Sinopsis Pelangi Kasih -Slot Samarinda TV3

Samarinda baru untuk bulan Januari 2012 akan ditayangkan tak lama lagi tajuknya Pelangi Kasih, sudah tengok promo kat tv3, ada pelakon Nabila Huda, Johan Asari. Lain lain pelakon hebat dalam drama Pelangi Kasih seperti Puteri Sarah Liyana, Abby Abadi, Beto Kusyairy, Amar Asyraf, dan ramai lagi.

Dalam cerita ni Nabila huda dimakeup kan wajah tua, kira cerita ni panjang la dari muda hingga tua. Pelangi Kasih mungkin ditayangkan pada 18 Jan 2012 menggantikan Bunga April.

Ada jugak scene Nabila kahwin dan sanding dengan Johan Asari..lepas tu mengandung..hehe!!

Sinopsis Pelangi Kasih

Cerita bermula mengenai kisah 3 orang sahabat yang rapat sejak kecil, watak dilakonan Nabila Huda (Sofia), Beto (Zafrul) dan Puteri Sarah Liyana (Azlin).

Azlin bakal mewarisi pernigaan datuknya Haji Mahmud, Pengerusi Green Global Sdn Bhd, manakala bapa Sofea seorang guru agama dan pekebun di kampung.

Zafrul seorang pelajar yang pintar selalu membantu Sofea dan Azlin dalam pelajaran dan Zafrul tua 2 tahun dari mereka berdua.

Setelah tamat belajat di universiti, Sofea dan Azlin meneruskan kerjaya di Green Global, mereka berdua berjaya memajukan pernigaan. Sofea bijak membawa pelabur masuk dalam bidang hartanah. Azlin pula bijak dalam perhubungan pelanggan.

Hubungan baik ketiga-tiga mereka berjalan lancar namun setelah Zafrul mahu berkahwin dengan Azlin, hati Sofea terluka kerana merasakan Zafrul mempermain-mainkan perasaannya.

Untuk mengukuhkan kedudukan Zafrul dalam syarikat, Azlin telah memberikan jawatan yang sepatutnya menjadi milik Sofea kepada Zafrul. Sofea berasa kecewa dengan Azlin kerana menganggap Azlin cuba menyingkirkannya secara halus.

Pengenalan Sofea dengan Omar (Johan Ariff Asa’ri) yang merupakan pesaing kepada Green Global Sdn Bhd menimbulkan rasa tidak senang hati oleh Zafrul. Akhirnya, Sofea dikhianati dan dipecat atas tuduhan pecah amanah oleh Azlin yang cemburu dengan prihatin Zafrul atas Sofea.

Selepas Sofea berkahwin dengan Omar, syarikat Lembayung Delta Sdn Bhd milik Omar telah mengalahkan Green Global Sdn Bhd untuk mendapatkan tender tanah. Bagi menjaga kepentingan syarikat pada masa depan, Zafrul berikhtiar untuk ‘menghapuskan’ Sofea dan Omar dari dunia korporat.

Sofea terluka dengan pengkhianatan 2 sahabat baiknya dan menghilangkan diri di kampung halaman Omar.. Apakah Sofea akan bertemu semula dengan Zafrul dan Azlin?

Johan Asari dan Nabila Huda dalam Pelangi Kasih jadi suami isteri :)

Nabila Huda jadi wanita tua 50-an dalam Pelangi Kasih arahan Feroz Khan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Sinopsis Pelangi Kasih -Slot Samarinda TV3”

  1. TJ says:

    owh,si nabila huda jadi tua rupanya,xtahu plak :)
    dari baca sinopsis memang sah untuk slot samarinda nie…
    TJ recently posted..Sinopsis drama pelangi kasih

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold