Pertama kali dengar lagu nyanyian Shahir di dalam sebuah video yang diupload oleh peminat yang hadir di malam countdown 2012 di Shah Alam pada 31hb Disember. Lagu tu sangat sedap dan syahdu je, tajuknya Aku yang berdosa, belum dirakamkan di studio lagi, patutla tak ada lagi info mengenai lirik dan lagu hehe..!!. Rupanya lagu tu lagu baru ciptaan Sham Kamikaze sendiri , khas untuk dinyanyikan oleh Shahir. Shahir AF kini bekerjasama dengan Sham Kamikaze, seorang lagi penulis lirik Kunci Demak. Sejak bulan Ogos mereka menghasilkan projek album kerohanian dan dakwah melalui lagu.

Video Shahir AF nyanyikan lagu ciptaan Sham Kamikaze – Aku yang berdosa
sedap kan lagu ni…lirik ni kalau lagi panjang lagi best…
Lirik tak berapa jelas pulak ..samar je dengar

Aku yang berdosa – lirik /lagu – Sham Kamikaze
Sejauh mana langkah ku di sana
aku melupakan mu
Seluas mana kau beri padaku
masih ku angkuh padamu
segalanya dusta
gelap menggaburi ku
Ya Allah, apa yang bisa
ku tebus kepadamu
atas dosaku..
Malam tu ramai artis dan selebriti yang datang membuat persembahan, ada Ustaz Azhar Idrus, Zizan Raja Lawak, Akhil Hayy, Sham Kamikaze, Shahir AF dan ramai lagi. Ramai jugak yang hadir malam tu mungkin dalam 70 ribu hingga 80 ribu orang. Hebat jugak sambutan countdown malam tu yang unik kerana disambut secara islamikĀ di samping ada jugak hiburan tetapi bukan hiburan yang melampau lampau.
January 2nd, 2012
Nuriz Ibrahim
Posted in
Tags: 

nampak macam sedap lagu ni. tak sempat nak dengar sekarang. mungkin lain masa
Amirez recently posted..Selamat Datang 2012 Dunia Kiamat