Pencipta Lagu Awan Nano Budi Hekayat Tak Buat Lagu Untuk Parti

Lagu Awan Nano yang menjadi juara dalam AJL ke 26 baru baru ni ditulis lirik oleh Budi Hekayat , nama yang jarang didengar di persada seni, namun pemilik nama samaran ni yang sebenar ialah Nasmi Hashim berusia 36 tahun, telah lama bergiat aktif dalam penulisan lirik.

Nasmi atau Budi Hikayat jugak bergiat aktif dalam bidang politik, dia merupakan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parit Sulong, Johor. Bagi Budi, seni adalah bidang terbaik untuk menyampaikan mesej kemanusiaan. Lagu Awan Nano itu sendiri mempunyai makna sebagai pelindung. Biar pun Nasmi dari parti politik tetapi dia bukan mencipta lagu untuk mana-mana parti politik.

Lirik lagu tersebut katanya dicipta lebih kurang tiga tahun yang lalu sebelum diserahkan kepada komposer.

Lagu itu dinyanyikan oleh juara Akademi Fantasia Ke-7, Hafiz turut mengungguli dalam kategori vokal terbaik. Melodi lagu tersebut adalah ciptaan komposer terkenal M.Nasir.

Nasmi berkata, beliau sebenarnya sudah terlibat dalam bidang seni dan penulisan bukan baru tetapi kira-kira 15 tahun yang lalu dan tidak menganggap berpolitik sebagai halangan untuk berkarya.

“Kerja seni saya melampaui parti dan saya tak jadikan parti sebagai halangan.

“Parti sebagai wadah untuk saya bergerak, itu sahaja,” katanya.

Sebelum Awan Nano, pemuda berusia 36 tahun ini pernah menulis lagu untuk kumpulan Spider berjudul ‘Ajaib’ dan banyak mempelajari tentang teknik penulisan lirik daripada arwah Loloq.

Beliau juga banyak menghasilkan karya-karya untuk kumpulan muzik bebas selain mengisi ruang Sastera Budaya, Berita Harian (1998-2001), portal Kakiseni dan Jalantelawi.com.

Nasmi menambah, berkarya sambil menceburi bidang politik adalah perkara biasa yang turut berlaku di luar negara.

Malah, beliau turut menegaskan nama pena Buddhi Hekayat yang digunakannya sekarang dalam bidang seni juga bukan bertujuan untuk menyembunyikan identitinya sebagai ahli politik daripada diketahui umum.

“Dalam dunia penulisan nama pena adalah perkara biasa. Lima belas tahun saya dalam bidang seni, lima belas tahun jugalah saya guna nama yang sama ini,

penglibatannya dalam bidang politik, beliau berkata selepas PKR berjaya pada pilihan raya umum 2008 yang lalu yang menyaksikan parti tersebut berjaya menguasai beberapa buah negeri, beliau lebih banyak memberi tumpuan kepada bidang seni.”Nak kata saya berpolitik sepenuh masa pun tidak juga. Tugas saya agak kurang. Saya sukakan cabaran.

“Banyak yang saya sudah cuba dalam usia muda. Saya menulis, saya ceburi bidang politik. Sama jugalah orang seni yang sudah tua, dan mereka beralih ke politik,” jelasnya.

Ditanya adakah beliau bimbang kerjayanya dalam bidang seni akan terganggu selepas masyarakat mengetahui tentang diri dan latar belakang politiknya, beliau menjawab:

“Saya lebih senang orang kenal saya sebagai orang yang mahu beri kesenangan dan kebahagiaan kepada ramai orang dengan karya-karya saya.

“Dalam politik pun pandangan saya lebih kepada manusiawi, bukan matlamat untuk bermusuh atau merebut kuasa.”

Dalam pada itu, beliau berkata selepas kemenangan Awan Nano, beliau mula melihat arah yang dicari-cari selama ini dan akan lebih aktif menulis lirik.

sumber : mstar online

Lirik Awan Nano

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

p/s: tv3 memang adil ,kalau dalam berita selalu adilĀ  bagus jugak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

10 Responses to “Pencipta Lagu Awan Nano Budi Hekayat Tak Buat Lagu Untuk Parti”

  1. hehe tu la kan dalam berita kadang tak adil
    ardinihumaira recently posted..Mungkin dni belum mengalami alahan… mungkin…

  2. Hisyam says:

    Tahniah.. tak perlu mengaitkan dengan politik
    Hisyam recently posted..Pertahankan Nabi Muhammad Dan Islam Di Internet (Bahagian 1)

  3. APAN says:

    entah2 tv3 pun baru tau kot.kalau x, xkan lps gak punya…haha…
    APAN recently posted..Gali Terowong Bawah Tanah Untuk Curi Duit Dalam ATM

  4. titan says:

    hehe..semua orang dok cerita lagu awan nano..hehe
    titan recently posted..Dua hari terakhir..

  5. Amirez says:

    baru je tau maksud awan nano. dulu tak minat lagu ni. sejak Johan nyanyi dalam Maharaja Lawak dulu barulah minat sikit2
    Amirez recently posted..Pengalaman Kena Denda di Sekolah

  6. akubiomed says:

    Apakah Dato’ M Nasir sudah jumpa penganti arwah Loloq?

  7. Tuan Tanah says:

    itu dia orgnya…:)
    amboi org PKR hehehhe…:)
    Tuan Tanah recently posted..HTC Sensation Putih bersama Android Ice Cream Sandwich.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold