Rumahtangga Rita Rudaini Retak Lagi, Aidil Keluar Rumah

Rumah tangga pelakon Rita Rudaini, 36, retak lagi apabila Aidil Zafuan 25, telah keluar rumah sejak seminggu lalu, ketika itu Rita dan anak-anaknya pulang bercuti ke kampung Rita di Perlis. Apabila pulang ke rumah mereka di Damansara bersama anak anaknya Airit Rayyan Rizqin,3, dan Airit Rafqa Arjuna 9 bulan, dia mendapati pakaian, kereta dan motor Aidil tiada di  rumah.

Baru baru ni pelakon Rita Rudani dan adik iparnya, Zaquan Adha ada berbalah di laman twitter, masing masing tidak puas hati dan saling sindir-menyindir. Semuanya berpunca apabila Zaquan Adha berkecil hati dengan kenyataan Rita mengenai ibu mertua, namun Rita menafikan yang dia tidak menujukan kepada sesiapa dan kenyataan itu bersifat umum.

Aidil dibantu Zaquan dan Ayu Raudah keluar rumah?

Ditanya adakah apa-apa perbalahan sebelum peristiwa itu, Rita memberitahu dia ada menegur sikap Aidil yang tidak bercakap benar mengenai satu majlis ulang tahun kelahiran ibunya, Azizah Arshad,59, yang diadakan di Seremban, Negeri Sembilan.

Kata Rita, dia agak berkecil hati kerana Aidil menyembunyikan majlis itu dan tidak mengajaknya untuk turut serta tetapi masalah tersebut dapat di selesaikan apabila dia membuat keputusan untuk tidak memanjangkan hal berkenaan.

Jelas Rita, dia menjadi bertambah terkejut apabila diberitahu oleh pembantu rumah mereka yang melihat Aidil bersama pasangan suami isteri iaitu Zaquan Adha yang juga kembarnya dan pelakon Ayu Raudhah terlibat membantu Aidil membawa dia keluar daripada kediaman tersebut.

“Saya terkejut kenapa ada orang lain sanggup mencampuri urusan rumah tangga saya dengan membantu “membawa lari” Aidil daripada rumahnya sendiri? Mereka sepatutnya memberi nasihat yang baik kepada Aidil dan bukan menghasut dia meninggalkan rumah yang menempatkan isteri dan anak-anaknya,

Rita sendiri tidak mengetahui di manakah Aidil tinggal tetapi ada menerima pesanan daripadanya yang bertanyakan tentang anak.Kata Rita, dia buntu dengan masalah yang berlaku dan menyerahkan kepada Allah untuk memberi petunjuk selepas mengadu hal berkenaan kepada ibu dan bapa Aidil.

“Hubungan saya dengan ibu dan bapa mertua saya tiada masalah. Saya ada menghubungi mereka untuk menceritakan hal ini,” katanya.

Sebelum ini Rita dan birasnya, Zaquan telah “berperang” menerusi laman Twitter masing-masing apabila kedua-duanya berbalas kenyataan yang mempertikaikan sikap di antara satu sama lain.

Zaquan menyindir Rita yang tidak pernah berusaha untuk pulang ke Seremban bagi menjenguk mertuanya sendiri.

Manakala Rita pula mengatakan Zaquan bersikap keterlaluan yang bertujuan untuk memalukannya.

Rita memberitahu, perbalahan menerusi Twitter berkeesaan berpunca apabila Zaquan memberi komen yang menyakiti hatinya ketika dia berbalas pesanan dengan peminat berhubung kehidupan berumah tangga dan juga hubungan dengan mertua.

“Saya memberi nasihat secara umum mengenai mertua kepada peminat saya tetapi secara tiba-tiba Zaquan menyampuk menerusi laman Twitternya dengan menyindir saya. Pada hal, ia tiada kena mengena langsung dengannya,”

sumber Mstar online

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Ini lah padanya apabila orang ketiga masuk campur atau berkata kata sebelum berfikir..hal rumah tangga dan keluarga sepatutnya tidak dijaja merata-rata, seperti membuka pekung di dada akhirnya apa dah jadi…?

Gambar Rita Rudaini bahagia bersama Aidil dan anak anak sambut raya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Rumahtangga Rita Rudaini Retak Lagi, Aidil Keluar Rumah”

  1. jangengalah says:

    Perangai pelakon dan pemain bola Melayu ni adalah suka cerita hal hal rumah tangga pada umum konon nya nak beritahu peminat. Jangan lah sampai hal hal dalam kelambu pun nak beritahu orang. Jaga sikit maruah diri. Dua dua pun sama termasuk lah ibu dan bapa kedua dua pehak,juga ipar nya. Semua nak cari glamour. Semua nya lebih sudu dari kuah. Belum lagi kaya raya dah kecoh birut. Tengok kaum Cina, hal hal rumah tangga dia orang tak konngsi. You all ni tak habis habis dengan masalah rumah tangga, macam mana nak maju.

    • boboi says:

      btol tu..tp tah la,kalo aku jd rita.aku rasa bek la bwk jek diri ngan anak2.dia cantik n ade bakat.takde hal lah kalo takde jantan mcm tu.mcm takde akal jek.

  2. yas says:

    Harap deran dpt berdamai kembali seperti biasa…org lain punya hal x pasal2 rumahtangga porak-peranda…malang betul la…
    yas recently posted..Murid Bergaduh, Dipukul Guru – Nasib Seorang Guru…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold