Hattan bercerai cara baik

Hattan penyanyi yang baru berkahwin dengan Farah Asyikin 33 tahun, pada 11.11.2011, kemudian setelah 2 bulan mereka bercerai dengan baik. Hattan dalam temubual dengan pihak media, tidak mahu mengulas panjang mengenai kisah perceraiannya yang memang menyedihkan. Beliau bagaimana pun berkata semua ini sudah ditakdirkan. Dia dan bekas isteri tidak mahu bercerita perkara yang mengaibkan diri masing masing.

Petikan dari kosmo, komen Hattan:

Ini soal jodoh. Memang benar kami sudah bercerai. Hal ini saya akui kerana ia benar-benar terjadi. Hal yang dahulu (gosip) memang buat saya marah sebab perkara itu (cerai) tidak terjadi. Menuduh kami bercerai talak tiga pula itu. Itu adalah satu fitnah besar, sebab itu saya marah. Yang ini (penceraian), baru terjadi semalam selepas saya dan Farah sebulat suara mengambil keputusan untuk berpisah. Kami juga tidak mahu mengatakan perkahwinan kami ini satu kesilapan kerana sebagai orang dewasa dan matang, kami sedar dan bertanggungjawab terhadap keputusan yang kami lakukan.

Betul, Saya pernah cakap saya tak kahwin main-main dan mahu kekal ke syurga. Saya juga pernah kata saya bukan lelaki zalim nak cerai sampai talak tiga. Saya bercerai dengan talak satu. Saya tahu penceraian adalah hal halal yang dikutuk Rasulullah, namun sebagai individu yang sudah pernah mempunyai pengalaman berkahwin sebelum ini, kami sepakat untuk berpisah kerana kami sedar perbezaan yang wujud antara kami agak sukar untuk disetarakan. Bukan kami tak berusaha, tapi ia memang sukar. Akhirnya kami memilih berpisah. Paling penting kami tak mahu pura-pura bahagia dan meneruskan perkahwinan kami hanya sebab takut dan malu dengan pandangan masyarakat. Kehidupan kami, kami yang lalu dan kami yang tanggung, jadi kami bertanggungjawab untuk kembali menjalani kehidupan solo.

Masalah antara kami, biar kami simpan sahaja sebab kami sudah berjanji di mahkamah untuk tidak mengaibkan atau menuduh siapa yang benar dan siapa yang salah dalam pelayaran rumah tangga kami. Saya pun harap bila sudah sahih saya bercerai, tak perlulah semua orang nak korek cerita kenapa kami bercerai. Nak cari salah saya atau salah Farah. Apa yang penting saya bertanggungjawab terhadap segala tindakan yang telah saya ambil.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Hattan bercerai cara baik”

  1. kakyong says:

    hattan dah cukup matang utk menilai mana baik & buruk.. cukup lah diandaikan jodoh hattan dan farah telah bertitik noktah.
    kakyong recently posted..Rekod Statistik blog 2011

  2. kopipanas says:

    dah jodoh hattan camtu terima je le..carik je la yg lain
    kopipanas recently posted..Video Dahlia Teck Sambut Hari Jadi Apek (Khairul Fahmi Che Mat)

  3. payah ni bila ada anasir-anasir tak baik ikut sekali dalam hal2 rumah tangga
    sabree hussin recently posted..Petanda Kecil Kiamat Keempat : Terjadinya Pertempuran Dua Kelompok Besar Dari Kaum Muslimin

  4. Ummi Hanie says:

    kesian juge hattan ni kan.. lama dah menduda.. baru kawin blk,dah cerai semula…
    Ummi Hanie recently posted..Nak hadiah dari UK tak ?

  5. titan says:

    emm..dah itu rezeki dia. terima je seadanya.
    titan recently posted..Bila Alexa dah jadi kacak..

  6. yas says:

    Bahaya woo kalau unsur2 luar masuk campur dlm rumahtangga….
    yas recently posted..DRB Beli PROTON – Kecoh Betul La Web Ni!!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold