Kedekut Budi Bahasa dan Senyuman

Kenapa ada sifat kedekut budi bahasa dan senyuman, kita ni hidup di Malaysia, dikatakan masyarakat timur yang kaya dengan adab sopan dan budaya. Lemah lembut berbudi bahasa. Ada pantun

makan sirih berpinang tidak

hendak dimakan di bawag tangga

makan sirih mengenyang tidak

kerana budi dan bahasa

Memang orang dulu dulu berbudi bahasa, pantun pun ada kias2 pulak, bahasa sangat lembut dan sopan, kalau tetamu datang jamu macam macam kuih muih. Makan sirih memang tak kenyang tetapi sebab berbudi bahasa, dan cara orang melayu layan tetamu kita makan lah sama2.

Bukan pasal sirih la Nuriz nak cerita ni, pasal adab sopan, dan budi bahasa. Ada banyak kali dah la terkena, dan nampak sangat berbeza cara layanan dua bangsa ni Melayu dan bukan melayu  apabila melayan pelanggan.Ye, ni kisah penjual atau jurujual yang melayan pelanggan.

Kisahnya pertama, Nuriz ada masuk satu kedai ni, bos atau tokey kedai besar tu bukan Melayu, tetapi jurujual dia memang ramai Melayu. Bila masuk kedai, nampak cantik kedai tu barang barang memang banyak. Sangat banyak pilihan. Tapi sayang jurujual pulak tak berapa nak “cantik”..bukan rupa, tapi budi bahasa. Buat acuh tak acuh je nak layan pelanggan ni.

Tak tau la sama ada tokey dia tak ajar ke atau memang perangai jurujual tu memang macam tu. Kita tanya sepatah jawab sepatah, muka pulak masam macam asam keping.

Okey dah sudah Nuriz beli barang yang nak dalam kedai tu, barang tu besar la jugak, nak buka pintu kena letak dulu barang baru boleh buka pintu. Sayang dan sayang sekali, dalam ramai2 jurujual dalam kedai tu, tak da sorang pun teringin nak tolong bukakan pintu kaca tu untuk saya.

Dalam hati saya, ish macam ni ye layanan depa kat pelanggan. Ok takpa.selangkah saya keluar dari kedai tu, saya kata saya tak akan datang lagi kedai tu..(cakap dalam hati). So depa dah kehilangan sorang pelanggan dah hari tu.

Memang kedai tu besar takpa, dia tak rugi apa kalau sorang je tak datang kedai dia..kalau 100 orang tak datang?sendiri mau ingat.

Tu melayu tak nak layan melayu..mungkin sikit sahaja le melayu yang perangai camtu. Ada jugak melayu yang beradab sopan layan pelanggan dengan baik.

Kisah kedua, baru jugak berlaku ni, di sebuah kedai pakaian..Nuriz sedang mencari cari satu pakaian, pusing2 punya pusing tak jumpa, akhirnya saya nampak 2 orang jurujual tengah sibuk menulis apa tak tau atas resit kat hujung sudut dalam kedai tu. Nuriz pun tanya la salah sorang dari dua orang jurujual yang ada di situ.

Jurujual tu melayu dan india..saya tanya kat budak melayu yang hampir dengan saya sikit, ” dik, kat mana nak cari pakaian jenis bla..bla..?”

Budak melayu tu dengan tak pandang muka saya skit pun, tak paling pun, dia hanya mendongak kepala tengok kawan jurujual di hadapan dia tu? sambil memberi isyarat kepala supaya kawan dia berbangsa india tu jawab.

Bukan budak melayu tu bisu ke apa, tadi nampak dia rancak je berbual dengan kawan india tu ..ok je..

Akhirnya kawan india tu la yang jawab dan bagitahu kat Nuriz, pakaian gini…gini ada kat sini..sekian sekian bla..bla..

Tu je dia nak terangkan..apa budak melayu tu tak boleh nak terang ke?

Sedih la sangat bila melayu macam ni..kalau dia tak reti atau malu bercakap malu layan pelanggan baik tak payah le kerja dalam bidang tu..kalau tak tahu pun cakap la tak tahu…”kak..minta maaf la saya tak tahu gini…gini…kawan saya boleh bagitahu..”

Cakap camtu kira ok la jugak, ni tengok muka kita pun tidak..apa punya budi bahasa macam tu?

Melayu yang kurang budi bahasa..

Situasi ni mungkin pernah anda alami, cashier yang tabur duit syiling atas meja, lepas tu kita le pulak kena kutip duit syiling satu persatu atas meja..memang teruk la cashier macam tu.

Saya puji cashier di tempat macam kfc atau mcd, memang dah diajar la cara layan pelanggan..letak duit baki atas tapak tangan kita, senyum dan ucap terima kasih. Sejuk sikit hati pelanggan ni.

Anda pernah ke kena macam tu?

Ada banyak lagi nak cerita sebenarnya..tapi makin cerita makin sakit hati, sedih dengan bangsa sendiri yang kurang ada sopan dan kurang senyuman.

Kempen dah dibuat banyak sangat pasal adab sopan dan senyuman, tapi masih lagi kurang kesedaran dalam diri tu yang menyedihkan. Kalau nak jadi negara maju , diri pun kena maju dan berubah tetapi adab tak dilupakan, bukan semakin tak beradap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Kedekut Budi Bahasa dan Senyuman”

  1. akubiomed says:

    Sebab itu sesetengat syarikat menghantar kursus Customer Services Relationships(CSR) untuk pekerja mereka. Bagi saya kalau dari rumah telah dididik berbudi bahasa dan menghormati orang tua insyallah akan terbawa-bawa diluar.
    akubiomed recently posted..Gambar statik yang senyum

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold