Hattan Sah Bercerai Dengan Farah Asyikin

Sebelum ni timbul gosip dan desas desus penyanyi Hattan bercerai dengan isteri barunya Farah Asyikin yang dikahwini pada 11.11.2011. Hattan menafikan sekeras-kerasnya gosip yang timbul mengenai perceraiannya sebelum ini. Hari ini keluar berita mengesahkan perceraian Hattan dengan Farah Asyikin dengan talak 1. Pasangan itu bercerai cara baik di Mahkamah Syariah Kuala Pilah pada sekitar jam 11 pagi tadi.

Hattan menfailkan permohonan cerai dan memohon dibicarakan pada hari yang sama. Hattan dan Farah berkahwin hampir 2 bulan, mereka disatukan di Seri Menanti di kampung Hattan. Majlis perkahwinan itu diadakan secara tertutup dengan hanya kehadiran 100 tetamu.

Dulu ada keluar gosip di Melodi dan media hiburan yang mengatakan Hattan bercerai setelah seminggu bernikah, Hattan ada membuat kenyataan di Melodi yang dia mahu wartwan yang menyebarkan gosip itu bertemu dan bersemuka dengannya untuk mendapat penjelasam. Bercerai dalam seminggu adalah perkara yang dianggap tak masuk akal oleh Hattan, dan dia tak mungkin melakukan perkara yang baik itu.

Hattan mempunyai seorang anak lelaki berusia 13 tahun dari perkahwinan pertamanya. Setelah menduda 6 tahun dia bernikah dengan Farah Asyikin, 34 tahun.

Hattan dan Farah Asyikin nikah 11.11.11

Gambar Farah bersama lelaki lain dikatakan punca Hattan bercerai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Hattan Sah Bercerai Dengan Farah Asyikin”

  1. ayung says:

    farah asykikin artis tuh ker?
    ayung recently posted..Maya Percintaan – Utopia

  2. Wan says:

    Kesiannya..nape bleh jd cmtu..
    Wan recently posted..Datuk Eizlan Yusuf – Jangan Pertikai Gelaran Saya

  3. Terbakor says:

    dah takde jodoh nak buat camana.. ingatkan farah tu yang penyanyi tu, tapi rupanya orang biasa, bisneswoman ja..
    Terbakor recently posted..[Terbakor Hiburan] Cerai kali kedua, Hattan tak mahu berpura pura bahagia

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold