Letupan di Mahkamah Tinggi Jalan Duta 9 Jan 2012

Kira kira 3 letupan berlaku di sekitar Kompleks Mahkamah Jalan Duta pagi ini, selepas keputusan Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah diumumkan. Tv Selangor melaporkan letupan disahkan berlaku di Jalan menuju kompleks mahkamah dan di sebuah substesen Tenaga Nasional berhampiran kawasan medan selera di tepi kompleks tersebut.

Menurut polis, dua orang cedera akibat tindakan tidak bertanggungjawab itu. Difahamkan kereta ADUN Bukit Lanjan Elizabeth Wong mengalami kerosakkan akibat salah satu daripada letupan tersebut. Polis Diraja Malaysia bagaimanapun berjaya mengawal keadaan. Mereka yang tercedera dikejarkan ke hospital.

Bagi mengelak situasi menjadi tidak terkawal, polis meminta peserta bersurai bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Dari mynews hub my pulak melaporkan, satu letupan berlaku dari dalam kon polis yang diletakkan di atas jalan. Letupan pertama berlaku kira kira jam 10.10 pagi, dan seorang peguam telah cedera.

Letupan yang diletakkan di dalam kon itu dipercayai mercun buatan sendiri.

Salah sebuah letupan lagi berlaku berhampiran tempat letak motosikal di kawasan mahkamah itu.Belum ada sebarang pengesahan akan bahan apa yang digunakan dalam letupan itu.

Para penyokong dan petugas media diarahkan meninggalkan kawasan berkenaan bagi membolehkan pihak polis menyiasat apa yang sebenarnya berlaku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “Letupan di Mahkamah Tinggi Jalan Duta 9 Jan 2012”

  1. zool says:

    Siap main letup2 plak.. bahaya sekarang ni
    zool recently posted..Pengalaman Kena Denda di Sekolah

  2. papabear says:

    dah tak bersalah pun boleh ,eletup juga. kalau bersalah, sure besar lagi la bomnya kot.. or langsung tak da bom sebab depends on bom sapa punya.. hahahaha
    papabear recently posted..Fishing in Dumai

  3. faizfakhirin says:

    Repost on my blog…hehehe…credit for you…

  4. akubiomed says:

    Sebelum ini tidak pernah dengar berita mengenai letupan sekarang sudah ada yang berani menghuru-harakan keadaan. :-(
    akubiomed recently posted..Pengalaman kena denda di sekolah

  5. shraqs says:

    Tak habis2 jugak, dulu tak diberi berhimpun, main redah jugak, dah bagi berhimpun,.. diBOMnya plak..
    shraqs recently posted..Apple iPhone 5th Anniversary

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold