Nur Amalina Che Bakri Terkena Kejutan Budaya ke?

Penhujung tahun 2011 Malaysia dikejutkan dengan kes Ariff Alfian seorang pelajar Malaysia yang cemerlang dalam SPM tetapi didakwa ada hubungan gay apabila tersebar gambar yang dikatakan ariff dan pasangannya. Kini negara sekali lagi digemparkan dengan kisah Nur Amalina Che Bakri yang dikatakan berubah penampilan dari bertudung kepada tidak bertudung dan berpakaian

VIDEO LIVE NUR AMALINA JAWAB ISU IMEJNYA SEKARANG

seksi apabila beberapa blog hiburan menyebarkan gambar peribadi beliau dari laman Facebook.

Agak terkejut saya jugak apabila melihat beberapa keping gambar Nur Amalina yang ada di internet sekarang ni. Ibu Amalina Che Bakri menafikan yang anaknya liar dan berpakaian seksi. Adakah dia terkena kejutan budaya?

Petikan dari Berita Harian:

Sabariah berkata, beliau kesal dengan laporan blog itu yang melemparkan pelbagai tohmahan termasuk menyiarkan gambar peribadi anak tunggalnya berusia 23 tahun itu yang kini sedang menamatkan pengajian tahun akhir.
Beliau yang juga Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Johor Jaya 2, berkata gambar yang disiarkan blog terbabit dipercayai dicuri dari laman sosial Facebook Nur Amalina.

“Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009.

Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi.
Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu,” katanya.

Sabariah berkata, Amalina ada menghubunginya melalui panggilan video ‘Skype’ kelmarin berhubung penyebaran gambarnya yang dituduh seksi itu dalam laman blog.

“Dia ketawa ketika menceritakan perkara itu kerana sudah lali dengan tohmahan sebegini. Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku. Mungkin ada orang cemburu dengan kejayaan anak saya selama ini,” katanya.

Dulunya memang ada cerita yang Nur Amalina dikatakan gagal dalam pelajaran tetapi disangkal oleh ibunya,

“Semua itu tidak benar! Anak saya masih meneruskan pengajian di tahun akhir dalam bidang perubatan,” kata Sabariah Hassan, 52, ibu pelajar genius, Nur Amalina Che Bakri.

Penjelasan ibu Amalina isu anaknya tidak bertudung:

“Tidak! Anak saya bukan anak gadis yang liar. Saya tahu dia lebih daripada orang lain. Bukan saja kerana dia anak saya, malah kami berhubung hampir setiap malam. Malah saya juga sudah 13 kali ke sana (United Kingdom), sejak dia menuntut di sana,” kata Sabariah kepada Sinar Harian.

“Anak saya memang tidak bertudung. Orang hanya tengok gambar dia semasa dia bersekolah menengah. Waktu itu dia memang bertudung ke sekolah,” katanya.

”Gambar yang disebar itu, saya sendiri yang rakam sewaktu kami bercuti bersama rakan-rakan anak saya di Paris tiga tahun lalu. Malah seluar yang dia pakai itu, saya sendiri yang beli,” kata Penolong Kanan I Sekolah Menengah Kebangsaan Johor Jaya, di sini.

“Dia beritahu saya malam Isnin lalu, ketika kami berhubung menerusi Skype. Ina (Amalina) kata dia terima 800 permohonan rakan baru Facebook dari Malaysia. Rupa-rupanya yang ramai itu kerana ada isu gambar dia. Tetapi dia ketawa saja,” katanya.

Saya pernah menitis air mata sewaktu mengunjunginya di sana apabila melihat dia tekun ulang kaji pelajaran hingga jam 3 pagi di perpustakaan universiti dengan hanya ditemani pengawal keselamatan. Katanya, itu kehidupan yang dia lalui hampir setiap hari,” katanya.

Kini isu dia gagal atau tidak tidak lagi menjadi bualan orang tetapi imej Nur Amalina Che Bakri kini sangat berbeza (orang kata macam langit dengan bumi) menjadi bualan orang. Bagaimana ianya boleh berlaku, adakah Amalina sudah terkena kejutan budaya. Hanya tuan punya badan saja boleh menjawab, itu hak peribadi dia kehidupan dia kan. Tapi Nur Amalina dulu menjadi icon negara, diangkat menjadi  contoh teladan buat pelajar, gambar gambar dan berita semasa dia cemerlang dalam SPM menjadi tajuk utama, diheboh merata-rata, kita semua bangga apabila membacanya. Amalina mendapat 17 A1 dalam SPM, dulunya bercita-cita mahu menjadi pakar perbidanan.

Gambar Amalina pada tahun 2004 ketika dia mendapat keputusan cemerlang dalam SPM menjadi muka depan berita utama akhbar suatu ketika dulu.

gambar dari anakulucheka.com

Kini Amalina berusia 23 tahun dan  sedang menjalani latihan praktikal di sebuah pusat perubatan di sana (UK) dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei 2013 sebelum kembali ke Malaysia. Amalina dalam tahun akhir dalam bidang perubatan.

Harap Amalina tidak hanyut jauh, memang hak peribadi nak berpakaian macam mana pun, tetapi kena ingat dulu anda seorang icon negara dan kini pun rakyat Malaysia masih mengharapkan Amalina kembali berbakti kepada negara. Namanya terukir dalam sejarah negara.

Jangan jadi sejarah hitam sudah lah..teringat pada kes Sufiah Yusuf yang  genius tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

24 Responses to “Nur Amalina Che Bakri Terkena Kejutan Budaya ke?”

  1. ayi says:

    setakat gambar ni ramai juga tengok kat malaysia artis artis pakai seksi lebih teruk dari ni pun banyak berpeluk2 cium, minah melayu merempit cium laki pun ada

  2. fightback says:

    wei , memang le ramai minah melayu merempit artis2 seksi, tu semua golongan tak ada hotak..ko nak amalina jadi camtu jugak ke..dah elok2 bertudung pastu warna rambut, apa kes peluk jantan bagai..memalukan la. dia bukan artis dia jadi contoh budak dulu dah tu jadi camtu plak!

    • syuhada says:

      fightback says:
      January 4, 2012 at 3:35 pm
      wei , memang le ramai minah melayu merempit artis2 seksi, tu semua golongan tak ada hotak..ko nak amalina jadi camtu jugak ke..dah elok2 bertudung pastu warna rambut, apa kes peluk jantan bagai..memalukan la. dia bukan artis dia jadi contoh budak dulu dah tu jadi camtu plak!

      <<<sangat setuju sebab Amalina sepatutnya sedar diri die dijadikan ikon ramai pelajar yang mahu berjaya seperti beliau…tapi kalau die gagal menonjolkan imej yang bersih, mcm mana nak lahirkan pengikut yang baik…ermmm….
      syuhada recently posted..Triple A yang gempar….

  3. awin says:

    macam dayang nur faizah la..muahaha!! nak jadi artis ke apa dia ni?

  4. brrfj says:

    malanglah melayu mudah lupa ni, tapi mak dia iya iya menyokong siap beli seluar lagi..teruk2 malulah PK sekolah pulak tu

  5. kopi says:

    alahai amalina bakpo jadi lagu tu
    kopi recently posted..Gambar Nur Amalina Che Bakri Ala ala Beyonce Seksi

  6. kopipanas says:

    semoga amalina tak jauh hanyut ye
    kopipanas recently posted..Gambar Aaron Aziz Bercium Dengan Isteri di Paris Fuyoo!!!

  7. sw33tdarling says:

    ramai lagi kot pelajar malaysia yg terkena kejutan budaya cuma dia tak terkenal seperti amalina…
    sw33tdarling recently posted..Dinner Tahun Baru 2012

  8. Ahmad says:

    Astaghfirullah hal azim,

    Tak sangka itu ayat ini digunakan oleh seorang ibu untuk pembelaan “Anak saya memang tidak bertudung. Orang hanya tengok gambar dia semasa dia bersekolah menengah. Waktu itu dia memang bertudung ke sekolah,”. Apabila hukum syariat dipermain-mainkan ternyata BANGKAI TAK DAPAT DITUTUP DENGAN NYIRU LAGI. Setinggi mana seseorang itu mengejar ilmu duniawi, tiada ertinya sekiranya amanah daripada Allah Taala dipermainkan sedemikian rupa. Amat kecewa kerana mengharapkan Amalina dapat menjadi contoh teladan yang baik untuk para muslimah. Saya doakan agar Amalina kembali ke jalan yang benar, diredhai oleh Allah S.W.T.

  9. akubiomed says:

    Tidak tahu hendak kata apa-apa bila ahli keluarga mengakui gambar-gambar yang disebarkan adalah asli.
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – #Back to school

  10. leen says:

    Nanti anak murid mak si Amalina kata,cikgu saya nak pakai legging ke aktiviti sekolah le sebab anak cikgu yang nama Amalina ok je pakai legging hahah!! Beli kat mana seluar tu ye?

  11. Juan says:

    rasanya ni kes biasa ja, cuma cara berpakaian saya tidak setuju, memang agak keterlaluan
    Juan recently posted..Memohon Kad Pengenalan Baru | Kehilangan Kad Pengenalan

  12. yas says:

    seorang ikon seharusnya menjadi contoh yg baik dr segala segi kpd org lain…sedih tul laa….
    yas recently posted..Wordless Wednesday – Nak Pinjam Kejap Boleh?

  13. anak jantan says:

    bila tuhan kurniakan kite kelebihan akal yg pintar dan cerdik supaya menjadi org yg btl2 mnsukuri nikmat allah dan menuju kejalan yg diredhai allah supaya lebih berguna pada bangsa agama dan negara…tetapi syg,…

  14. man says:

    memang sah lah minah ni dah kena kejutan budaya..balik lah pada asal minah..pintar2 bodo juge ko ni ye

  15. gila says:

    Ape nak heran…artis lagi teruk…kesian amalina…

  16. auc dot com says:

    inilah bila didikan tidak berlandaskan kepada didikan agama
    tak guna cerdik tapi akhlak buruk
    auc dot com recently posted..Korea Selatan Internet Terpantas Di Dunia

  17. ironlady says:

    salam..kpd adik Amalina jgn terpedaya kpd arus kejidupan barat.tinggi ilmu dunia sekalipun tapi membelakangkan agama tak de gunanya.Yang Allah pandang alh amalan Akhirat kerana disana masanya pasti datang..azabnya sakratul maut,seksa kubur dan panas api neraka membakar hambanya yg Ingkar dgn perintah Allah. Klu tersasar kembali kpd jalan yg lurus semula…pintu taubat masih terbuka!sholat jgn ditinggalkn..tiang agama..x guna jadi doktor tapi agama ditinggalkan…INSAFlah wahai Amalina dan juga ibu kamu… jgnlah membela kesilapan anak hingga peraturan agama sanggup diabaikan….

  18. jiha says:

    x sangka giler………

  19. nina71 says:

    masih belum terlambat dek,you’re still Malaysian icon.

  20. mrRemz says:

    Nur Amalina – melayu yang belum pasti islam. buat adik2 yg bakal dinobatkan pelajar pintar pada masa mendatang, ingat pesan abang… hidup ku, mati ku lillah hi rab bil alamin.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold