Yuna pakai legging

Yuna penyanyi yang tampil dengan imej bertudung dan kurang dengan gosip gosip liar, tetapi sejak ada video klip lagu barunya bertajuk Someone Out of  Town dan Yuna kelihatan mengenakan legging dalam video tu, segelintir peminat Yuna kurang senang dengan cara pemakaian Yuna dalam video itu.

Pakai legging, Yuna tidak rasa itu satu kesilapan.

Yuna memberikan komen apabila wartawan meminta dia memberikan reaksi setelah mendapat komen yang negatif dari peminatnya mengenai dia memakai legging..

“Pasal pakai legging tu saya tidak rasa ia satu kesilapan. Saya pakai kerana saya rasa selesa dan bersesuaian dengan penampilan saya ketika itu. Saya pun tak sangka, peminat tidak suka. Walau bagaimanapun, isu ini sudah pasti membuatkan saya lebih berhati-hati pada masa hadapan. Saya sudah tahu apa yang peminat suka dan tidak suka.

Tetapi, saya tidaklah kata tidak akan pakai lagi sebab kadang-kadang pakai skinny jeans pun orang ingat kita pakai legging. Saya sudah biasa dengan isu-isu begini dan saya percaya isu ini akan berlalu begitu sahaja,”

Video Yuna Someone Out of Town

Apa kata kita dengar Ustaz Azhar Idrus kata mengenai aurat perempuan:

..wanita tak wajib pakai tudung tapi wajib tutup aurat – Ustaz Azhar Idrus

kalau pakai tudung tak tutup aurat pun tak da guna..

Kalau Yuna tengok video ni bagus jugak ek…legging dan skinny jeans tu lebih kurang sama jugak la, memperlihatkan bentuk kaki tu..pakai tudung ke pakai pakaian yang elok janganlah sebab nak jaga hati peminat ye..buatlah kerana Allah.

Gambar Yuna dan kekasihnya Qi bercuti di Eropah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Yuna pakai legging”

  1. entahlah dengan yuna… beberapa artis lain pun sama… syukur, heliza dah selamat sedar daripada fesyen2 segala ni :)
    ardinihumaira recently posted..Nasi Kerabu Sarawak

  2. shraqs says:

    Bercakap ngan artis memang tak habis, ada je alasan diorang mengalahkan ahli politik. Kalau bab menjawab soalan ni, aku puji artis indon.. diorang jawab ngan berhemah dan bijak tak timbulkan kontroversi dan tunjuk pandai
    shraqs recently posted..Google Melancarkan GMBO Untuk PKS Tempatan

  3. Wan says:

    yuna kan femes skang ni, apa je pasal dia semua peminat perhati. So mybe kena lbh hati2 skit lps ni kan.
    Wan recently posted..Rumah Wardina Dirompak, Suaminya Dipukul 3 Lelaki Bertopeng

  4. akubiomed says:

    Sudah jelas tanda-tanda akhir zaman.

    Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara tanda2 telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

  5. lin azlina says:

    no comment..sy malas nak ckp psl orang..hehe
    lin azlina recently posted..Tempat Lepak Di Kuantan Yang Best

  6. lazaac says:

    aku mmg xmasuk ngan yuna nih… muahaha…

  7. APAN says:

    x pelik la kalau dia ulas mcm tu…nak cari mkn.kononnya fesyen dia tip top sangat…kalau dia beilmu, mesti dia x jadi penyanyi :)
    APAN recently posted..Doa Kekal Hidayah

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold