Ribut Magnet Akan Melanda Bumi

Ribut magnet atau ribut geomagnetic bakal melanda bumi pada bila bila masa saja. Tadi dalam berita ada dengar pasal berita ribut magnet ni, mak saya dah kelam kabut dan cemas, biarpun dia tak tahu apa sebenarnya ribut ni. Saya pun kurang arif pasal ribut magnet ni, jadi perlu lah saya cari info pasal ribut yang jarang didengar ni bagi mengurangkan kerisauan mak saya :)

Adakah ribut magnet ni sama macam ribut petir pada waktu hujan lebat atau

keadaan yang macam dalam filem x-men? Antara info yang saya dapat..

Pada Ahad lepas (22 januari 2012) matahari telah mengeluarkan ribut magnatetic dan akan menyebabkan gangguan kepada satelit di bumi dan gangguan elektrik.  Bumi hampir dengan matahari jadi kesannya akan dapat dirasai, walaupun begitu ribut magnet ni tidak bahaya kerana hanya terjadi dalam skala 3 (daripada 5).

Masalah dan kesan dari ribut magnet

Ribut magnet yang melanda ni dikatakan paling kuat sejak 6 tahun, tetapi sinaran itu dijangka akan menyebabkan hanya masalah kecil dengan satelit, dan grid kuasa.

Seorng ahli fizik memberitahu di ABC news yang orang ramai tidak perlu bimbang tentang radiasi yang berbahaya.

Medan magnet di sekeliling Bumi melindungi kita. Itu salah satu daripada kelebihan Bumi. Ribut geomagnetic dijangka berlangsung selama satu hari.

Tenaga  magnet ini boleh mengganggu komunikasi radio frekuensi tinggi yang digunakan oleh syarikat-syarikat penerbangan untuk mengemudi pesawat berhampiran dengan Kutub Utara, dalam penerbangan di antara Amerika Utara, Eropah dan Asia, jadi sesetengah laluan perlu diubah.

Ramalan cuaca di angkasa

Kecoh bumi dilanda kiamat 2012

Memang kecoh pasal cerita2 bumi akan dilanda kiamat pada tahun 2012.. Semuanya kerana ramalan berlaku ribut di matahari.

Menurut laporan website British “New Scientist”, maksud dari ribut matahari atau solar storm adalah tentang kegiatan letupan yang berlaku di matahari atau sunspot.

Selalunya akan berlaku setiap 11 tahun. Para saintis  Amerika baru-baru ini meramalkan yang  tahun 2012 bumi akan mengalami ribut matahari yang dahsyat  atau dikenali Solar Blast.

Namun sebagai umat islam kita tak perlu percaya dengan ramalan sebegini. Tentang bila dan masa akan datang hari kiamat hanya Allah yang Maha Mengetahui, tidak ada sesiapa pun tahu mengenai hal tersebut.

Sebagaimana yang disebutkan dalam ayat-ayat Al Quran dan hadis nabi Muhammad s.a.w yang sahih.
Allah berfirman:

“ Mereka bertanya kepadamu tentang Kiamat: ‘Kapankah terjadinya.’ Katakanlah: ‘Sesungguhnya pengetahuan tentang hari Kiamat itu adalah pada sisi Rabb-ku; tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru-haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.’ Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: ‘Sesungguhnya pengetahuan tentang hari Kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. ” (Al-A’raaf: 187)

p/s: mari kita sama sama berdoa agar tidak ada perkara buruk berlaku, berlindung dengan Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “Ribut Magnet Akan Melanda Bumi”

  1. Cik Ieyda says:

    thanks sebab bg maklumat nie.. tadi masa tengok berita rasa risau gak…

  2. akubiomed says:

    Dari tahun lepas isu mengenai ribut matahari akan berlaku. Ada beberapa kebimbangan ia akan memberi kesan kepada satelit yang berada di orbit bumi.
    akubiomed recently posted..Libas penangan Sepak takraw

  3. APAN says:

    ada gak perasan berita ni dalam berita…mungkin gangguan terutama kpd penerbangan kpl terbang…
    APAN recently posted..Lembu Nak Jaga vs Moves Like Jagger

  4. shoutvoc says:

    erm kalo ikutkan mmg takut kejadian macam ni..antara petanda-petanda kiamat..kita perlu takut kiamat semakin hampir.
    shoutvoc recently posted..Bunyi Pada Komputer Yang Mempunyai Makna

  5. senjapagi says:

    Rasa takut pulak,bila macam2 bencana yang berlaku,,,,Insyaallah semoga Allah akan melindungi kita semua…Amin…

  6. Juan says:

    tanda tanda sesuatu bakal berlaku
    Juan recently posted..Latest Western Actor May Convert to Islam

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold