuan tanah says:

    entah apa2 bahsa yang la depa dok gunakan hehehehe mengarut tak habis2…
    tuan tanah recently posted..Radix Fried Chicken Shah Alam Kini Dibuka

  3. ohcikgu says:

    ramai dah budak sekolah cakap benda nih..
    ohcikgu recently posted..Tips Hartanah – Tips Mudah lulus Pinjaman untuk beli rumah terpakai

  4. APAN says:

    ha…penah gak terbaca maksud apa celop tu dulu.entah betol ke tak la pe yg dimaksudkan tu.tp aku x guna pun ayat tu dlm idop aku.cam pelik sangat je bunyi.dengan adanya drama ni, rasanya boleh menyemai perkataan yg x pasti maksudnya ni dlm budaya rakyat kita di masa mendatang.beganda-ganda la dosa kalau ada udang di sebalik pekataan tu wahai pengarah weh…
    APAN recently posted..Kenapa Manusia Mati Dengan Mata Terbeliak?

  5. APAN says:

    sis…nak tanya sikit…ko ada setting pape x untuk fb share button ko tu.button fb kat blog aku mcm de prob je skang…bila aku share page blog aku kat fb, thumbnail ngan title x keluar.keluar link je…sebelum ni ok je, lps aku move iklan nuff letak bawah header, aku perasan mende ni jadi.xtau la kalau ada sebab lain.aku tengok kat blog ko ni pun letak kat tempat yg sama.aku try share entri dalam ni.tpi keluar je thumbnail ngan title+description entri lagi…kena set pape ke? skang ni aku try letak atas header.tengok ada berubah x pasni…
    APAN recently posted..Kenapa Manusia Mati Dengan Mata Terbeliak?

  6. zara says:

    ntah la aku x paham idham nih..cite2 die sume hampeh…benci aku!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold