Apabila pelakon Fasha Sandha sendiri mengakui dia bakal menamatkan zaman bujangnya pada tahun ni, dan gambar Fasha mencuba gaun pengantin tersebar di internet, timbul cerita pelbagai versi mengenai perkahwinan Fasha Sandha 28 dan Jejai 36. Macam2 yang kita baca pasal perkahwinan Fasha dan Jejai, ada yang kata Fasha sudah nikah, ada yang kata Fasha nak kahwin di luar negara..

Ibu Fasha sedih, Fasha dikatakan kahwin di luar negara
Ibu kepada Fasha Hatijah Tehman, 49 merasa sedih apabila cerita pasal perkahwinan anaknya di luar negara di jaja sana – sini. sebagai ibu sudah tentu dia mahu melihat sendiri majlis pernikahan anaknya.
“Terus-terang memang Mama sedih sangat sehingga menangis apabila terbaca di akhbar yang Fasha akan berkahwin di luar negara, tanpa mengundang kedua-dua belah pihak.
“Hati orang tua mana yang tidak sedih apabila anak kesayangan ditohmah dengan membelakangkan kita, lebih-lebih lagi hubungan kami memang rapat sebelum ini.
“Namun Fasha tetap memujuk Mama yang khabar itu tidak benar belaka. Fasha dan Jejai juga berterus-terang mereka tetap tidak akan membelakangkan keluarga. Mereka juga ada meminta restui kami,”
Nak Fasha nikah di Perlis
“Mama tidak menggalakkan mereka mengadakan majlis perkahwinan besar-besaran. Tak payahlah seperti ‘wedding of the year’. Mama mahu segala yang dirancang berjalan dengan lancar tanpa masalah.
“Namun, Mama juga mahu perkahwinan Fasha nanti turut diadakan di kampung halamannya di Perlis,”
Harap Jejai dapat membahagiakan Fasha
“Memang Mama tidak nafikan kadang-kadang tertekan dengan gosip yang tidak berasas, seolah-olah mereka sengaja mahu mengaibkan kami sekeluarga. Ada penulis langsung tidak mengambil kira perasaan keluarga Fasha apabila mereka membuat sesuatu laporan.
“Lebih-lebih lagi sampai ada yang mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah untuk memburuk-burukkan kami sekeluarga. Mama harap dengan perkahwinan mereka, semuanya akan berhenti di situ dan Mama reda untuk melepaskan tanggungjawab Mama pikul selama ini kepada pilihan hatinya.
“Nasihat Mama agar pilihan Fasha itu (Jejai) dapat membimbing dan membahagiakannya kerana itulah yang sentiasa diharapkan mana-mana ibu di dunia,”
Belum ada persiapan perkahwinan
Fasha dan mengaku nak kahwin tahun ni, tetapi sebarang persiapan belum lagi berjalan..atau masih dirahsiakan oleh pihak Fasha kepada semua orang..suspen..

Menurut ibu Fasha, mereka berdua masih lagi membuat apa apa persiapan, malahan Fasha mahu mengusruskan sendiri tanpa menyusahkan dia.
“Memang Mama tidak buat apa-apa persediaan sebab Fasha tidak mahu menyusahkan Mama. Dia mahu menguruskan semuanya, kita ikut saja. Bagi Mama apa yang baik bagi dia baiklah kepada keluarga.
“Biarlah dia mengecap bahagia. Dalam soal jodoh, kalau itu yang ditentukan-Nya, kita terima saja,”
Fasha Sandha dan ibunya dilihat membeli belah semasa mereka dalam percutian Gemilang Bersama Bintang, Bandung dan Jakarta. Namun tidak nampak tanda tanda membeli barang barang persiapan perkahwinan.
Benarkah Fasha nak nikah pada Mac (bulan kelahirannya)? hehe
January 22nd, 2012
Nuriz Ibrahim 

Posted in
Tags: 

Menanti hari bahagia la ni.
akubiomed recently posted..Pulau Pinang mengamit kenangan lama
semoga ada jodoh fasha…
lin azlina recently posted..Topap RM10 hasil jawab survey dah dapat!
yela 2,ibu bapa mesti nak tengok anak2 mereka menikah di kampung halaman mereka…
TJ recently posted..PIKOM PC FAIR 2012(1) Tarikh Dan Tempat
Kalau benar kira bagus sangat la dah tu…hehehe
yas recently posted..OPS Sikap Ke 25 Sempena Tahun Baru Cina 2012
semoga cpt2 kahwin…dh byk sgt gossip…
cik tom recently posted..Trend Terkini Suka Jaja Aib Keluarga Sendiri!
kalau betul nak kahwin, elok sangat la tu. lepas kahwin, tak yah berlakon. itu lagi bagus.
ohcikgu recently posted..Undi Ohcikgu.com untuk kategori Best Educational Blog dalam World Blogger and Social Media Awards 2012
moga bahgaia amin