Siapa Juara Masterchef Malaysia – Ezani

Siapa agaknya juara Masterchef  Malaysia, antara Ezani Farhana dan Wahidan, semua akan diketahu pada malam ni jam 9 malam di Astro Ria, final Masterchef Malaysia. Ezani seorang doktor gigi  akan berentap dengan Wahidan seorang pekebun. Kedua-dua ada keistimewaan tersendiri. Dari episod pertama lagi Ezani bagi Nuriz la..nampak aura dia lain sikit, dia tenang, dia bijak dan kreatif. Jika baca mengenai biodata Ezani Masterchef Malaysia, amat menarik sekali.

Biodata Ezani Masterchef Malaysia.

Saya mengaharapkan Ezani dinobatkan sebagai Masterchef Malaysia malam ni. :)

Hadiah juara masterchef Malaysia

Juara MasterChef Malaysia akan meraih hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 selepas berhempas-pulas melunaskan beberapa cabaran sepanjang 60 episod yang disiarkan sebelum ini.

Ezani Farhana, seorang doktor gigi berusia 26 tahun terpilih sebagai peserta pertama memasuki pusingan akhir MasterChef Malaysia apabila memenangi Cabaran Peti Saji Misteri. Hidangan Ayam Gulung Dengan Krim Asparagus Dan Tat Bawang dan Kek Coklat Kelapa Dan Anggur ternyata memikat hati kesemua juri termasuk juri khas yang didatangkan dari seberang lautan iaitu Juara MasterChef Australia Musim ke-2 iaitu Adam Liaw.

Dalam cabaran terakhir ini juga mereka dikehendaki menyediakan satu hidangan yang terdiri daripada 3 jenis sayuran, 1 kentang, 1 protien dan 1 sos selama 30 minit untuk disediakan kepada juri. Wahidan telah menyediakan Daging Stik Bersos Kantan yang telah terpilih untuk mengiringi Ezani dalam MasterChef Akhir nanti sekaligus menamatkan perjalanan buat Zamir dan Amita dalam MasterChef Malaysia.

Siapakah yang bakal memenangi dan merebut gelaran MasterChef Malkaysia yang pertama? Jangan lupa saksikan MasterChef Malaysia Akhir pada hari Ahad, 8 Januari, 9 malam, eksklusif di Astro Ria (104).

sumber: astro

Update: EZANI JUARA MASTERCHEF MUSIM 1

EZANI Juara Masterchef Musim Pertama

Yey!! Ezani Masterchef  Malaysia Musim pertama, seperti sudah dijangkakan Ezani telah dipilih menjadi Masterchef Malaysia musim pertama. Tahniah. Ezani mendapat perbezaan markah 7 peratus berbanding pesaingnya Wahidan. Wahidan pun merupakan calon yang mempunyai daya kreativiti yang tersendiri, pemanis mulut yang dibuat nampak menyelerakan dan mendapat pujian dari tetamu.

Wahidan walaupun hanya tukan kebun dia mampu ke pusingan akhir dan membuktikan dari tiada pengalaman langsung dia dapat jugak ke finalis.

Tetamu yang hadir malam ni terdiri dari 40 orang selebriti dan chef terkenal. Kedua-dua finalis masterchef Ezani dan Wahidan telah dibantu oleh 10 rakan rakan yang telah tersingkir dulu.

Ezani mendapat hadiah RM100,000 dan trofi dan dapat peluang menerbitkan buku masakan sendiri kelak. Wow, memang hebat hadiah2 tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Siapa Juara Masterchef Malaysia – Ezani”

  1. akubiomed says:

    Pilihan saya adalah Wahidan. Kalau beliau bergelar juara akan merubah kehidupan beliau 360 darjah.
    akubiomed recently posted..Blogger prihatin: Misi derma darah di PDN tercapai.

  2. APAN says:

    kalau balik kg, layan gak citer masak2 ni…
    x sangka lak sampai 60 episod…mcam drama indon dah ye.huhu…
    APAN recently posted..ECO Team Alignment At Lake Kenyir Resort

  3. yas says:

    Tahniah pada Ezani, keputusan yg yas dh duga tapi mmg sengit sbb beza hanya 7% sahaja…:)
    yas recently posted..Keputusan Kes Liwat – Anwar Ibrahim Tidak Bersalah

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold