Kegilaan Peminat Gemersik Kalbu, Suffian dan Gigit gigit Cuping Telinga

Drama Gemersik Kalbu yang ditayangkan di tv3 jam 7 petang  sejak 26 Disember, sedang membuatkan peminat peminat drama adaptasi Gemersik Kalbu karya Anis Ayuni ni demam. Salah satunya, apa yang mereka gilakan sekarang ialah watak Suffian dalam cerita ni yang jahat dan nakal tetapi romantik.

Kegilaan peminat watak Suffian dalam Gemersik Kalbu


Lagu Obsesiku nyanyian Aqasha jugak semakin popular dek kerana Gemersik Kalbu. Untung buat Aqasha, lagu lama dia ni semakin diminanti kerana menjadi lagu tema Gemersik Kalbu. Bila asyik diputar-putar lagu tu sedap didengar dan menjadi sinonim dengan cerita ni.


lirik yang nakal selalu dengar ialah ingin ku gigit-gigit cuping telinga muhahah!!


tak sabar menunggu saat saat romantik apabila Raihana dan Suffian dikahwinkan nanti, Suffian akan berusaha sungguh2 menawan hati Raihana yang menikah terpaksa dengan dia..memang bagus kalau dia nyanyi lagu ni kan..

gasture badan Aqasha a.k.a Suffian yang menari -nari, lepas tu lagu Obsesiku diselitkan.. mesti korang tak dapat lupakan masa Suffian nak ajak Raihana dating dalam episod 11(kalau tak silap)..hehe!!

Adakah Raihana jatuh cinta dengan Suffian?

Watak Suffian dalam novel memang jahat dan nakal, Raihana memang tak sukakan Suffian tetapi akhirnya Raihana jatuh cinta dengan Suffian..wow..bilakah saat itu dalam drama tu nanti? Nuriz rasa ramai remaja2 di luar sana sudah gilakan Sufian :)


Suffian dibenci kerana merogol Raihana?

Semalam Suffian membuat kerja gila apabila membawa Raihana pulang ke rumahnya dan Raihan sedar2 dah ada atas katil dan Suffian mengatakan dia sanggup bertanggungjawab atas kandungan raihana, jika Raihana mengandung lah..


Disebabkan episod tu, peminat peminat Gemersik Kalbu marah marah di twitter. :)

Banyak komen komen dari peminat drama ni, mereka kata macam2 kat Suffian..alahai cian Suffian.

sabarlah dulu, bagi peminat drama yang tak pernah baca novel tu lagi..memang akan melenting lah..kalau siapa baca mesti relek je kan..sebab tau Suffian ni ada plan nak kenakan Raihana..

Sebenarnya Suffian tak buat apa2 pun kat Raihana, dia acah je :), nak paksa Raihana berkahwin dengan dia. Baik punya taktik..ok kembalilah anda menyukai dan mencintai Suffian :)


Gelagat peminat Gemersik Kalbu


Aqasha sendiri sudah seronok apabila lagu dan watak Suffian yang dibawanya disukai peminat




Jalan cerita menarik dalam Gemersik Kalbu

Novel Gemersik Kalbu memang ada ramai peminat yang tersendiri dan memang popular, jalan cerita yang menarik dan rapat dengan penonton. Baru-baru ni Nuriz ada terbaca pasal penulis novel ni yang jugak seorang guru, Anis Ayuni, banyak novel novel tulisannya yang ditulis setahun sebuah. Memang hebat Anis Ayuni ni kan.

Novel Gemersik Kalbu tu sendiri mampu membuatkan pembaca masuk dan menyelami kisah watak2 dalam buku tu, hingga tak sedar mereka yang membaca boleh tersenyum sendiri, boleh menangis tersesak-esak..wah!!  hebat penulisannya kan.


Kalaulah Gemersik Kalbu difilemkan oleh Osman Ali pulak..entah2 box office lagi..sapa tau kan.. :)

Kenapa ibu Raihana benci kepada Raihana -memang suspen bab ni kan..kalau nak tau baca komen2 peminat GK

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

11 Responses to “Kegilaan Peminat Gemersik Kalbu, Suffian dan Gigit gigit Cuping Telinga”

  1. eryati says:

    dah baca novel ni..siap ada koleksi lagi…cuma bukan novel kegilaan la…tp bila d dramakan..tengok juga..hahahah..mmg takde apa2 pun jadi
    eryati recently posted..DIA ATILIA = KUCH KUCH HOTA HAI

  2. KK says:

    ingatkankan gigit gigit telinga apa la..rupanya pasal drama Gemersik Kalbu. nuriz ni die hard fan ke? hehe
    KK recently posted..Video iklan Axe yang melampau

  3. Juan says:

    yg episode 11 ni memang best, hahahhahha
    Juan recently posted..Tutorial or How To Install Papago X5 Android Malaysia

  4. kopipanas says:

    layannn hehe saya pun suka le lagu gigit2 cuping telinga kikikikk
    kopipanas recently posted..Gambar Terbaru Aidil Zafuan dan Zaquan Adha Januari 2012

  5. titan says:

    aii..makin gigit-gigit plakk..
    titan recently posted..Lelaki kacak suka Conteng-conteng buku.

  6. akubiomed says:

    Kalau gigit cuping rabit telinga. Macam Mike Thyson gigit cuping telinga Evander Holyfield. :-)
    akubiomed recently posted..Pulau Pinang mengamit kenangan lama

  7. senjapagi says:

    Mula2 tgk citer ni masa part lepas wan arifin meninggal tu mmg bosn,,,tapi lepas muncul sufian yg dok asyik kacau raihana tu,mmg intrsting la…mcm x sabar nak tgk ending nya camne…Gemersik Kalbu ni bape episod ek???

  8. Mommy says:

    Saya mmg dr dulu tergila2kan Aqasha! Lbh2lg kalau d gandingkn dgn Faizura..
    Sgt slumber dlm acting…besh!

  9. wandisini says:

    tak tengok sangat cerita ni. sebab balik keje lambat. orang rumah je yang layan citer ni. episod akhir aritu dia terlepas, dia tengok via tonton.my
    wandisini recently posted..Pakai Tudung Pun Belum Tentu Baik

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold