Punca Suara Aneh di Samarahan Sudah Terjawab

Bunyi suara aneh dan pelik di Samarahan baru-baru ni telah terjawab akhirnya. Bunyi suara seperti orang berdengkur atau hembusan nafas yang kasar bukan lah dari Programme(HAARP) yang dijalankan di Amerika Syarikat atau dari dajjal seperti yang dispekulasikan. Hendak juga tahu dari manakah punca bunyi suara aneh tu datang?

petika berita :

Sebaliknya bunyi aneh berkenaan datang daripada sebuah kilang kelapa sawit di Kampung Endap.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Fadillah Yusof berkata, kilang berkenaan telah membuat pengujian terhadap tekanan dandang secara automatik pada 11 dan 12 Januari 2012 sehingga menyebabkan kewujudan bunyi seolah-olah orang sedang menjerit dan mengejutkan penduduk kampung di sekitarnya.

“Ekoran itu, Mosti telah menubuhkan satu jawatankuasa Siasatan Ngauman Langit (Sky Roar) dikendalikan Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM). Siasatan mendapati aduan beberapa penduduk berkaitan bunyi yang tidak diketahui bukan seperti yang disangka.

“Ia juga tiada kaitan dengan gempa bumi di Sumatra dan High Frequancy Active Auroral Research Programme(HAARP) yang dijalankan di Amerika Syarikat,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Dalam laporan muka depan Sinar Harian 21 Januari lalu, mengatakan bunyi berkenaan berkait dengan HAARP, iaitu program penyelidikan ionosfera dan dinaungi sepenuhnya oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA).

DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat.

HAARP berselindung dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca.

Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi iaitu Ionospheric Research Instrument (IRI).

Fadillah berkata, pihaknya telah melakukan beberapa siasatan dengan menemu bual saksi-saksi kejadian, orang kampung dan membuat siasatan mengenainya serta mendapatkan khidmat pakar untuk menganalisis bunyi itu.

Bagi membuktikan kebenaran ini, katanya, Penolong Pengurus kilang, Yusmizan Desa mengakui kilangnya ada melakukan penentu kuran secara berkala yang melibatkan perlepasan wap secara besar-besaran dan menghasilkan tekanan sehingga muncul ‘Nyauman Langit’.

“Yusmizan memberitahu pihak kami tujuan perlepasan tekanan dandang dilakukan semasa aktiviti pemprosesan kelapa sawit. Kami diberi penjelasan melalui corong lepasan wap ke arah kampung itu dan mereka juga melakukan demonstrasi untuk membuktikan perkara ini.

Jadi penduduk di sekitar samarahan tak perlu lah risau apa apa ye lepas ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

9 Responses to “Punca Suara Aneh di Samarahan Sudah Terjawab”

  1. APAN says:

    terjawab sudah segala misteri…x pyh nak citer bukan2 la lps ni.wat malu je nanti.huhu…
    APAN recently posted..Gali Terowong Bawah Tanah Untuk Curi Duit Dalam ATM

  2. titan says:

    tak kisahlah..
    tapi benda ni..berjaya buat satu dunia huru-hara.
    titan recently posted..Ok. Apa itu Acai Berry?

  3. sayadisini says:

    ooo…gtu citernye
    sayadisini recently posted..JOM Makan Satay Ikan !

  4. Amirez says:

    akhirnya semua spekulasi tak benar belaka. yang kat luar negara tu ada yang hoax…saje buat2 untuk jadikan teori kiamat 2012 ni betul sebagai agenda diorang

  5. akubiomed says:

    Penduduk kota Samarahan boleh menarik nafas lega dan tidur lena. Apabila isu bunyi aneh ini terjawab.

  6. kakyong says:

    bagus le cam ni… buat suspend jer..
    kakyong recently posted..Review Miecyber’s Blog

  7. AH TAT says:

    janganlah terlalu lega..mana jadi lah peringatan untuk kita ingat pada hari Kiamat…

  8. hafiz fan says:

    Agaknya, tulah bunyi amaran dari AWAN NANO yg HAFIZ jadi juara AJL 26….

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold