Segmen Panggilan Hangit Hot FM Diteruskan Juga

Panggilan Hangit rancangan di Hot fm yang popular sudah berusia 5 tahun, di media hiburan semalam ada cerita pasal Panggilan Hangit dihentikan buat sementara waktu sahaja bukan selama-lamanya. Seelan Paul selaku Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Radio Media Prima Berhad ingin membuat beberapa perubahan ke atas rancangan popular itu sempena 2012.

Ada juga gosip mengatakan panggilan hangit dihentikan atas sebab aduan seorang artis wanita popular yang tidak senang dengan rancangan panggilan hangit yang mengenakan dia.

“Pihak kami telah membuat keputusan untuk merehatkan atau dalam erti kata lain, menghentikan segmen Panggilan Hangit buat sementara waktu berkuatkuasa pada hari ini (Khamis).

“Keputusan ini tiada kena mengena dengan aduan yang dibuat oleh seorang artis veteran yang terkena Panggilan Hangit kepada pihak atasan.

“Ia adalah gosip yang tidak benar. Malah kebanyakan artis begitu terbuka selepas ‘terkena’ dalam segmen ini.

“Sudah lima tahun segmen ini diperkenalkan dan tibalah masanya Hot FM melakukan perubahan baru pula,”

“Memang ramai pendengar yang tidak berpuas hati apabila mendapat tahu Panggilan Hangit ditutup. Sampaikan saya ‘dikejar’ dalam laman akaun Twitter saya supaya menjawab kenapa ia dihentikan.

“Saya juga berasa sedih dengan keputusan untuk menghentikan segmen ini yang merupakan kegemaran ramai. Tetapi perubahan perlu dilakukan untuk kebaikan semua,” ujarnya.

Panggilan Hangit kendalian Fara Fauzana dan Faizal Ismail merupakan sebuah segmen yang diwujudkan untuk ‘memerangkap’ orang ramai apabila deejay bertugas akan membuat panggilan kepada individu tertentu dengan topik yang telah dirancang dengan tujuan untuk ‘mengenanya’.

Segmen Panggilan Hangit Hot FM Diteruskan Juga Isnin ini

Baru sejam lebih, Hot fm mengumumkan di laman web mereka dan juga di twitter yang rancangan Panggilan Hangit akan tetap diteruskan pada Isnin ini. Ramai pendengar dan penyokong radio Hot fm memberikan sokongan dan undian meminta Panggilan Hangit diteruskan.

Bab artis tak puas hati tu, mungkin lepas ni panggilan hangit ubah sikit cara cara nak berlawak atau nak bergurau kerana kadang2 ianya boleh memalukan orang lain, sensitiviti orang ni tak sama, mana tau kan, maklumlah artis veteran dan berumur ke apa ke..tak boleh nak terima lawak2 macam tu kan..eloklah buat perubahan nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

9 Responses to “Segmen Panggilan Hangit Hot FM Diteruskan Juga”

  1. papabear says:

    yay! masih hangit!
    papabear recently posted..Perception

  2. shraqs says:

    HotFM pun ada panggilan camni jugak ker? Ingatkan Fly FM je yg ada. Tak tau la plak… :(
    shraqs recently posted..Awas! Google Panda Akan Menghukum Blog Yang Banyak Iklan

  3. akubiomed says:

    Dulu ada DJ Gary Ratnam pernah membuat panggilan scam ketika itu saya masih belajar dikolek. Tidak sangka ia turut dilakukan oleh stesen radio sehingga hari ini

  4. APAN says:

    loh…ada balik…mati2 ingat dah xde.huhu…
    APAN recently posted..Lembu Nak Jaga vs Moves Like Jagger

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold