Johan Asari Manja Dengan Mak

Ini kisah corat coret mengenai pelakon Botak Juvana atau Johan Asari, dia dikenali kerana watak samseng, ganas dan nakal dalam drama Juvana, dan dalam Cinta Elysa dia jadi samseng lagi tetapi dalam hati ada taman. Sekarang Johan dah makin popular dan ada jugak gosip2 pasal percintaan dia dengan pelakon Izreen Azminda yang sudah tutup buku.

Kita baca pulak kisah Johan yang nampak ganas dalam drama tetapi rupanya “anak emak” ataupun anak manja mak dia :).

Johan rupanya ‘anak emak’. Menurut Johan, dia dan ibunya memang rapat jika dibandingkan dengan ahli keluarganya yang lain. Malah sikap manjanya turut diakui emaknya sendiri.

Jika mempunyai waktu terluang, dia lebih suka menghabiskan masa di rumah bersama emaknya, Datin Hajah Firdaus. Jika berkesempatan, dia juga sering menemani ibunya bertandang ke rumah saudara-mara mereka.

“Tidak hairanlah jika ramai mengatakan saya ini anak emak. Saya memang suka meluangkan masa dengannya. Lagi pun jika sibuk penggambaran, saya akan kekurangan masa bersama keluarga. Jadi masa yang ada perlu digunakan sebaik mungkin bersama mereka,”

sumber : sinarharian

Johan Asari ni rupanya jugak anak datuk ye, bapa dia ni dulu bekas YB Dun Air Molek Melaka. Johan ni kiranya anak vvip jugak lah ye, dan bapanya ada menghadiahkan dia sebuah kereta sempena hari jadinya. Bertuah Johan ye.. :)

Cita cita Johan nak jadi kaunselor

Walaupun telah bergelar pelakon, tetapi Johan tidak pernah melupakan cita-citanya untuk menjadi seorang kaunselor. Bahkan pemegang Diploma Kaunseling Kolej Universiti Islam Melaka (Kuim) ini berkata, pendidikan yang ada dalam dirinya sedikit sebanyak membantu dia lebih bijak berhadapan dengan khalayak ramai.

“Saya akui terpaksa melupakan bidang pendidikan buat seketika kerana perlu memberikan perhatian dan tumpuan terhadap bidang lakonan. Pun begitu, impian untuk menjadi kaunselor sentiasa tertanam di dalam hati. Insya-Allah, jika tiada aral melintang pasti ia akan dicapai,” kata pelakon yang pernah mendapat pendidikan tahfiz selama dua tahun di Batam dan Jambi, Indonesia ini.

Dalam pada itu, Johan juga turut bercita-cita menjadi penerbit selain mengukuhkan kedudukannya dalam bidang ini.

“Kini, saya sedang menguruskan sebuah produksi iaitu Kaleidoskop yang diuruskan bersama kakak. Untuk menjadi penerbit mungkin lebih mudah berbanding pengarah kerana banyak ilmu yang perlu saya gali jika mahu menjadi pengarah yang berkaliber,”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Johan Asari Manja Dengan Mak”

  1. kakyong says:

    ada keluor dalam NOna tahun lepas pasal dia & keluarga dia.. :)

    bertuah lah anak datuk, selalu dpt liputan positif.. :)
    kakyong recently posted..Segmen : Promosi Header Dan Nama Blog Saya !

  2. akubiomed says:

    Berapa lama hendak duduk bawah ketiak emak? Satu masa nanti perlu ada keluarga dan memimpin keluarga sendiri.
    akubiomed recently posted..Bermandi hujan di Zoo Melaka

  3. Ummi Hanie says:

    pernah dgr yg johan ni dulu pernah blajar tahfiz di indonesia…

    baguslah rapat dgn emak,harapnye isterinye nnti memahami…
    Ummi Hanie recently posted..Kuruskan badan dengan produk homeopati

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold